Thursday, April 11, 2013

RG2011... ~~~Sikecil tetamu senja~~~

 


Hanya sekadar renungan untuk dipaparkan di sini....
Aku singgah di rumah seorang rakan untuk makan
malam bersama. Mentari semakin tenggelam yang
mana menandakan azan akan berkumandang. 

Tiba-tiba pintu diketuk, aku melihat dari jendela
siapakah tetamu di senja hari, berdiri tiga orang
kanan-kanak  yang agak comot tidak terurus.
Aku membuka pintu, 'ada apa?" inilah perkataan
yang terkeluar dari mulut aku. " ada tak sampah"
kanak-kanak yang paling kecil menanyakan pada
aku. Aku renung wajah mereka, sedih melihat 
keadaan mereka. 'sudah makan ke?" soalan yang
aku suarakan, "belum lagi' jawap sikecil yang 
berdiri dihadapan aku". 

Aku memberikan tin minuman kosong satu plastik
besar yang dikumpulkan oleh rakanku. Sebelum 
mereka pergi, aku hanya memesan terus pulang
rumah kerana sekejap lagi masuk magrib.

Semasa kejadian tadi rakan aku sedang mandi.
Terperanjat juga dia mendengar cerita aku, kerana
hampir dua tahun tinggal di situ tidak pernah ada 
kanak-kanak yang berbuat begitu. " sebab kat rumah 
ni ada yang pemalas dan suka mengumpul sampah
sebab itulah ada yang baik hati untuk tolong
buang sampah jelas aku sambil ketawa. Tapi
menurut kawan aku itu, dia sengaja mengasingkan
sampah-sampah yang lain dengan tin minuman
supaya pengutip tin lebih senang kerja mereka.

Dalam fikiran aku masih terkenang kejadian tadi.
Mereka yang kurang bernasib baik terpaksa
mengharungi hidup yang lekit ini. Mereka tidak
mengemis untuk mendapatkan wang, tapi dengan
cara mereka tersendiri. Aku kagum dengan kanak-
kanak ini, hanya ini yang mereka mampu untuk
mendapatkan upah. Mereka merupakan anak-anak
Melayu yang masih dibelenggu kemiskinan dan
terbiar. Aku kira mereka masih mampu tidur
lena, daripada orang-orang kaya yang takut
kehilangan harta mereka dan yang  merasakan
masih tidak cukup-cukup.

Lihatlah yang kaya semakin kaya, yang miskin 
masih banyak yang terpinggir ataupun terlepas
pandang?. Meraih kekayaan hanyalah untuk
kepentingan peribadi sehinggakan sanggup
merampas hak orang ataupun melalui rasuah.
Oleh itu renungkanlah sumber rezeki kita.

''Wahai manusia, makanlah apa yang ada di muka bumi ini 
daripada sumber-sumber yang halal lagi baik.''  
(Al-Baqarah: 168).





--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment