Saturday, April 6, 2013

RG2011... Fw: walaupun artis tapi bukan jenis cap ayam

 



Fakta tentang Aisyah walaupun artis tapi bukan jenis cap ayam SPM pangkat 3

malaysiaberih.blogspot
cenangau.blogspot.
 
Memang tepat sekali macam kata Aishah, kalau doktor pun boleh jadi ahli parlimen pasai apa pulak artis tak boleh, tambah-tambah lagi kalau artis tu ada kelulusan dalam jurusan Sains Politik.

mStra melaporkan:
PETALING JAYA: Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin akan bertanding bagi kerusi Parlimen Jempol di Negeri Sembilan sebagai calon PAS pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Ini adalah pilihan saya. Apabila kita mempunyai pengikut (sebagai bintang pop), dan ia juga untuk tujuan yang baik, mengapa tidak?" katanya dalam portal 'online' Red Carpet pada Jumaat.

"Jika doktor boleh menjadi ahli Parlimen dan anggota Kabinet, mengapa tidak seorang artis seperti saya?" katanya.
-
mStar
Aku yakin aku berkongsi pandangan dengan ramai ahli dan penyokong Pakatan Rakyat terutamanya dari PAS yang tak berapa nak setuju 
artis jadi calon PAS. Nampak tak berapa nak sesuai.

Cumanya dari segi political mileage aku terpaksa bersetuju golongan artis terutama yang dah berhijrah ke arah kebaikan macam Aishah
ni tak banyak sikit memang ada 'nilai tambah' dari segi untuk mendapat undi tambahan.

Tapi kalau nak banding dengan artis-artis lain yang menyertai PAS pada aku Aishah mungkin yang paling layak untuk bawa suara
golongan artis.

Walaupun Aishah terkenal sebagai penyanyi sebelum ni tapi bukan cap ayam punya artis macam majoriti artis wanita Malaysia sezaman
dengan dia yang harapkan muka saja lawa tapi nak bagitau keputusan SPM pun malu. Tak malu apanya kalau dapat gred 3.

Nama Aishah sebagai penyanyi mula terkenal di luar negara iaitu New Zealand bila dia bersama menubuhkan kumpulan Aishah and The
Fan Club yang kemudian melonjak naik melalui lagu Sensation.

Mungkin ramai yang tau Aishah masa tu sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Auckland tapi ramai yang tak perasan yang dia
sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Politik.


Memang tepat sekali macam kata Aishah, kalau doktor pun boleh jadi ahli parlimen pasai apa pulak artis tak boleh, tambah-tambah lagi kalau artis tu ada kelulusan dalam jurusan Sains Politik.

Untuk tengok biodata terpeinci Wan Aishah Wan Ariffin boleh rujuk
Wikipedia.


Kalau tengok ke dua video yang aku embed kat bawah ni, nampak ada tokoh kut sebagai bakal Ahli Parlimen Jempol mewakili PAS.
 
  • Saya berpendapat adalah lebih baik jika Aishah tidak dicalonkan sebagai calon ADUN sebab jika beliau menang, kita seolah menafikan peranan yang lebih besar yang boleh dimainkan oleh beliau khususnya di persada seni, kerana sebagai YB sudah tentu tugas dan tanggunjawab beliau lebih dituntut untuk menjaga rakyat dan masyarakat di DUN yg beliau bertanding. Adalah lebih baik jika PR dapat menguasai Putrajaya, maka beliau dilantik sebagai Senator dan diberi portfolio khusus di dalam bidang warisan dan kesenian. Dengan ini, sudah pasti masyarakat seluruh negara khususnya peminat beliau dan mereka yang terbabit dalam industri seni & warisan mendapat manfaat sentuhan beliau.
  • bagi aku layak.. semua manusia sama sahaja... :)
     
Kamarul Hj Ibrahim · Top Commenter · Senior takaful at Group Agency Manager
  • Layak x layak yg pntg putrajaya dulu.
  • Dan yg paling takjub Aisyah dan Mat Sabu ini pernah jadi seteru satu masa dahulu , sampaikan Aisyah pernah menghantar nota semasa mereka sama menaiki pesawat yg sama menyatakan ketidaka puasan hati. Akhirnya sama-sama dalam satu jama'ah.
  •  
    Anonymous
    1. Saudari Aisyah, boleh kita beri tugasan mewakili umat melayu Malaysia untuk memujuk Hadi Awang menarik balik kalimah Allah yang kini terjual ketangan kafirun.

      Kami semua orang-orang biasa sahaja, SPM pangkat 3 pun tak dapat. Kami jahil dalam agama. Tapi kami pantang kalau pemimpin mahu jadi DEWATA jual kalimah Allah yang juga milik kami.

      Berapa juta orang kafir beri pada Hadi selepas dia jual kalimah ALLAH?

     

      1. Anonymous

        Puak-puak penchachai Umno BN ni dok ingat pemimpin ppolitik semua sama macam pemimpin depa yang sanggup jual apa saja...

        Pemimpin PAS buat ijtihad isu kalimah Allah tu siap disertakan dengan dalil dan hujjah...

        Agak-agak berani ke Najib sebagai Presiden Umno nak berhujjah dengan Hj Hadi sebagai Presiden PAS dalam isu kalimah Allah ni.

        Bawak la seluruh mufti yang ada kat Malaysia ni sebagai pembantu pun Hj Hadi takkan gentar, cuma satu ja syaratnya nak kena buat secara LIVE.

        Tentu punya Najib takkan berani...

     
     

    Saya dimaklum: Wanita ini adalah Sarjana ...?

    telokbakong.blogspot.
    siyasahsyariyah.blogspot.

    Saya dimaklum:
    Wanita ini adalah Sarjana (MSc) ...?
    Bukan setakat/sekadar Sarjana Muda (BSc) ...?

     
    Rakan artis mahu pasti Aishah menang di Jempol
     
    selatanonline.net
    Blog batuvskayu.blogspot.com

     KUALA LUMPUR: Penulis lirik dan pelakon Bob Lokman menyokong penuh keputusan PAS meletakkan penyanyi Aishah untuk bertanding di Parlimen Jempol pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).

    Beliau berkata, Aishah (gambar) sangat sesuai dicalonkan kerana beliau seorang yang berpelajaran tinggi ditambah pula faktor beliau sebagai selebriti yang dikenali ramai.

    Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Jurusan Sains Politik dari Universiti of Auckland, New Zealand.

    "Ya, saya memang sokong dan mesti sokong sebab Aishah seorang yang berpelajaran. Kalau dia sekadar artis tapi tak berpelajaran, saya tak berapa sokonglah," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

    Aishah yang terkenal dengan lagu 'Janji Manismu' diumumkan akan bertanding di Jempol oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu ceramah di Taman Melewar Rabu lalu.

    Bob juga berkata, beliau dan rakan artis yang lain akan membantu memberikan sokongan dan turun membantu Aishah berkempen di Jempol.

    "Kami rakan-rakan artis memberi sokongan penuh kepada Aishah. Kami mesti turun...mesti turun bantu Aishah (berkempen)," katanya sambil menyeru masyarakat khususnya ahli PAS memberikan sokongan padu kepada Aishah.

    Dalam pada itu, beliau menambah, Aishah akan 'selamat' jika tetap berpegang kepada ajaran Islam selepas menjadi wakil rakyat nanti.

    "Saya menyokong sahabat artis yang bertanding kerana bukan sahaja kita menyokong untuk Aishah tapi untuk Islam juga.

    "Tapi Aishah kena ingat, dia kena bezakan Melayu dan Islam. Melayu dan Islam banyak bezanya. Jadi wakil rakyat ini kena berpegang dengan Islam. Selagi Aishah berpegang dengan Islam dia akan boleh bertahan," kata Bob Lokman (gambar kanan)

    Menurut sumber, masyarakat setempat khususnya wanita menyokong penuh Aishah bertanding di Jempol. Menurut mereka, Aishah mempunyai peluang yang sangat cerah berbanding tokoh-tokoh PAS yang lain.

    Ini kerana Jempol adalah kubu Umno dan hanya orang seperti Aishah mampu memecahkan kubu itu.

    "Dengan kekuatan jentera PAS di sini dan bantuan tenaga dari para artis, saya yakin Aishah boleh menang," kata salah seorang dari mereka yang menghubungi Harakahdaily.

    Pada pilihan raya umum 2008 calon BN Datuk Lilah Yasin menang dengan majoriti 12,320 undi mengalahkan calon PAS, Siti Meriam Naan.

    BN menguasai lima daripada lapan kerusi parlimen di negeri itu, sementara DAP pula menang dua kerusi dan PKR satu kerusi.
     
    Posted by ahmadi
     

    __._,_.___
    Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
    Recent Activity:
    " Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

    " Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

    " Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

    " Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

    " Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

    Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
    Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

    .

    __,_._,___

    No comments:

    Post a Comment