Saturday, April 13, 2013

RG2011... Air: Pakatan percuma untuk rakyat, BN ‘percuma’ untuk S’pura

 


Air: Pakatan percuma untuk rakyat, BN 'percuma' untuk S'pura
Tarikh : Sunday, April 14 @ 09:00:00 MYT
Topik : Berita


Oleh Aliff Fikri

JOHOR 14 APRIL: Perjanjian pembekalan air antara Johor dan Singapura membuktikan Umno tidak bijak mengurus bahan mentah itu berbanding Pakatan Rakyat, kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

"Ingat perjanjian air Johor-Singapura? Johor jual kepada Singapura dengan harga 3 sen setiap 1,000 liter. Singapura proses, rawat kemudian jual balik pada harga 50 sen Dollar Singapore.

"Perjanjian itu berkuat kuasa hingga 2061. Inilah perjanjian yang cukup unik hasil dari 'kepandaian' Umno BN memerintah," katanya, sinis pada pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat Johor malam tadi.

Sebaliknya, Setiausaha Agung KEADILAN itu berkata, Pakatan jauh lebih bijak mengurus air hingga mampu memberi 20 meter padu air percuma kepada rakyat.

"Tawaran 15 perkara dalam manifesto Johor,  sebahagiannya diaplikasi dari pengalaman  memerintah beberapa negeri. Contohnya, air percuma," kata beliau.

Mengulas lanjut, Saifuddin percaya hanya Pakatan mampu mengurus kewangan dengan baik dan amanah, malah sudah membuktikanya.

"Ambil alih Selangor dari Umno BN aset keuntungan akhir Mac 2008 ialah RM600 juta. Lima tahun perintah, ia berjumlah RM2.6 bilion. Peningkatan RM2 bilion.

"Kelantan pula diiktiraf negeri bebas rasuah. Selama 22 tahun perintah tiada seorangpun pimpinan diheret ke mahkamah kerana rasuah," katanya.

Beliau berkata, ia hasil sikap amanah dan prinsip pimpinan yang mahu rakyat memperoleh nikmat, bukan engejar kepentingan tertentu.

"Urus kewangan ibarat kawal edaran darah ke tubuh manusia. Jika ia terkepung atau luka dan tak dirawat segera, darah keluar banyak menyebabkan tubuh jadi lemah.

"Begitulah jika kewangan jika tak diurus dengan berhemah – membazir, bocor dan rasuah, pengurusannya jadi rosak," kata calon Parlimen Bandar Baharu Kulim itu.

(FZL)

Sumber


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment