Friday, April 12, 2013

RG2011... MEMPERTAHANKAN TUAN GURU NIK AZIZ DARI TUDUHAN WAHHABI

 



OLEH:USTAZ HELMI ASY-SYAFIE,ANAK MURID TUAN GURU HAJI SALLEH SIK

Sekali lagi saya perlu bangkitkan lagi permasalahan isu adakah benar Tuan Guru Nik Aziz WAHABI seperti yang didakwa sesetengah golongan .
Komen ini adalah untuk pencerahan kepada Masyarakat yang keliru dengan pembahasan isu ini .

Saya telah berkali-kali menulis tentang isu ini bermula dari tahun 2010 hingga sekarang . Ramai tokoh ulama bangun menyatakan pandangan tentang isu ini .
Saya bukan taksub kepada Tuan Guru Nik Aziz , ada pandangan beliau yang saya kurang setuju tetapi beliau merupakan seorang tokoh ulama haraki yang perlu kita kagumi .

Tetapi bukan semua perkara yang beliau buat kita mesti setuju .
Bagi saya Tuan Guru Nik Aziz bukan wahabi kerana beberapa hujjah yang kita boleh ambil panduan dari amalam kehidupan beliau :

1. Tuan Guru Nik Aziz pakai serban cara mengikat / melilit sedangkan wahabi sifat mereka hanya berkelumbung sahaja

2 Tuan Guru Nik Aziz Baca Bismillah pada bacaan Fatihah dalam solat sedangakan diantara ciri wahabi mereka tidak akan baca bismillah cara nyaring dalam fatihah solat

3.Tuan Guru Nik Aziz baca qunut dalam solat subuh sedangkan wahabi tidak akan baca doa qunut dalam solat

4. Tuan Guru ada amalan zikir khusus sedangkan wahabi melarang kita mengamal zikir yang lain dari zikir yang ada dalam quran dan hadith sahaja .

5. Tuan Guru Nik Aziz baca doa pada air sedangkan wahabi melarang keras bacaan jampi pada air
6 Tuan Guru Nik Aziz baca kitab tasauf serta beramal dengan ilmu tasauf sedangkan wahabi melarang ilmu tasauf terutamanya tasauf jalanan imam Ghazali

.PERBEZAAN PANDANGAN TN GURU NIK AZIZ DENGAN AHLI SUNNAH PADA BEBERAPA MASALAH :
Jalanan Ilmu Tauhid yang Tuan Guru Nik Aziz bawa ialah ilmu Tauhid Uluhiyah , Rububiyah dan Asma wasifat .Sedangkan jalanan Ahli Sunnah di Negara kita mengikut jumhur ulama adalah jalanan tauhid Asyariah atau Maturidi ....Ini perlu bahas panjang didalam soal Ilmu Tauhid .
Maka disisi kita Ahli Sunnah Tauhid Rububiyah Uluhiyyah dan Asma wasifat itu adalah besumberkan quran juga hanya ada beberapa tempat yang bercanggah dengan jalanan tauhid ahli sunnah . Ada juga ulama sunni ikthiraf tauhid Uluhiyyah , Rububiyah dan Asma wasifat ini tetapi ia kurang detail dari sudut pengajian itu .Tetapi saya tidak setuju Tn Guru kata ilmu tauhid sifat 20 tauhid falsafah kerana ia adalah tauhid ahli sunnah yang diiktiraf dunia dari dulu hingga sekarang

Soal tuhan bersila lendik diatas Arasy sudah saya nyatakan dalam rakaman diatas.
Jika berkata serta beriman Allah bersila lendik seperti bersila makhluk ini dikatakan mujassimah yang akan jadi kafir . Jika terjemahan sahaja tetapi bersihkan Allah dari sifat makhluk itu dinamakan takwil ijmali, ini tidak akan jadi kafir hanya jika mengajar dan sampaikan kepada orang membawa kepada kerkeliruan masyarakat itu dilarang sama sekali .

Soal sambutan maulid , bukan Tuan Guru larang tetapi Tn Guru bercadang dan mengalakkan kita sambut Nuzul Quran kerana untuk menghayati ajaran quran . Ini hanya cadangan dan pandangan beliau sedangkan banyak perayaan maulid yang tuan guru hadir dan raikan majlis maulid .
Jikab sambut maulid tanpa penghayatan Islam , tidak ada perasaan pada hukum hakam Allah dan Rasul lebih baik tak perlu sambut maulid , ini pandangan tn guru . Bukan belaiu melarang ....
Bukan tn guru menghina Nabi .

Kenyataan Nabi sebelum 40 tahun sama seperti manusia biasa , perkataan ini kita tidak bersetuju kerana bercanggah dengan pandangan ahli sunnah sedangkan nabi ada kelebihan sejak dari azali lagi , cakapan tn guru bermudah-mudah dalam penyampaiaan . Bukan maksud Tn Guru hina Nabi , Tn Guru Hanya ingin gambarkan Nabi memiliki sifat kemanusiaan hanya lebih sifat manusia nabi dengan manusia lain kerana Nabi SAW diberikan wahyu ...
Itu sebab Tn Guru galakan kita memuat perayaan Nuzul Quran ...

Kita perlu lihat dengan insaf dan adil bukan kita keluarkan kenyataan hanya bersifat kebenciaan kita .
Nasihat ini cara umum bukan cara khusus pada individu tertentu . WALLAHUALAM


Mari Bersama kita bertekad, Menjadi Generasi Tiada Hari Tanpa Qur'an

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment