Sunday, April 7, 2013

RG2011... Fw: Dakwa Ditindas Majikan

 



Dakwa Ditindas Majikan : 20,000 Ahli NUBE Tawan Jalan Tun Perak

KUALA LUMPUR, 6 APRIL : Rimas ditindas sejak sekian lama, akhirnya lebih 20,000 ahli Persatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) turun ke jalanan menzahirkan bantahan terhadap pengurusan bank yang melanggar kontrak konservatif di antara majikan dan pekerja.

Kontrak konservatif yang dipersetujui melibatkan kenaikan gaji, bonus dan kelebihan yang diberikan sebagai kakitangan.

Berkumpul di hadapan Dataran Maybank sejak jam 1 petang, Picket Daulat 6413 mula berarak pada jam 2.30 petang dan berkumpul di hadapan Bangunan UAB yang menempatkan premis bank CIMB.

Laungan 'CIMB Down Down' dan 'Lawan Tetap Lawan' bergema sepanjang Picket Daulat 6413 selain beberapa sepanduk yang mencuri tumpuan orang ramai sehingga mereka turut sama membunyikan hon sebagai tanda sokongan.

Antara kain rentang dan sepanduk yang dipamerkan adalah 'Adik PM Malaysia Mungkiri Janji', 'Maybank Tipu Maybankers', 'Ahli tipu dipecat, pengurus tipu naik pangkat', 'Pengurus Amiruddin menindas ahli hamil', 'Abang sulung janji ditepati, adik bongsu janji dimungkiri' dan 'Darah pekerja diperah, belanja golf RM18.7 juta'.

Himpunan ini turut dimeriahkan dengan paluan gendang dan tiupan wisel, Picket Daulat 6413 mengemukakan 10 tuntutan segera yang perlu ditunaikan tiga bank utama iaitu Maybank, CIMB Bank dan Bank Muamalat.

10 tuntutan tersebut adalah:

- Hentikan pencabulan Rukun Negara.

- Hentikan jualan produk secara salah.

- Hentikan penyahkawalseliaan khidmat perbankan.

- Hentikan caj yang melampau terhadap pelanggan.

- Hentikan diskriminasi pelanggan mengikut kaum.

- Hentikan penamatan perkhidmatan pekerja senior.

- Hentikan esploitasi terhadap pekerja.

- Hentikan penganiyaan terhadap pekerja hamil.

- Hentikan mewujudkan pengangguran.

- Hentikan galakan ketaksamaan pendapatan.

Risalah Picket Daulat 6413 memaparkan pendapatan tiga CEO bank utama iaitu CIMB Bank, Maybank dan Bank Muamalat.

CEO Bank Muamalat, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid mempunyai pendapatan tahunan bernilai RM3.3 juta dan CEO Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dengan perolehi pendapatan tahunan berjumlah RM6.26 juta.

Manakala adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merupakan CEO CIMB Datul Seri Nazir Razak mendapat RM10 juta setahun.

Naib Presiden NUBE, Abdul Jamil Jalaludden, dalam ucapannya melahirkan kekesalan terhadap Kementerian Sumber Manusia, yang gagal membantu mereka meskipun pelbagai aduan telah dibuat sebelum ini.

Beliau yang juga Ketua Cawangan Umno Bukit Bendera turut menuntut perkara ini diselesaikan segera dalam memastikan hak ahli NUBE tidak terjejas.

"Kita minta bantuan daripada Kemterian Sumber Manusia mereka tidak mampu (bantu). Banyak aduan dibuat namun tidak diendahkan. Kami rakyat Malaysia.

Kami minta bantuan (Datuk Seri) Najib (Razak) tapi sampai sekarang tidak membantu kami.

"Inilah peruntukan undang-undang yang ada (berdasarkan Perlembagaan) untuk kami bantah.

"Kita mahu duduk bincang tapi sehingga kini mereka tidak mahu berbincang.

"Jangan tindas kami, kami mahu hak kami sebagai rakyat Malaysia," katanya.

Himpunan yang berlangsung secara aman selain mendapat kerjasama daripada pihak polis ini menyaksikan kehadiran ahli dari pelbagai cawangan bank malah ada diantara mereka datang dari luar Lembah Klang.

 

Ribuan Pekerja Bank Berpiket Di Ibu Negara, Tibai Adik Najib


Lebih 1,000 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (Nube) berhimpun di Menara Maybank di ibu negara hari ini bagi membantah pengurusan CIMB dan Maybank.

Piket yang bermula jam 2 petang itu dimulai dengan bacaan doa oleh seorang jawatankuasa Nube, dan diaminkan oleh ahli-ahli Nube, tanpa mengira kaum.

Cuaca yang pada mulanya mendung dan hujan, kemudiannya bertukar menjadi cerah ketika mereka mula melaung-laungkan pelbagai kata-kata semangat.

Sehingga jam 2.30, jumlah mereka meningkat hingga hampir 3000 sebelum mereka berarak ke Menara OUB yang menempatkan bank CIMB, di Jalan Tun Perak.

Selain laungan semangat seperti 'Hidup Nube', bangkit pekerja, hentikan penindasan, mereka juga membawa pelbagai banner dan sepanduk mengecam pengurusan CIMB, Maybank dan Bank Muamalat.

Antara banner yang menarik perhatian umum, ialah banner yang tertulis 'Abang sulung cakap rakyat didahulukan, adik bongsu cakap saya dan kroni didahulukan', 'adik PM, Nazir Razak mungkir janji'.


Naib Presiden Nube, Abdul Jamil Jalaludin ketika berucap di hadapan ahli-ahli kesatuan itu, berkata jika pemimpin negara benar-benar menghayati semangat 1 Malaysia, mereka perlu turun menemui ahli-ahli yang berbilang kaum pada piket itu.

Beliau yang dipecat pihak pengurusannya, Maybank cawangan Pulau Pinang sejak hampir dua tahun lalu, dikatakan dikenakan tindakan atas alasan 'menjalankan aktiviti kesatuan secara aktif'.

Dalam risalah yang diedarkan kepada orang ramai, Nube menuntut 10 perkara yang memerlukan tindakan segera pihak berkaitan, antaranya menhentikan pencabulan Rukun Negara apabila pihak CIMBmeminta menurunkan semua gambar Yang DiPertuan agong sebagai langkah menjimatkan kos.

Nube juga menuntut agar menghentikan jualan produk secara salah seperti pinjaman, kad kredit kepada pelangganyNg bukan sahaja tidak memerlukan, malah tidak mampu membeli produk itu yang dijalankan wakil jualan bank yang tidak jujur dan menipu pelanggan.

Nube turut mendesak agar menhentikan caj melampau yang dikenakan ke atas pelanggan termasuklah caj untuk kemudahan ATM dan urusniaga transaksi, penyata bank, dan caj kepada pelanggan yang invin mendapatkan perkhidmatan mereka.

Piket yang berlangsung sehingga jam 4.

30 petang itu berakhir dengan aman, sambil diberikan kerjasama yang baik oleh pihak berkuasa.

Orang ramai yang melalui jalan tersebut turut membunyikan hon kenderaan mereka sebagai tanda sokongan.
-HD

comments:

Rakyat di bahalol kan

Pekerja di batu kan

Kroni di kaya kan

Selamat Mengundi Pakatan Rakyat

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment