Monday, April 15, 2013

Re: RG2011... Ironi Rintihan Perdana Menteri

 

Kenalahlah jaga baik2 PM tu, nnt jadi apa2 malanglah nasib negara Malaysia


--- On Wed, 3/4/13, roslan mohd <mohroslan@gmail.com> wrote:

From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
Subject: RG2011... Ironi Rintihan Perdana Menteri
To:
Date: Wednesday, 3 April, 2013, 4:20 PM

 


A Kadir Jasin



SOALAN berikut telah banyak kali saya kemukakan dan sama-sama kita bahaskan dengan panjang lebar dalam blog ini.

Tetapi saya akan mengemukakannya sekali lagi ekoran "rintihan" Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, yang beliau tidak dibenarkan memandu sendiri.

Soalannya ialah: Adakah negara kita lebih tidak selamat sekarang berbanding 10 atau 20 tahun lalu atau ada sebab-sebab lain Perdana Menteri tidak dibenarkan memandu sendiri?

Dalam temu bual dari hati ke hati dengan stesen radio UFM 101.3 pada 22 Mac, Mohd Najib menyatakan kerinduan untuk memandu sendiri tetapi tidak kesampaian kerana "police restriction" (larangan polis).
Dalam berita bertajuk "Najib bares his soul to listeners of radio station" (Najib dedahkan jiwanya kepada stesen radio), akhbar The Star, antara lain, melaporkan: "He also expressed his yearning to drive his own car but was unableto do so due to police restriction [pautan]. (Beliau juga menyatakan kerinduannya untuk memandu keretanya sendiri tetapi tidak boleh berbuat demikian kerana larangan polis.)

Beliau memberitahu radio UFM 101.3: "Tetapi saya dibenarkan sekali memandu dari Putrajaya ke Hotel Majestic dengan keluarga saya untuk makan malam dua minggu lalu, tetapi dengan diiringi polis."

Zaman Dr Mahathir Boleh

Dulu, ketika (Tun) Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, beliau memandu sendiri kereta, termasuk Kancil, setiap hujung minggu beliau berada dalam negara bagi meninjau sekitar Kuala Lumpur.

Alhamdulillah tidak berlaku sebarang kecelakaan ke atas beliau dan (Tun) Dr Siti Hasmah yang sentiasa mengiringinya.

Sepatutnya Dr Mahathir harus takut dan polis harus nasihati beliau agar tidak memandu sendiri kerana beliau mempunyai lebih banyak "musuh" politik daripada mana-mana pemimpin Malaysia.

Tetapi waktu itu, jenayah tidaklah menjadi-jadi macam hari ini dan kita tidak disajikan dengan indeks jenayah yang kononnya bertambah baik dan kita pun tidak ada KPI dan NKRA.

Antara sebab kurang dan terkawalnya jenayah waktu itu ialah ekonomi lebih kukuh, polis lebih tegas dan kita ada undang-undang yang mencegah orang jahat buat jahat seperti ISA, Ordinan Darurat dan Buang Daerah yang semuanya dihapuskan di bawah transformasi Mohd Najib.

Saya terus membantah pemansuhan itu.

(Tun) Daim Zaimuddin, dalam temu ramahnya yang disiarkan oleh New Sunday Times 24 Mac lalu, antara lain, berkata antara kelemahan kerajaan sekarang ialah memerangi jenayah dan rasuah. Katanya rakyat jelata tidak percaya kepada indeks jenayah yang kononnya semakin baik kerana setiap hari ada berita pembunuhan, rompakan dan rogol disiarkan oleh media massa.

Dr Mahathir Ronda, Pegawai Berjaga-jaga

Apabila Dr Mahathir meronda ibu negara, Menteri Wilayah, Ketua Setiausaha Negara dan Datuk Bandar pun berjaga-jaga sebab takut ada longkang tersumbat, bau busuk dan sampah merata-rata ditemui beliau.

Hari ini mereka boleh santai asalkan laporan media arus perdana bagus dan mesra. Pokok tumbang kerana ribut tidak dibuang berminggu-minggu. Kuala Lumpur kotor dan tikus bermaharajalela. Menteri sibuk hendak bertanding pilihan raya.

Pengakuan bahawa jenayah terus menjadi masalah besar terserlah apabila Mohd Najib sendiri membuat hebahan besar mengenai tambahan 1,000 buah motosikal untuk rondaan mencegah jenayah.

Apa Halnya Rakyat Biasa?

Kalau orang kenamaan yang mendapat perlindungan polis atau yang ada pengawal peribadi pun masih dinasihatkan berjaga-jaga, apa halnya dengan orang biasa yang terdedah kepada pelbagai bentuk jenayah dan ancaman?

Tidak hairanlah banyak pemilik rumah dan kedai sanggup menggali kocek mengeluarkan wang sendiri bagi mendirikan pagar berduri, membina pondok kawalan dan memasang televisyen litar tutup serta semboyan. Kemudian mengupah pengawal tempatan dan Nepal untuk menjadi keselamatan mereka.

Taman perumahan sudah menjadi macam kampung baru waktu darurat 1948-60 yang dikelilingi pagar berduri dan dikawal oleh polis, tentera dan Home Guard.

Maaf cakaplah, tidakkah orang dan pihak yang diberi mandat dan amanah menjaga keselamatan dalam negara berasa malu atau bertanggungjawab terhadap keadaan yang serba tidak menentu dan kacau bilau seperti sekarang?

Orang kaya yang ada pengawal peribadi pun tidak bebas lagi. Seorang kaya Malaysia yang suka makan dan berjumpa dengan kawan-kawan di sebuah kedai makan merangkap hotel India Muslim di ibu negara dinasihatkan oleh polis agar tidak ke situ lagi.

Maka terpaksalah dia berpindah dari hotel yang menjadi tempat tumpangannya sejak dia masih peniaga kecil pada tahun 1970-an.

Seorang lagi dirompak oleh tiga orang penjahat Indonesia di rumahnya di kawasan perumahan kelas atas Bukit Tunku aka Kenny Hill. Tetapi dia berani. Dia menembak mati salah seorang daripada penyamun itu. Selepas kejadian itu, dia dan keluarganya trauma (dibunyikan troma) dan fobia. Mereka pun pindah ke kondominium.

Jadi apabila Mohd Najib sendiri mengaku dalam temu ramah dengan UFM 101.3 yang beliau tidak boleh memandu sendiri atas nasihat polis, maka sahlah negara kita tidak seselamat dulu lagi.

Atau adakah pembesar kita hari ini menderita sindrom "koro [pautan]" dan tidak sanggup ambil risiko seperti Dr Mahathir? Wallahualam.

42 comments:

A KADIR JASIN said...

Saya dimaklumkan melalui SMS, PM dan isteri pandu sendiri kereta.

Khabarnya Harian Metro hari ini siarkan gambar peristiwa itu. Saya belum baca Metro.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Yang saya baca melalui portal Malaysiakini ialah PM dan keluarga "chilled out" di kompleks membeli-belah.

Boleh baca di http://www.malaysiakini.com/news/225401

Terima kasih.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

PM NAJIB ni bukan saja pembohong , air muka dan matanya pun pembohong.

Daripada isu komisen scorpene, isu pembunuhan altantuya, isu pencerobohan lahad datu, fitnah sodomi 2, kehilangan enjin pesawat, kerugian berbillion ringgit 1MD, isu cincin dan kegairahan sang isteri dgn kemewahan yg sesuai dgn pendapatan rasmi sang suami, bala baru pd negara dalam bentuk pembinaan MRT yg tak terkira mahalnya, pelbagai laungan tin kosong termasuk transformasi itu dan ini, bodek yg berlebihan terhadap kaum bukan Melayu, kesemuanya terpampar dalam air muka NAJIB yg tak jernih.

Sejak bila pulak PM mesti dengar arahan polis?

Tiada alasan jika negara memang benar2 selamat dari jenayah.

Sustainable Living Institute (SAVE) said...

Najib's talk does not befit what a PM should say. It gives the impression that peace and security is half dead in this country. It goes without saying that the position as PM or any head of state for that matter (security) threat comes with the job. His talk becomes cheap out of sloganeering habit and tweeting (eg. tweeted from Mekah, "I remember you all"). Having visited Vatican earlier (than Mekah) he should know that a Pope was shot by Sirhan Sirhan (?). Be man enough and don't spread the paranoia.

awangbatuburok said...


Salam Datuk,

Dulu penjenayah tidak pandai menggunakan peledak C4,

Dulu penjenayah tidak pandai membawa masuk/menyeludup pelancar roket,

Dulu penjenayah tidak pandai curi lembu sampai rm250juta,

Dulu penjenayah tidak pandai songlap komisyen sampai rm500ju

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment