Sunday, April 7, 2013

Re: RG2011... Maaf Mufti Perak, boleh saya bertanya

 

Yang pastinya org kapir berani buat yang bukan-bukan terhadap org islam kerana mereka nampak org Islam mulai lemah kerana mereka TIDAK BERSATU..org islam tidak bersatu hingga orang-orang kafir hilang rasa kegerunan mereka dan timbul rasa memandang rendah dan benci kepada orang islam..

Orang Islam tidak bersatu kerana sudah hilang iman dalam diri mereka kepada Allah yang menciptakan mereka dan yang menentukan akhir kalam mereka..petandanya ialah sebahagian orang Islam membenci orang Islam yang lain kerana alasannya tidak mengikut hukum Allah..puncanya adalah perselisihan pendapat..keegoan mereka menyebabkan mereka berpecah.

Itulah punca kebanyakan orang Islam seluruh dunia berpecah kemudiannya menjadi bahan buli orang-orang kafir.

Wallahua'lam..


2013/2/4 khomaron azhar <azhar.a@soem.sharp-world.com>
 

 

Sekadar  pendapat untuk dikongsi bersama,

Mengapakah orang-orang kafir sudah berani meminta itu dan ini, sedangkan itu bukan hak mereka?

Inilah persoalan yang perlu dijawab.

Sebelum menjawab persoalan ini, kita perlu muhasabah diri, adakah kita umat islam sudah menunaikan

perintah ALLAH swt? Sudahkan kita laksanakan sunnah Nabi kita MUHAMMAD saw.? Bagaimana ibadah kita?

Bagaimana QIAMULLAIL kita? Bagaimana iman kita ketika ini sekukuh sahabat-sahabat nabi dahulu? Di manakah

semangat JIHAD kita ketika ini?.

 

Jika kita masih melalaikan perintah ALLAH swt, meninggalkan sunnah NABI saw, kita seolah-olahnya sama

dengan umat-umat terdahulu ( yahudi dimuliakan ALLAH, kemudian Dikutuk ALLAH kerana keengkarannya,

demikian Kristian juga dimuliakan ALLAH, kemudian nasib mereka sama seperti yahudi kerana keengkaran

terhadap perintah ALLAH.) Perkara ini boleh berlaku kepada umat islam ketika ini kerana banyak keengkaran

dan kemaksiatan berlaku di kalangan ummat islam masa kini. Umat ISLAM mungkin akan dihina jika kita tidak

melakukan sesuatu untuk mengagungkan AGAMA ALLAH ini.

Warna-warna kehinaan ini sudah kelihatan kerana mereka yang kafir ini sudah berani meminta

Penggunaan kalimah ALLAH ini dalam bible berhahas melayu mereka. Mereka sudah tidak ada rasa gerun lagi

terhadap umat Islam ketika ini.

 

Sekadar pendapat.  Fikir-fikirkanlah…

 

Thanks and Regards

 

###########(                    )###########

Khomaron Azhar Abdul Manaf

08000 Sungai Petani

Kedah.

###########(                    )##########

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of Zaid Mat San
Sent: Thursday, 31 January, 2013 1:29 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Maaf Mufti Perak, boleh saya bertanya

 

 

Bila sebut DEBAT, yang menang jadi arang dan yang kalah jadi abu.....biasanya untuk menegakkan pendapat pendebat akan menggunakan Ayat al-Quran atau Hadis yang boleh menyokong pendapat mereka, kesemuanya datang dari punca yang sama tapi still nak berdebat! DEBAT pasal ugama sangat subjektif dan sensitif.....campur pulak dengan politik lagi subjektif dan sensitif........tapi bagi saya (saya orang islam, bukan kafir) email dari saudara mohroslan menunjukkan toleransi dalam ugama dan boleh menarik minat orang bukan islam. bagi saya pendapat yang sedemikian adalah membina sangat-sangat.....

 

From: Ramlan Mohd Ali <ramlanmohdali@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, January 30, 2013 12:06 PM
Subject: Re: RG2011... Maaf Mufti Perak, boleh saya bertanya

 

Assalamualikum.tuan.

 

Pada hemat saya penulis ini hanya menulis mengikut kejadian pada zaman Rasulullah sahaja teteapi tak berlandaskan  pada amalan tauhid.Kalau dilihat pada surah Al kafirun itu sudah jelas akan maksud mengapa nama Allah tak boleh diguna pakai oleh agama lain...dan ditambah lagi dalam Surah aL IKHLAS...DISITU lagi dinyatakan secara terperinci akan perbezaan tuhan orang ISLAM dan agama lain...

Berpandukan rukun ISLAM dan rukun Iman lagilah tuhan mereka bebeza sama sekali dari tuhan orang ISLAM...kalu dah tak mengkaji ucapan dua kalimah syahadat macamana dia org nak guna nama Allah dlm BIBLE mereka...ALLAh tuhan sekalian alam..ugama disisi ALLAH hanyalah ISLAM.

 

From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
To:
Sent: Wednesday, January 30, 2013 10:44 AM
Subject: RG2011... Maaf Mufti Perak, boleh saya bertanya

 

Oleh Mohamed Hanipa Maidin

 Baru-baru ini Mufti Perak mengeluarkan kenyataan tentang isu penggunaaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam khususnya penganut Kristian. Kenyataannya dilaporkan di Mingguan Malaysia di bawah tajuk " Jangan terus cabar, hina Islam" ( Mingguan Malaysia 27/1/2013 ).

Antara lain beliau menyatakan jika Islam terus dicabar termasuk isu penggunaan nama Allah dibimbangi boleh membawa pertumpahan darah kerana menurut beliau umat Islam wajib berjihad mempertahankan kesucian Islam dan kalimah Allah daripada digunakan oleh orang bukan Islam yang tidak mentauhidkan Allah.

Beliau berkata " kalau diberikan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam, kalimah Allah akan digantung di gereja dan diletakkan pada salib yang ada patung Nabi Isa di situ, seolah -olah Nabi Isa itu Allah. Maka itu tidak boleh dibenarkan kerana menghina akidah Islam."

Beliau juga menegaskan umat Islam sama sekali tidak boleh benarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam kerana ia sama seperti mereka bersetuju dengan perbuatan menyekutukan Allah dan persetujuan itu juga menjadikan mereka kafir.

Pembaca dapat melihat betapa kerasnya kenyataan Mufti Perak tersebut . Tidak pula kita dengar dan lihat kenyataan keras seperti itu dikeluarkan oleh Mufti Perak ke atas kenyataan ramai pemimpin Umno sebelum ini yang menghina Islam seperti kenyataan Nabi Muhammad s.a.w tidak bercukur kerana tiada pisau cukur, jika laksana hudud ramai akan kudung tangan, bertafakur di tugu Negara, membuang nama Islam dari parti politik dan kenyataan atau tindakan seumpama itu.

Saya tidak berniat untuk berdebat dengan Mufti Perak kerana siapalah saya dibandingkan dengan orang berilmu sepertinya. Bagaimanpun saya rasa tidak salah untuk saya bertanya meminta penjelasan atas pendapatnya yang keras itu.

Apabila ada umat Islam yang berpandapat bahawa tidak salah orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah tidakkah pendapat itu sendiri diasaskan atas tindakan Rasulullah s.a.w.? Mufti Perak, saya percaya arif tentang seerah Rasulullah.s.a.w... Saya ingin berkongsi dua buku mengenai seerah, satu dalam bahasa Arab dan satu lagi dalam bahasa Inggeris. Dalam buku "qiraatun siyasiyatun li seeratin nabawiyyatin" ( pembacaan politik di dalam seerah kenabian ) karangan Dr Muhammad Rawwas Qal'aji terbitan Dar An Nafaes, Beirut dan buku " Muhammad his life based on the earliest sources" oleh Almarhum Dr Martin Lings ( Abu Bakar Siraj al-Din ) kedua-duanya menceritakan kisah sulh al-Hudaibiyyah.

Kedua dua buku itu menceritakan bagaimana apabila Suhayl Al Amru, wakil Quraysh Mekah yang datang bersama sama Mikraz dan Huwwytib untuk berunding dengan Rasulullah s.a.w. , Rasulullah s.a.w. menyuruh Syaidina Ali r.a menulis muqadimmah perjanjian damai itu dengan kalimah " Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Dan Maha Pengasih". Suhayl menentang penggunaan kalimah tersebut dengan berhujah bahawa dia tidak tahu kalimah itu dan beliau meminta ditulis kalimah "Bismik Allahumma" ( Dengan namaMu Wahai Allah ). Meskipun para sahabat mahu kalimah "Bismillahi al Rahman al Rahim" digunakan namun Rasulullah s.a.w menunjukkan toleransi ( tasamuh ) Islam dengan membenarkan kalimah "Bismik Allahumma" digunakan oleh orang kafir .

Bukankah kisah tersebut menunjukkan pertamanya penggunaan nama Allah adalah satu perkara rutin oleh orang-orang Arab termasuk yang kafir. Keduanya meskipun nama Allah yang orang kafir Arab gunakan adalah berbeza dengan pemahaman orang Islam tentang kalimah suci tersebut , kenapakah Rasulullah s.a.w tidak melarang malah benarkan pula mereka menggunakan kalimah Allah.

Pernahkan dalam mana mana masa dalam fasa da'wah Rasulullah s.a.w, Baginda menyeru jihad untuk memerangi Arab yang kafir kerana menggunakan nama Allah? Jika Rasulullah membenarkan Suhayl yang kafir itu menggunakan Allah bagaimanakah Mufti Perak mengatakan umat Islam yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah dikira menyengutukan Allah. Bagaimanakah mengikut teladan Rasulullah dikira menyekutukan Allah ..?

Tentang kenyataan Mufti bahawa orang kafir seperti Kristian tidak boleh guna nama Allah kerana kalimah Allah adalah suci dan yang demikian ia tidak boleh digunakan oleh mereka yang menyengutukan Allah. Persoalannya sejak bila pula orang kafir tidak menyengutukan Allah? Jika mereka menyengutukan Allah apa bezanya mereka guna nama Allah atau tidak? Bukankah kerana mereka salah memahami bahawa Allah itu tiga dan bukan Esa, maka kita kena sampaikan mereka tentang siapakah Allah yang sebenar. Bukankah surah al Ikhlas dimulakan dengan kalimah " qul" ( Katakan atau ceramahkan atau beritahu) bahawa Allah itu Esa. Mengapa perlu adanya kalimah " qul "jika sejak awal Kristian beriman dengan Allah itu Esa. Perlukah diberitahu kepada orang yang beriman Allah itu Esa bahawa Allah itu Esa?

Apabila Nabi Sulaiman a.s menulis surat kepada Ratu Balqis yang menyembah matahari ketika itu kalimah "Bismillahi al Rahman al Rahim" digunakan. Bukankah dengan menghantar surat yang mengandungi nama Allah kepada Balqis , Nabi Sulaiman hakiktnya menyuruh Balqis membaca/menggunakan nama Allah? Bukankah Balqis kafir ketika itu jadi kenapakah dibenarkan beliau membaca /menggunakan kalimah Allah?

Bukankah penganut Kristian percaya Isa anak Allah dan kepercayaan itu tidak sama dengan kepercayaan orang Islam. Kalau digunakan logik Mufti maka kita juga seharusnya halang penganut Kristian guna kalimah Nabi Isa kerana apa yang

mereka percaya tidak sama dengan kita? Bukankah apabila di dalam Al Quran Allah menyatakan bahawa orang Nasrani menyatakan Nabi Isa adalah anak Allah, Allah menyatakan itu adalah kata kata yang keluar dari mulut mereka. Mulut adalah terjemah kata hati . Mengapa Allah tidak kata lancarlah jihad dan bakar bible mereka kerana mereka kata Isa anak Allah !!

Tentang dakwaan Mufti Perak jika dibenarkan guna kalimah Allah maka Kristian akan gantung kalimah Allah di gereja atau digantung pada patung Nabi Isa, isunya adakah perkara itu telah berlaku? Jika tidak , mengapa harus kita membuat spekulasi? Bukankah di zaman Rasulullah jika ada sahabat bertanya soalan spekulasi Rasulullah akan bertanya adakah perkara itu telah berlaku? Kerana sayangkan umatnya Rasululah larang soalan spekulasi kerana jika ditanya soalan tersebut masa wahyu diturunkkan bukankah ia akan membebankan kita semua?

Wajarkah menghukum orang Kristian atas dasar spekulasi? Jika perkara itu dah berlaku , bukankah Negara ini ada undang undang ? Mengapa perlu nak menumpakan darah?

Mengapakah kita tidak pandang kawan kawan kita di kalangan Kristian dengan kacamata kasih sayang , sesuai Islam adalah agama Rahmah. Bukankah samahah ( toleransi ) adalah sifat agama ini?


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (7)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment