Ramai yang berani menulis namun tidak ramai yang berani mencabar secara berhadapan dengan karenah, birokrasi dan kebiadapan KDN. Ironinya "peperangan" Lutfi dengan KDN secara tidak langsung menarik saya ikut bersamanya ke gelanggang pertarungan antara David dan Goliath tersebut. Apabila kegilaaan rejim penguasa menyekat kebebasan bersuara dengan bertindak menggeledah, merampas , mengugut dan menangkap para pengedar akhbar-akhbar yang diterbitkan Lutfi, saya diberi penghormatan mewakili kepentingan beliau di mahkamah berlawan dengan pihak penguasa. Ironinya, semakin ganas KDN bertindak semakin hebat pula Lufti meneruskan penerbitan akhbar "tidak berkala" dan semakin akrab pula hubungan kami. Saya sering teringat kata-kata Lutfi bahawa ancaman KDN tidak pernah melumpuhkan semangat dan kekentalan beliau, namun kegagalan ejen-ejen pengedaran bahan penerbitannya menjelaskan jutaan ringgit kutipan sedikit sebanyak berjaya melumpuhkan ketahanan beliau. Saya percaya Lutfi bukan menulis kerana wang namun ketiadaan wang mampu menjejaskan kekentalan penulis, hatta kepada penulis berjiwa waja seperti beliau. Sudah tentu kita bukan bercakap tentang pengumpulan harta daripada dunia penulisan sebaliknya berkaitan isu survival penulis seperti beliau, yang bertindak sebagai wartawan, editor sekali gus penerbit. - Hanipa Maidin, Peguam Buku PENCURI PILIH ANJING ini boleh dipesan terus dengan bank-in RM34.00 (termasuk kos pos laju) ke akaun Maybank Ahmad Luqman Hakim 162179670906 dan emelkan nama dan alamat penuh ke lutfi_detik@yahoo.com
Pencuri Pilih Anjing oleh Ahmad Lutfi Othman Harga: RM28.00/RM31.00 ISBN: 978-967-361-079-2 Tarikh Terbit: Mac 2013 Jumlah Muka Surat: 409
|
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment