Wednesday, April 17, 2013

RG2011... RE: Aku janji untuk masa depan rakyat

 

Belek punye belek..

Eh, “aku janji” Najib tu bukan ada cedok PKR punye ke..?

HeHeHehe

 

Entah mana silapnye..

Kalo PKR bohong belaka..

Kalo BN pasti benar belake ye..

Maka benar lah banner yang Fas terbaca kat Kuang baru-baru ni..

Bunyik dia lebih kurang cenggini (lupa nak snap)

“TERIMA KASIH PAKATAN RAKYAT

 KERANA ANDA KUAT, KAMI DAPAT”

 

Memang ada benarnya..

Hakikat… Kalo tak, manakan wujud BR1M hatta setengah dekad memerintah..

Takde ler dapat geran teksi, dan terbaru nak turun rege kerete pulak walau asal kata buleh bangkrap. (tapi sbb Najib yang kata ditukarkan kpd PM prihatin)

HeHeHeHe..

 

Saya? Sekadar pemerhati yang jelak senario politik Negara..

 

 

With best regards,

fasriana_hashim


From: Haron, Saipudin [mailto:Saipudin.Haron@Mattel.com]
Sent: Thursday, April 18, 2013 10:30 AM
To: TemanHidup@yahoogroups.com
Subject: FW: Aku janji untuk masa depan rakyat

 

 

Aku janji untuk masa depan rakyat

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF dan NORHAYATI YAHAYA
berita@kosmo.com.my

NAJIB (kanan) menyerahkan risalah aku janji Barisan Nasional Selangor kepada Noh di Pusat Konvensyen Shah Alam malam tadi.



SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan manifesto atau aku janji Barisan Nasional (BN) Selangor sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di sini malam tadi dengan memberi jaminan menunaikan janji-janji demi masa depan rakyat dan negeri.

Najib yang juga Pengerusi BN Selangor berkata, manifesto itu mengandungi tujuh teras dan 56 aku janji yang akan ditunaikan untuk tempoh lima tahun akan datang jika rakyat memberi semula mandat kepada parti itu untuk memerintah Selangor pada PRU-13.

Menurutnya, rekod kerajaan pusat BN dalam menunaikan janji sememangnya tidak boleh dipertikaikan dan telah berjaya membawa perubahan besar kepada dasar transformasi nasional.

“Kejayaan kita dalam menepati janji di peringkat Pusat, saya memberi jaminan rekod tersebut akan sama disaksikan di negeri Selangor di bawah pemerintahan BN.

“Dengan Pasukan Transformasi Selangor pada pilihan raya kali ini, mereka akan mampu untuk menunaikan 56 aku janji ini kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran aku janji bertemakan Keamanan, Kestabilan dan Kemakmuran di sini.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar; Timbalan Pengarah Pilihan Raya negeri, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed dan barisan calon BN yang akan bertanding pada PRU-13 negeri itu.

Tujuh teras terkandung dalam manifesto ialah masa depan lebih cerah, masyarakat lebih prihatin dan penyayang, kualiti kehidupan lebih selamat dan sejahtera, perumahan lebih mampu milik, Selangor lebih inovatif dan berdaya saing, Selangor lebih progresif dan Selangor lebih mesra dan bersih.

Intipati aku janji tersebut antara lain mengandungi janji-janji BN Selangor untuk meringankan beban kewangan setiap warga Selangor, meningkatkan kualiti kehidupan, menyediakan persekitaran selamat dan memberi perkhidmatan bermutu kepada rakyat.

Selain itu, manifesto tersebut menjanjikan perumahan lebih mampu dimiliki, penyediaan keperluan pendidikan rakyat dan meningkatkan pelaburan.

Najib memberitahu, berbeza dengan manifesto BN yang mampu ditunaikan, selama lima tahun pakatan pembangkang memerintah Selangor, janji hanya tinggal janji dan rakyat telah ditipu serta dibohongi dengan manifesto pembangkang.

Cuba tanya kepada rakyat Selangor apa sudah jadi dengan janji-janji sebelum ini, adakah cukai pintu telah diturunkan, golongan OKU (orang kelainan upaya), warga emas sudah menerima insurans dan bagaimana pula dengan elaun khas golongan ibu tunggal.

“Jawabnya tiada, semua janji itu hanya tinggal janji kosong dan rakyat janganlah kena tipu lagi buat kali kedua. Tempoh lima tahun pemerintahan pakatan pembangkang di negeri ini, sudah cukup membuktikan kegagalan mereka,” ujarnya.

Selain masa depan rakyat dan negeri, kata beliau, usaha Malaysia untuk mencapai status negara maju juga bergantung kepada Selangor apabila negeri itu menyumbang kira-kira 60 peratus daripada kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Bagaimanapun, ujarnya, jika negeri itu terus diperintah pakatan pembangkang, pelbagai masalah gagal untuk diselesaikan termasuk kekurangan bekalan air bersih yang menjejaskan kehidupan rakyat dan sektor perindustrian.

Sehubungan itu, Najib mengajak seluruh rakyat Selangor supaya memberi sokongan padu kepada BN pada PRU-13 dan pastikan negeri itu kembali ke pangkuan parti tersebut.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0418&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_13.htm#ixzz2QlVleAht 
Hakcipta terpelihara 

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment