Wednesday, April 3, 2013

RG2011... Fw: Pak Hassnar dan Isteri Selamat Ditemui Selamat

 



 

Pak Hassnar dan Isteri Selamat Ditemui Selamat

 
Kenyataan Terbuka

Pak Hassnar dan Isteri Selamat Ditemui Selamat

Kegusaran orang ramai terhadap kehilangan Pak Hassnar berakhir lewat malam tadi apabila beliau bersama isterinya muncul di Kemaman untuk satu program ceramah yang beliau dijadualkan berucap.

SAMM memegang tanggungjawab membawa Pak Hassnar menjelajah di Terengganu dan Kelantan membuat satu laporan polis semalam setelah beliau gagal dihubungi sejak hari beliau sampai di tanah semenanjung. SAMM turut hubungi anak Pak Hassnar iaitu sdr Serman, yang juga mengesahkan tidak dapat menghubungi kedua orang tuanya sejak hari Ahad lalu, menambah situasi tegang lewat petang semalam.

Lebih kurang jam 9 malam tadi, wakil dari SAMM Kemaman yang menjadi penganjur bersama program telah dihubungi oleh Pak Hassnar yang telah tiba di Kemaman bersama temannya yang dipercayai. Pak Hassnar kemudian dijemput dan dipastikan selamat.
Menurut Pak Hassnar, beliau telah beberapa kali menerima panggilan dari nombor yang tertera 'private number' sejak mendarat di LCCT. Panggilan ini amat mencurigakan dan beliau pernah diugut supaya tidak berucap bagi pihak Pakatan Rakyat melalui panggilan sebegini.

Justeru itu, demi keselamatan diri dan keluarganya, Pak Hassnar mengambil keputusan untuk tidak jawab panggilan dan meninggalkan telifon bimbitnya di satu tempat yang selamat bagi mengelakkan dirinya dikesan.

Ketika kenyataan ini ditulis, laporan polis telah ditarik balik. SAMM turut melahirkan kebimbangan terhadap suasana politik tanahair yang menuju 'gestapo' ke'samsing'an berikutan ugutan dijadikan senjata bagi melindungi 'orang besar'. Pendedah maklumat pula, tidak dijamin keselamatan khususnya bagi yang tidak berpihak kepada pemerintah.

Edy Noor Reduan
Solidariti Anak Muda Malaysia
 

SAMM Buat Laporan Polis:

Hassnar Ebrahim (Bekas DO Sandakan) merupakan individu yang bertanggungjawab mendedahkan perihal Projek IC dan Rusuhan di Sabah angkara Tun Mamakdey,  telah hilang dan tidak dapat dikesan.

Beliau bersama isterinya telah menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur pada hari Ahad dan kemudian langsung tidak dapat dihubungi lebih dari 24 jam. 

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)  melahirkan kebhimbangan terhadap keselamatan Hassnar dan isterinya diatas situasiu ini.   Kedudukan Pak Hassnar dan isteri mungkin berbahaya kepada pihak tertentu kerana pendedah sensasi yang dilakukan khususnya memetik Tun Mamakdey sebagai dalang pemberian IC kepada warga asing di Sabah yang menjurus kepada berlakunya pencerobohan Lahad Datu.

Satu Laporan Polis akan dibuat oleh SAMM di Balai Polis Jalan Pantai Baharu pada jam 5.30 ptg ini.   Pengamal Media adalah dijemput untuk membuat luputan.

EDY NOOR REDUAN
SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA.


HARAP MAKLUM DAN SAMA SAMA KITA DOAKAN KESELAMATAN SDR HASSNAR DAN ISTERINYA.....

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment