Thursday, April 18, 2013

RG2011... ~~~Ada Apa Pada Hati~~~

 


Untuk menjaga hati kita haruslah memahami kehidupan dan kematian kelazatan hidup
dan kenikmatan syurga, kepayahan dan kesusahan kehidupan dunia dan azab selepas mati.

Apabila kita tidak  berilmu, kita harus mengamalkan sifat merendahkan diri untuk belajar. 
Kita tidak boleh menjadi orang sombong, kerana dengan kesombongan itu, kita akan 
menjadi orang bodoh. Sekalipun seseorang itu mempunyai ilmu yang mencapai tahap 
tinggi, jika dia sombong, itu tidak akan menjadikan  dia lebih bijaksana. Hal  ini  kerana,  
orang sombong dengan ilmunya  tidak akan suka ditegur dan dibetulkan. Dia  merasakan 
dirinya sentiasa benar dalam semua perkara. Maka jika dia tersalah, dia akan kekal 
dalam kesalahan itu. Dia juga tidak suka menadah ilmu daripada orang yang dirasakannya 
lebih rendah tahap ilmunya. Maka ilmunya tidak akan meningkat dan berkembang, tetapi 
akan beku atau hanya menjurus pada satu-satu bidang yang dia pakar sahaja.
 
Lain halnya dengan ahli ilmu yang tawaduk atau merendah diri. Seorang yang tawaduk 
akan sanggup menadah ilmu daripada siapa saja. Dia juga rela ditegur dan dikritik. Kepada 
orang yang merendah diri, Allah akan berikan padanya hati yang lapang, fikiran yang cerdas 
dan perasaan yang tenang untuk mendapat ilmu yang banyak.
 
Ilmu akan meninggikan darjat seseorang di sisi Allah dan manusia tetapi dengan syarat, 
orang itu merendah diri. Namun sekiranya dia  angkuh, tunggulah, ilmu itu yang akan 
menghenyaknya ke bawah. Ingatlah, rasa tidak berilmu adalah pakaian peribadi orang 
yang benar-benar berilmu.

Orang yang berakal ialah orang yang mengetahui dan menyedari bahawa kehidupan 
dunia tidak digunakan untuk bersenang-senang, kerana itu dia amat berhati-hati dalam 
menggunakan dan memanfaatkan masa dalam setiap kesempatan. 
--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment