Wednesday, April 17, 2013

RG2011... Fw: 5 calon Be N Sngor mempunyai ijazah palsu

 



 

TERHOT: Inilah macai yang bangga menjadi pencacai [Saksikan...]

malaysiaberih.blogspot
shalehudin.blogspot
 
Macai troll diri sendiri sebab terlampau bangga jadi pencacai...

Haha...

Inilah bezanya ajaran BN dengan PR. Jauh bagai langit dengan bumi. Sampai macam ni pun ada yang nak sokong BN lagi?

Haha...

 

Lima calon BN Selangor dituduh mempunyai ijazah palsu

Oleh Debra Chong
Penolong Pengarang Berita

KUALA LUMPUR, 17 April — DAP mempersoalkan integriti lima calon Barisan Nasional (BN) Selangor selepas menuduh mereka, termasuk seorang timbalan menteri, "membeli" kelulusan pengajian tertinggi.

Ahli strategi pilihan raya parti pembangkang itu Ong Kian Ming menamakan Timbalan Menteri Luar A Kohilan Pillay, Pengerusi Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA) Teh Kim Pooh, Ching Eu Boon dan Lee Ban Seng dari MCA dan ketua hal ehwal agama Umno Ab Wahab Ibrahim menggunakan ijazah akademik dari universiti yang pernah didedahkan menjual ijazah.

"Calon yang merasakan mereka perlu membeli ijazah, baik diperingkat ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, menyebabkan  integriti mereka dipersoalkan.

"Jika calon ini sanggup menipu pengundi mengenai kelayakan akademik mereka, bahagian penting dalam kehidupan seseorang, bahagian kehidupan mana lagi calon tersebut sanggup menipu termasuk kepentingan awam dan pengurusan dana awam serta tanggungjawab menggunakan sumber awam," tanya beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Undang-undang pilihan raya Malaysia tidak memerlukan seseorang calon itu mempunyai ijazah sebagai syarat untuk bertanding pilihan raya, kata Ong dan menambah ianya tidak akan meningkatkan taraf kehidupan seseorang dalam masyarakat secara automatik.

Ong menggesa lima calon tersebut mengundurkan diri dari pilihan raya 5 Mei ini jika tidak boleh menafikan ijazah mereka yang boleh dipersoalkan itu.

Beliau mengingatkan mereka, Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mengatakan integriti senarai calon BN telah disahkan dan agak mengecewakan jika terbukti mereka mempunyai ijazah palsu untuk meningkatkan peluang dipilih sebagai calon.

Kohilan yang menjadi calon BN di kerusi parlimen Puchong dituduh membeli Ijazah Sarjana Sains Perdagangan dan Ekonomi Industri dari Pacific Western University, Amerika Syarikat (AS), yang pernah disaman dan ditutup selepas didapati menjual ijazah.

Teh, 62, calon bagi kerusi parlimen Klang, dituduh membeli Ijazah Doktor Falsafahnya dari New Port University, yang Ong dakwa sebagai universiti diragui dan telah mengeluarkan ijazah doktor falsafah (PhD) kepada penyandang Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Ab Wahad dari Umno, yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan telah disenaraikan mempunyai PhD dalam Pentadbiran Awam dari Irish International Universiti yang dilaporkan oleh British Broadcasting Corporation pada 2008 sebagai palsu, kata Ong.

Sementara calon DUN Pandamaran, Ching mendapat PhD dalam Rangkaian Pemasaran dari universiti diragui St George University International manakala calon BN Kajang, Lee dituduh membeli ijazah pentadbiran perniagaannya dari Universiti Rutherford di AS.

comments

  • Lebar Daun  • 
  • Sakit hati penyokong2 BN baca nihh...
  • Ajak  •  
  • Academic Qualification punya hal jangan le tipu2 ... Baik BN baik Pakatan . Tanpa menolak kepentingan pendidikan tinggi saya percaya ramai pemimpin yang hanya ada kelulusan akademik minimum disenangi rakyat, bekerja untuk rakyat dengan penuh komitmen dan ikhlas hati .
    Siakap senohong gelama ikan duri
    Bercakap bohong lama-lama mencuri ... pesan orang dulu-dulu
    • Memang  •  
      klu awal2 dah menipu....faham2 aje laaa...
    • Berani  •  
      Saya setuju dengan saudara AJAK. Yang rakyat mahu ialah mereka yang boleh berkhidmat bukan berbekal dengan kelulusan yang tinggi tapi tak boleh buat kerja. Parti pula yang dipersalahkan.
    • T.A.  •  
      Siakap senohong gelama ikan duri,
      Bercakap bohong lama lama jadi Menteri
    • Keybored  •  
      T.A rhymes very well lar lol
    Taurus 9  •  
  • Thank you for pointing out the falsification of qualifications by these UMNO/BN candidates. You are doing a service to society. These paper qualifications are NEVER earned by them but BOUGHT through money based on recommendations of some idiotic professors/Lecturers/ institutions. They may have only SPM Form V qualifications. I was once offered by a University in America on condition I submit payment of 20.000 USD for Ph.D. ! Of course I have had an International U.K. Qualifications in Logistics. So I turned down the offer as my Professional Fellowship is already equivalent to a Masters academic qualification. I know there are 3 other PD.D recipients from the International Irish University, which had been confirmed by the Secretary of Education, United Kingdom, as NON-EXISTENT University. One if the BN candidates here is from that so-called University. You know what ? You need only to pay RM 20,000/- to earn it !
  • Zaid  •  
    Orang lain Aku tak tahu. Tetapi Hj Wahab Ibrahim bukan jenis pakai ijazah tipu tipu punya. Yang jelas Ijazah dari UiTM punya mesti ori, yang dari Ohio State University punya mesti lah ori, pernah berkerja dengan PETRONAS dan PETRONAS sekoler pula tu. Tak munkin. Kalau bapa Hj. Wahab iaitu Ibrahim Ali ada kemunkinan dan menasabah bagi nya menerima banyak Ijazah2 palsu.
  • Pat Loh  •  
    Oi..BN..Ijazah pun mahu tipu kah?? Apa lagi yang belum tipu lagi? Aiyoyo...Kalau macam ini, Samy V pun pening lo......
  • John  •  
    Senang aje. Najib kata, calon mesti sekurang kurangnya Diploma, semua pergi beli sijil dan serah kepada Najib. Najib dengan megah mengistharkan bahawa BN semua sekurang kurangnya ada Diploma. Dulu calon UMNO tak ada kelayakan akademic yang hanya pandai ambil rasuah jual kontrak.
  • Sarawak  • 
    UMNO dan BN adalah penipu. Nothing to be surprised. Cuba check ada sijil akad nikah tak?
  • twisterr  •  
    havoc ni...selongkar pr jangan tak selongkar !!
  • Aku adalah  •  
    Temberang dah pecah huk huk huk
  • shan  •  
    I wont be suprised if its true.
  • Mohd Fairoz  •  
  • Jika semua ahli politik BN beli ijazah pun masih ramai yang sokong BN. Penyokong BN ni kalau aku kata bangang marah plak tapi itulah kenyataannye
  • Kamaz  •  
    baguslah PR lu punya research lebih advance dari video lucah. gerakan terancang.
  • Jack  •  
    Simple - If you apply for a job using fake degrees...and the potential employer finds out it's false, will the applicant be hired? No right. Same goes here....when you submit fake degrees knowingly, should we vote for them? My foot.........
  • Pak Ngah  •  
    nak gak 1.. dulu tak sekolah... hehehe
  • Five-zal  • 
    ijazah ekspres!!....senangnya nak menipu rakyat (kalau benarla)..luaran nmpak bijak dan berpelajaran tapi rupanya penipu. Tahukah anda betapa lamanya dan susahnya nk memperolehi walaupun segulung sijil/diploma. anda pula senang2 beli..ini kes polis.sila buat laporan agar siasatan lanjut dapat dijalankan.
  • King  • 
    Sijil ke Diploma ke Ijazah ke mmg semua tu xdinafikan amat penting bagi seseorang. Cuma bagi calon2 yang terpilih xkira sama ada dari BN or PR kalau anda mmg xmempunyai kelayakkan akademik tersebut xperlulah nk tipu2 dengan membeli kelayakkan tersebut. Jika betul anda menipu dengan membeli kelayakkan tersebut sebelum menjadi wakil rakyat lagi tentu selepas anda terpilih menjadi wakil rakyat lagi banyak yang anda tipu rakyat..
  • DACING MURTAD  •  
    ouch penipuan demi penipuan . sila bongkarkan ya.
  • Othman  • 
    hidup dlm penipuan? ni yg tk sedap dengar nih...
  • wgs  •  
    One question: Do they know how to use Microsoft Excel?
  • SANI  •  
    UMNO dan PENIPUAN adalah sinonim.
  • __._,_.___
    Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
    Recent Activity:
    " Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

    " Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

    " Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

    " Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

    " Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

    Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
    Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

    MARKETPLACE


    .

    __,_._,___

    No comments:

    Post a Comment