Wednesday, April 17, 2013

RG2011... NAJIB MOHON MAAF PADA RAKYAT SELANGOR.

 

Harapan baru buat Selangor


Harapan baru buat SelangorNajib bersama sebahagian 78 calon BN pada Pelancaran Manifesto BN Selangor di Shah Alam, malam tadi.
Tujuh teras strategik, 56 aku janji BN bawa perubahan

Shah Alam: Datuk Seri Najib Razak semalam melancarkan Aku Janji Janji Ditepati Selangor yang mengandungi tujuh teras strategik dan 56 aku janji bagi memenuhi harapan rakyat membawa perubahan serta masa depan gemilang.

Perdana Menteri yang juga Pengarah Pilihan Raya BN Selangor berkata, susulan aku janji BN induk pada peringkat Pusat, BN Selangor menyusuli dengan janji baru bagi membawa harapan baru bukan saja untuk Selangor tetapi negara. 
"Malam ini, giliran BN Selangor membentangkan aku janjinya dan kali ini kita sebut bahawa ini adalah sebuah aku janji dan diperkukuh lagi dengan ayat janji Ditepati BN Selangor," katanya pada Pelancaran Manifesto BN Selangor bersama 78 calon BN yang akan bertanding di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, malam tadi. 


Najib berkata, beliau dengan rendah diri berdiri di depan rakyat Selangor memohon maaf atas kesilapan lalu dan mengemukakan janji baru lima tahun Kerajaan BN andai diberikan mandat dalam PRU-13
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Wu3VWTNQ8CM

Tujuh teras

Antara teras dimaksudkan beliau ialah. teras pertama, menjanjikan masa depan lebih cerah termasuk memberi bantuan sara hidup minimum ibu tunggal RM250 sebulan
"Biar kerajaan pakatan gagal, tetapi Kerajaan BN insya-Allah akan kita tunaikan. Kita akan semak cukai pintu yang dinaikkan kerajaan pakatan dan sedia menimbang melanjutkan pajakan tanah secara automatik," katanya.

Teras kedua, menerusi masyarakat lebih prihatin dan penyayang, BN wujudkan dana khas bagi aktiviti kemasyarakatan, persatuan penduduk, kampung tradisi dan kampung baru, selain bantuan pengurusan masjid dan rumah ibadat.

Teras ketiga, meningkatkan kualiti kehidupan yang selamat dan sejahtera termasuk penubuhan dua lagi majlis perbandaran di Selangor.

"Kita akan tubuh 14 pusat aduan rakyat di setiap pihak berkuasa tempatan dan bekerjasama dengan Kerajaan Pusat mengurangkan kadar jenayah," katanya.

Teras keempat, meningkatkan jumlah perumahan mampu milik dan mengembalikan peranan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Bhd PNSB untuk menyediakan rumah mampu milik. Selain itu menyediakan air percuma 20 meter padu.

Kelima, di bawah teras Selangor lebih inovatif dan lebih daya saing. Berjanji memberi bantuan baucar buku RM200 untuk pelajar selain bantuan RM1,000 dan RM1,500 kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan universiti.

Keenam, Selangor lebih progresif, termasuk menyediakan tabung khas pendidikan RM10 juta untuk anak pekerja ladang dan Orang Asli selain mengembalikan penubuhan pusat pengajian tinggi di Serendah selepas projek itu dikhianati kerajaan pakatan pembangkang.

Teras ketujuh, Selangor lebih mesra, alam lebih bersih yang akan memberi penekanan kepada modenisasi pengurusan sampah.

Janji pantau manifesto

Najib berjanji meneliti dengan serius dan memantau bagi memastikan barisan wakil rakyat menunaikan janji dibuat itu.

"Dengan penuh rendah diri saya bagi pihak BN Selangor ingin menyatakan jika percaya kepada Kerajaan Pusat pimpinan BN dan percaya kepada saya sebagai ketua kerajaan, berilah sokongan kepada pasukan saya," katanya.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment