Monday, May 20, 2013

Re: RG2011... Adam Adli ditahan 5 hari,papagomo 3 hari

Kami mendoakan anda semakin kuat, semakin lantang dan semoga allah melindungi anda Adam..

From: NewsforwarderRT <3@pendekarblogger.com>
To: MalaysiaNews@yahoogroups.com
Cc: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Sunday, May 19, 2013 2:22 PM
Subject: RG2011... Adam Adli ditahan 5 hari,papagomo 3 hari
 
by Aisha Geoffrey
KUALA LUMPUR, 19 MEI : Peguam Lawyers For Liberty, Latheefa Koya memaklumkan aktivis mahasiswa Adam Adli direman selama lima hari mulai hari ini sehingga Khamis, 23 Mei.
Lanjutan reman dibacakan majistret Muzlina Mohamad di Lokap Berpusat Kuala Lumpur dekat Jinjang, hari ini.
Adam yang diwakili peguam Eric Paulsen disiasat dibawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan dan Seksyen 124 B Kanun Keseksaan.
Tambah Latheefa, pihaknya akan mencabar tempoh penahanan yang dianggap percubaan untuk mengintimidasi dan menakutkan seseorang yang lantang bersuara.
"Adam akan gunakan haknya untuk berdiam diri dan tidak menjawab apa-apa soalan. Jadi, untuk apa pihak polis menahannya selama lima hari? soalnya.
Dalam pada itu, Latheefa memaklumkan, kebenaran untuk menjamin Adam tidak termasuk dalam perbincangannya bersama majistret Muzlina Mohamad dan pegawai penyiasat ASP Redzainie.
"Penahanan ini tak masuk akal. Ia hanya percubaan untuk mengintimidasi dan menakutkan seseorang yang lantang bersuara. Kita akan cabar penahanan ini," tegas Latheefa.
Hasutan papagomo untuk membunuh orang cina..
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment