Thursday, April 11, 2013

RG2011... ~~~Tentang Hati~~~

 



Hati ibarat ketua dalam diri anda manakala anggota tubuh adalah pekerjanya. 
Jika kuat ketuanya, maka pekerjanya juga akan kuat. Begitu juga apabila 
ketuanya positif dan berwawasan maka pekerjanya juga positif dan aktif 
bergerak merealisasikan wawasan ketua.

Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah hati yang suci murni. Namun 
jika hati tidak diurus dan dijaga dengan bersungguh-sungguh, ianya secara 
semulajadinya amat mudah dikotori dan dicemari. Namun, bagaimanakah 
caranya menguruskan dan membersihkan hati? Berikut adalah cara terbaik 
yang dianjurkan untuk membantu kita menyucikan kembali hati yang 
kurang jernih.

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan kamu, tidak juga 
kepada rupa kamu tetapi ia melihat kepada hati dan amalan kamu".
(Riwayat Muslim)

1. Banyak meluangkan masa untuk muhasabah diri.

Waktu terbaik untuk muhasabah diri adalah selepas selesai solat fardhu. 
Ambillah sedikit masa untuk duduk diam seketika selepas selesai solat 
dengan melihat dan merenung kembali kekurangan dan kelemahan yang 
wujud dalam diri. Mengingati kekurangan dan kelemahan bukanlah untuk 
disesali tetapi untuk diperbaiki.

Waktu yang terbaik juga untuk muhasabah diri adalah beberapa ketika 
sebelum terlelap pada waktu malam. Soalan yang harus ditanyakan 
dalam diri ialah " Apa yang sudah saya lakukan sepanjang hari ini?"

2. Terima hakikat tiada kejayaan sebenar di dunia ini.

Terimalah hakikat bahawa kejayaan di dunia ini bukanlah ukuran kejayaan 
yang hakiki, sebaliknya kejayaan sebenar adalah apabila kita bertemu 
dengan Allah SWT, kita dikurniakan syurga. Kejayaan yang dikecapi 
di dunia adalah subjektif, dan ianya berbeza mengikut individu. Hati akan 
mudah terubat apabila kita membisikkan " tidak ada yang sempurna 
di dunia ini," apabila menemui kegagalan di dalam sesuatu usaha.

3. Berusaha mendapatkan ilmu berkaitan diri sendiri

Ramai yang tidak percaya akan kewujudan dan kepekaan pancaindera 
yang keenam iaitu "pandangan mata hati". Namun begitu, ilmu berkaitan 
dengan diri sendiri mudah diperoleh jika kita menggunakan pancaindera ini, 
dan dengannya juga kita mampu melihat dan menilai segala kekuatan 
dan kelemahan yang ada dalam diri. Namun bagaimanapun pancaindera 
ini akan lebih efektif sekiranya diri kita selalu dekat dengan Allah dan patuh 
kepada setiap perintah-Nya.

4. Belajar daripada orang lain.

Belajar daripada orang lain adalah sebahagian daripada proses kehidupan 
dan perkembangan seseorang manusia. Proses pembelajaran ini akan 
lebih berkesan dengan melihat setiap perkara yang berlaku di sekeliling 
dengan kaca mata seorang pelajar dan digabungkan dengan pandangan 
mata hati hendak belajar. Melalui proses inilah segala yang buruk dapat 
dijadikan pengajaran untuk dihindari manakala perkara baik yang ditemui, 
tempuhilah sebagai pedoman untuk terus memperbaiki diri. Ingatlah, 
orang yang bijaksana menjadikan semua perkara di sekelilingnya 
sebagai tempat belajar dan sentiasa memperbaiki kualiti hatinya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment