Friday, April 5, 2013

RG2011... Lagi video Zulkifli Noordin hina agama Hindu tersebar

 

Lagi video Zulkifli Noordin hina agama Hindu tersebar!!

 


Zulkifli Noordin telah menyalahkan PAS berikutan tersebarnya video beliau menghina Agama Hindu minggu yang lalu.

Menurutnya parti dalam Pakatan Rakyat yang mengamalkan politik sempit dan suka mencaci pihak lawan sehingga mempengaruhinya bertindak sedemikian.

Beliau turut mempertahankan kenyataannya itu dibuat dalam satu ceramah di markas PAS kira-kira 10 tahun lalu semasa beliau masih lagi memegang jawatan Yang di Pertua PAS kawasan Bandar Tun Razak dan Ahli Jawatankuasa PAS Wilayah Persekutuan.

Malah, ucapan itu dibuat dalam program PAS dihadapan penyokong parti sendiri semasa beliau masih menjadi peguam mewakili Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, semasa dalam PAS beliau telah ditanamkan sifat jumud, ekstremis, dan cauvinis sehingga menghina pihak lain demi kepentingan politik sebelum menyedari kesilapan itu dan keluar parti.

“Kepada rakan-rakan penganut agama Hindu, dengan menyusun sepuluh jari saya mohon maaf atas sekiranya saya mengguris hati mereka kerana saya tak berniat nak menghina agama Hindu.

“Semoga tuan-tuan memaafkan saya,” kata beliau..

Bagaimanapun dalam permohonan maaf tersebut beliau telah menipu.. dan penipuannya telah terbongkar.

Beliau mengatakan ceramah tersebut dibuat 10 tahun lalu tetapi Patung Dewa Murugan yang dipermainkan dan dihina olehnya itu hanya siap dibina dan dirasmikan enam tahun yang lalu.. sila baca di ( SINI )

Hari ini satu lagi video Zulkifli Noordin menghina agama Hindu tersebar.. malah beliau juga dalam masa yang sama menghina masyarakat India....

Kali ini pada backdrop dibelakangnya jelas terpampang tarikh beliau memberikan ucapan tersebut iaitu 6 March 2013...


Popout: http://youtu.be/aXxJbg_cCEo


Inilah wajah sebenar manusia yang dilindungi oleh UMNO/BN ini...

Siapa pula yang bakal disalahkan olehnya kali ini?.. Bersamalah kita nantikannya....

 

 

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment