Wednesday, May 22, 2013

Re: RG2011... Fw: MANA PERGI SUARA PER KASA, JATI, IS MA?

Salam alaik puan..

Perlu ada risau, pengalaman saya bersekolah tahun 1978/1979 mungkin ramai disini yang belum lahir pun masa tu, emmm guru biology saya merupakan seorang mubaligh kristian begitu juga guru sejarah. Kelas Sains Satu di sekolah saya hampir semua anak cinanya convert to kristian. Dia membuat kelas tambahan di gereja Kuala Kangsar. Pada masa tu tak terfikirpun kesan and all that , just nak maklumkan ada perkara tu berlaku. Mungkin ia tidak termaktubpun  di dalam mana jurnal or tesis regarding this tetapi saya sebagai seorang insan yang pernah menghadapi diajar oleh mubaligh sebagai guru amat terkesan akan perkara dibawah.

Peranan bukan saja orang awam, ibu bapa tetapi pihak atasan jua. Sebagai insan bertanggong jawab jua untuk mengetengahkan perkara ini untuk renungan.

Bukan saja sayang generasi akan datang saya sayang juga negara saya kerana walau apa terjadi Insha Allah disinilah berkuburnya..

Yang baik dari Allah yang tidak baik dari diri sendir. Above all thanks respek group luv u all always.


KNB.


From: Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, May 22, 2013 2:21 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: MANA PERGI SUARA PER KASA, JATI, IS MA?

 
Jangan risau tak tentu pasal. Timbalan menteri tidak ada kuasa executive. Timbalan menteri bukan ahli mesyuarat kabinet. Timbalan menteri tidak boleh mewakili menteri dalam mesyuarat kabinet. Timbalan menteri mewakili menteri dalam acara istiadat seperti merasmikan sesuatu event sahaja.


2013/5/17 -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
 
 

Pengerusi Persatuan Sekolah Mubaligh Kristian anggotai kabinet Najib..

malaysiaberih.blogspot.
Posted by GeloraHatiMuda
 
MENJELANG pilihan raya umum lalu, seorang penceramah agama berdoa, "Ya Allah ya Tuhanku, menangkanlah BN dalam pilihan raya ini. HambaMu ini bimbang ya Allah, kalau-kalau surau kami ini bertukar menjadi gereja jika Pakatan menang."

Doa ini dibacakan oleh seorang bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah di negeri Terengganu yang bergelar datuk, bukan calang-calang guru agama Umno.

Ia dibacakan sebaik sahaja dia selesai memberikan kuliah bulanan di surau yang asalnya masjid itu di bawah parlimen Marang.

Namun memandangkan Marang adalah kubu kuat PAS dan politik bandar mempengaruhinya, sentimen tidak betul ini ditolak oleh masyarakatnya.

Calon BN kalah di peringkat DUN dan juga Parlimennya. Namun, menggunakan sentimen masjid akan bertukar gereja jika Pakatan menang, PAS jadi tunggangan DAP dan nasib orang Melayu akan tergadai di bawah Pakatan, Terengganu tidak berjaya berubah sepenuhnya.

Sentimen yang sama juga berjaya menambahkan bilangan anggota Parlimen Umno dan mengekang kerajaan Pusat dari jatuh ke tengan Pakatan Rakyat.

Sentimen yang sama juga berjaya menghalang orang Melayu di kebanyakan kawasan di Johor masih mengundi BN walaupun semua rakan-rakan Cina mereka sudah beralih kepada Pakatan Rakyat.

Semuanya kerana orang Melayu khasnya yang tidak terdedah kepada maklumat mengundi dengan sentimen sedangkan orang Cina mengundi dengan fakta.

Semalam, Datuk Seri Najib Razak selesai membentuk kabinetnya walaupun tidak berapa lengkap. Salah seorang yang dipilih menyertai kabinet beliau adalah Datuk Mary Ya Kain Ching, Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia. 

Perlantikan Mary sebagai timbalan menteri menimbulkan persoalan kerana dalam masa yang sama Pakatan yang dituduh mahu menukarkan masjid ke gereja, Kristian akan menjadi agama rasmi dan sebagainya. Sekarang boleh kah orang ramai menuduh Najib mahu mengkristiankan sekolah-sekolah di Malaysia?  Tentu tidak lojik tetapi ia satu yang wajar diperkatakan.

Mary dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dalam kabinet yang diumumkan oleh Najib semalam. Menteri Pelajaran adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin manakala Menteri Pelajaran II adalah Datuk Seri Idris Jusoh yang ditolak untuk menjadi Menteri Besar Terengganu oleh istana.

Perlantikan Mary dibuat ketika Najib mengumumkan berlakunya 'tsunami Cina' dalam pilihan raya umum ke 13 baru-baru ini.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia pula menyiarkan kenyataan agen Umno yang mengajak "Bersatulah Melayu". Sebelum itu, Utusan jugalah yang menyiarkan berita di muka depannya, "Apa lagi yang Cina mahu".

Inilah hipokritnya politik BN. Di bawah, jentera penerangan dan kempennya berkempen Kristian akan menjadi agama rasmi jika Pakatan menang.

Surau dan masjid pula akan jadi gereja jika Pakatan menang. Mereka yang tidak cukup maklumat dan hanya membaca Utusan dan menonton TV3 termakan dengan kempen ini. Ia kerana kempen ini menggunakan sentimen bukannya fakta.

Sampai bila sebenarnya Umno mahu bergantung dengan kempen sebegini? Rakyat Malaysia semakin bermaklumat. Semakin hari semakin ramai rakyat yang akan akses kepada maklumat melalui internet.

Kita berharap, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru faham sentimen ini. Janganlah menipu rakyat dan percayalah jika hendak ditipupun, hanya sekali orang akan percaya. Tetapi selepas dua atau tiga kali kena tipu, percayalah rakyat akan humban kamu ke tong sampah zaman.-HD

Kita terkedu apabila mereka meluluskan pembinaan gereja terbesar Asia Tenggara di Bukit Jalil yang telah pun siap dan dibuka pada 1 April 2013. Kini kita disajikan dengan berita Datuk Mary Ya Kain Ching, Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia dipilih menganggotai kabinet Najib.

Kebetulan atau ada sesuatu yang kita tidak tahu? Fikirkanlah!!!!
 
 

MANA PERGI SUARA PERKASA, JATI, ISMA? !!!! Pengerusi Sekolah Mubaligh , Najib lantik jadi Timbalan Menteri

malaysiaberih.blogspot
paspb2.blogspot
Posted by PASPB


 
 



No comments:

Post a Comment