Saturday, April 13, 2013

RG2011... Rafizi Ramli memalukan Muhyiddin Yassin..

 

Foto: Muhyidin Yasin Bersama Raja Lucah Malaysia


Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri tidak faham struktur cukai kereta yang dilaksana Barisan Nasional nampaknya..

Ini ekoran dari kenyataannya yang cuba untuk memperbodohkan rakyat olehnya semalam..

Dalam kenyataannya beliau mengatakan bahawa harga kereta akan turun apabila Perjanjian Perdagangan Bebas Asean (AFTA) dilaksanakan sepenuhnya.

Padahal sekarangpun Sekarang pun, AFTA sudah  dilaksanakan apabila pembelian kereta-kereta yang dikilang di Asean tidak dikenakan sebarang cukai import.

Di bawah kenyataan penuh Rafizi:

Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) bahawa harga kereta akan turun apabila Perjanjian Perdagangan Bebas Asean (AFTA) dilaksanakan sepenuhnya membayangkan beliau tidak memahami struktur cukai kereta yang dilaksanakan sendiri oleh BN.

Sekarang pun, AFTA sudah pun dilaksanakan apabila pembelian kereta-kereta yang dikilang di Asean tidak dikenakan sebarang cukai import.

AFTA dilaksanakan untuk menghapuskan halangan dagangan (trade barriers) dalam bentuk tarif import supaya barangan boleh bergerak bebas tanpa diskriminasi harga di dalam lingkungan pasaran besar Asean.

Yang menyebabkan harga kereta naik melambung adalah cukai eksais dan cukai jualan yang dikenakan dari kadar minima 85% hingga ke 115% ke atas harga asal kereta.

Cukai eksais dan cukai jualan inilah yang menjadikan harga jualan kereta bertambah satu kali ganda, bukannya cukai import kerana AFTA telah pun menghapuskan cukai import ke atas kereta-kereta dari negara Asean.

Setiap tahun, 90% dari kereta yang dijual di Malaysia dikilang di Malaysia atau negara-negara Asean.

Oleh yang demikian, untuk menurunkan harga kereta, dasar percukaian negara perlu ditukar dengan menghapuskan cukai eksais ke atas kereta seperti yang dicadangkan KEADILAN.

Sebab itu, apabila Muhyiddin sendiri tidak memahami faktor yang meningkatkan harga kereta sekali ganda, ini menimbulkan keraguan sama ada BN betul-betul ikhlas dengan janjinya untuk menurunkan harga kereta.

Lebih membimbangkan, kenyataan Muhyiddin yang mengaitkan penurunan harga kereta dengan pelaksanaan AFTA membayangkan bahawa janji itu hanya satu gimik politik yang tidak akan dilaksanakan oleh BN sekiranya menang nanti.

Makanya, saya menyeru supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi penjelasan sama ada:

1. Beliau tidak faham tentang struktur percukaian negara dan tersilap membuat kenyataan apabila menyebut pelaksanaan AFTA akan menurunkan harga kereta; atau

2. Beliau tahu rancangan Barisan Nasional untuk mengaitkan janji menurunkan harga kereta dengan AFTA tetapi bukan cukai eksais, sekaligus mengesahkan bahawa Barisan Nasional tidak ikhlas untuk melaksanakan penurunan harga kereta.

Saya tidak pun akan memberi sebarang maklum balas terhadap kenyataan Muhyiddin bahawa Pakatan Rakyatlah yang menciplak Manifesto BN.

Itu satu kenyataan bertaraf kebudak-budakan yang tidak selayaknya datang dari seorang bekas menteri kanan, maka ia tidak layak untuk diambil serius oleh rakyat Malaysia ~ Keadilandaily


Fuh!! nasib baiklah ada pilihanraya.. kalau tidak kekallah Malaysia diperintah oleh orang-orang yang dungu yang hanya tahu bercakap tetapi tidak faham apa yang dicakapkannya itu sendiri..

Tapi.. yang aku hairannya masih ada lagi yang menyokong manusia sebegini untuk menjadi pemimpin mereka..

 

 

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment