Thursday, April 4, 2013

Re: RG2011... Rakyat bersyukur akhirnya konspirasi fitnah ke atas Anwar terbongkar

Tuhh yang Mami heran...dulu masa Saiful angkat sumpah pak dia ikut sama,tuhh boleh dikatakan saksi kan kan. Mami boleh tengok saja laa nak buat cam mana. Saiful yang angkat sumpah dok jalan elok lagi...orang yang tak pernah angkat sumpah pun dok jalan elok jugak. Mami rasa kalau apa apa yang terjadi pada mangsa tentu orang kata "ini semua angkara sumpahan dia" Tapi kalau apa2 terjadi yang tak pernah angkat sumpah tentu orang kata takdir dia kot. Dah ramai buat sembahyang hajat kat dua dua belah pihak tapi tak pernah pun ditimpa musibato.

--- On Tue, 3/26/13, NewsforwarderRT <3@pendekarblogger.com> wrote:
 
From: NewsforwarderRT <3@pendekarblogger.com>
Subject: RG2011... Rakyat bersyukur akhirnya konspirasi fitnah ke atas Anwar terbongkar
To: MalaysiaNews@yahoogroups.com
Cc: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Tuesday, March 26, 2013, 2:01 PM



by Keadilan Daily

Rakyat bersyukur akhirnya konspirasi fitnah ke atas Anwar terbongkar

(Oleh Ariff Juhani & Ruqayya Rahman)

KUALA LUMPUR 25 MAC: Pendedahan bapa Saiful Bukhari, Azlan Md Lazim yang mengaku kes Fitnah II adalah konspirasi politik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut pelbagai reaksi positif di kalangan rakyat.

Bagi orang awam, mereka melihat isu fitnah dan serangan Umno BN terhadap Ketua Umum KEADILAN itu sudah tidak relevan dalam politik Malaysia.

Pereka dalaman, Iman Abrar (gambar kanan) berkata, rakyat sudah muak dengan politik rimba kerajaan yang mengulangi skrip sama mentohmah pemimpin Pakatan Rakyat itu.

"Pada 1998, isu fitnah itu digunakan untuk penjarakan Anwar. Sekarang skrip sama diulang dengan plot yang meragukan.

"Sudahlah rakyat disogokkan dengan fitnah jijik seperti ini, ditambah pula masalah kenaikan harga barang yang gagal dikawal kerajaan Umno BN," tempelaknya.

Sementara itu, usahawan produk kesihatan, Nurul Auni (gambar bawah) menyifatkan fitnah perbuatan terdesak orang yang kehabisan modal berdepan musuh seperti dilakukan Umno BN.

"Skrip fitnah itu dibawa ketika menjelang Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, tujuannya hanya satu iaitu untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar.

"Dengan terbongkar kebenaran ini, terbukti Fitnah II hanyalah konspirasi politik. Politik fitnah sebegini mesti dihentikan," ujarnya.

Peniaga buku, Ahmad Kusaini Yusof pula yakin Anwar tidak bersalah sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, malah mantan Perdana Menteri itu katanya patut bertanggungjawab dengan kerosakan minda masyarakat akibat mereka cipta isu liwat.

"Saya malu apabila anak kecil tanya apa maksud 'liwat'. Sekalipun berbalah politik, janganlah sampai minda masyarakat dirosakkan dengan perkataan jijik yang dibawa Umno BN.

"Apa yang didedahkan bapa Saiful (Fitnah II adalah konspirasi) sudah kita ketahui sejak dulu. Ini bukan soal taksub tetapi kita faham cara mainan politik kotor Umno BN," katanya.

Jurutera syarikat kimpalan, Muhammad Nuruddin Bashah (gambar kanan) berkata, pendedahan Azlan sebagai petanda kebenaran kian teserlah.

"Satu demi satu kebenaran didedahkan kepada rakyat. Ini semua hasil doa dan harapan rakyat kepada Allah agar ditunjukkan kebenaran dalam perjuangan menjatuhkan kezaliman.

"Seorang demi seorang, Deepak (Jaikishan), (P) Balasubramaniam, isu Lahad Datu, penyertaan mantan jeneral tentera dan pendedahan beberapa bekas menteri menunjukkan bahawa kebenaran semakin jelas.

"Ini isyarat jelas dan rakyat tidak perlu ragu-ragu menyokong Pakatan Rakyat demi kebenaran dan keadilan," katanya.

Turut memanjat kesyukuran di atas pendedahan, AJK Wanita KEADILAN Lembah Pantai, Nor Azira Che Ahmad (gambar kiri).

Kata beliau, pendedahan bapa Saiful membantu membersihkan nama Anwar yang dipalit fitnah bertahun-tahun lamanya dan berharap beliau tidak lagi menjadi mangsa fitnah.

"Bapa Saiful telah berjasa membantu membersihkan nama Datuk Seri. Keberanian bapa Saiful sepatutnya menjadi contoh dan patut dipuji," kata Nor Azira.

Sementara itu, Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Wilayah, Nor Azura Ibrahim (gambar kanan) menyifatkan pendedahan itu adalah bukti kebenaran bukanlah sesuatu yang boleh disekat.

"Hakikatnya seorang manusia memang dilahirkan baik. Maka tak kira berapa banyak kejahatan yang berlaku sekelilingnya, dia tetap akan mencari kebaikan, pendedahan bapa Saiful ini adalah bukti terbaik," kata Azura. – NS

 

 

 



No comments:

Post a Comment