Tuesday, May 14, 2013

Re: RG2011... Fw: Mereka Pasti Akan Menolak Jika Mereka Mengetahui

 

Mereka tu tahu amanah bukannya tk tahu, tpi saja pekak badak buat buat tk tahu

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: "-::eSpAcE9808::-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Sun, 12 May 2013 23:42:52 +0800
To: zzxmelayucyber<melayucyber@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Fw: Mereka Pasti Akan Menolak Jika Mereka Mengetahui

 



Mereka Pasti Akan Menolak Jika Mereka Mengetahui Apa Itu Amanah

telokbakong.blogspot.
ruzanah.blogspot.


Sedarkah saudara-saudari yang bertanding pada pilihan raya umum ke 13 tentang Amanah yang mereka akan pikul selepas memenangi pilihan raya nanti. Adakah perkara ini satu perkara yang remeh bagi umat yang bergelar umat Islam kerana amanah itu cukup berat di sisi Islam. Amanah bukan satu perkara main-main sehingga sanggup melobi diri sendiri agar dicalonkan pada pilihan raya umum yang sedang berlangsung ketika ini.

Adakah anda cukup bangga dengan title 'Yang Berhormat' selepas memenangi pilihan raya yang ditandingi tanpa memikirkan yang sebelah kaki anda sudah berada di neraka bagi umat yang bergelar Islam. Jika duniawi yang anda cari maka duniawilah yang anda akan dapat. Jika pangkat yang anda kejar maka pangkatlah yang anda dapat. Jika gelaran yang anda buru maka gelaranlah yang anda perolehi tetapi jika Islam yang anda cari maka beruntunglah anda di Padang Mahsyar nanti.


Anda pasti akan di hisab tanpa sebesar zarah pun yang tercicir kerana setiap saat dan masa segala yang anda lakukan akan ditulis oleh dua Malaikat yang berada di kiri dan di kanan bahu anda. Tidakkah kamu telah diberi petunjuk tentang perkara ini dan kenapa anda masih berebut-rebut untuk menjadi pemimpin kepada pengikut-pengikut anda tanpa memikirkan kesan untuk jangka masa panjang. Ini semua adalah kerana kamu mengejar dunia yang hanya bersifat sementara sebagaimana Allah S.W.T telah berfirman dengan marhumnya


أَفَغَيۡرَ ٱللَّهِ أَبۡتَغِى حَكَمً۬ا وَهُوَ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ إِلَيۡڪُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ مُفَصَّلاً۬‌ۚ وَٱلَّذِينَ ءَاتَيۡنَـٰهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ يَعۡلَمُونَ أَنَّهُ ۥ مُنَزَّلٌ۬ مِّن رَّبِّكَ بِٱلۡحَقِّ‌ۖ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡمُمۡتَرِينَ
"Maka patutkah aku mencari hukum selain daripada Allah, padahal Dialah yang telah menurunkan kitab al-Quran kepadamu dengan terperinci? Orang-orang yang telah kami datangkan kitab kepada mereka, mereka mengetahui bahawa al-Quran itu diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenarnya. Maka janganlah kamu termasuk di kalangan". 
(Surah Al-Baqarah ayat 208)

Tidak dipastikan kenapa mereka sanggup bermasam muka bila nama-nama mereka tiada dalam senarai sedang hakikatnya tanpa mereka sedari, ianya telah menyelamatkan mereka daripada memikul amanah yang maha berat itu. Mereka patut bersyukur dengan apa yang terjadi tetapi demi mengekar imbuhan dunia yang amat sedikit disisi Allah SWT, mereka sanggup dengan sepenuh hati mencalonkan diri mereka sendiri sebagai calon bebas. Amat malang bagi umat yang mengaku Islam tetapi iman mereka senipis kulit bawang dengan penuh bersemangat dan berkata alang-alang menyeluk biar sampai kepangkal lengan.

Bukan niat kita yang kurang berpelajaran memberi nasihat kepada yang mengaku bijak pandai tetapi demi saudara seagama telah mengajar kita agar menegur perbuatan yang wajib kepada kita untuk menegur kerana mereka adalah saudara kita walau bukan bersalasilah dengan mereka. Tanpa mengira kaum atau bangsa, kita umat Islam adalah bersaudara tanpa mengira berapa tinggi taraf hidup mereka. Adakah patut kita berdiam diri apabila agama Islam dikotak katik oleh umatnya sendiri yang setengahnya bukan calang-calang orang tentang ilmu agama mereka. 

Kita tidak hairan bila penganut agama lain menghina Islam kerana ia adalah fitrah malah kuasa besar dunia tidak lekang menyerang negara umat Islam dengan diperhati oleh pemimpin-pemimpin negara umat Islam tanpa melakukan apa-apa. Bukan setakat itu sahaja, para pemimpin umat Islam sendiri membantu musuh Islam demi untuk terus berkuasa biar pun rakyat sendiri disembelih. Para pejuang Islam dilabelkan sebagai pengganas antarabangsa dan para pejuang Islam yang berjuang demi Islam dibunuh oleh pemimpin mereka sendiri dengan pertolongan para pemimpin negara Islam. Adalah amat malang apabila pemimpin kita yang menjaja keseluruh dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam maka timbullah ayat 'lebih baik menykong syaitan yang dikenali daripada menyokong malaikat yang tidak dikenali'.

أَفَغَيۡرَ ٱللَّهِ أَبۡتَغِى حَكَمً۬ا وَهُوَ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ إِلَيۡڪُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ مُفَصَّلاً۬‌ۚ وَٱلَّذِينَ ءَاتَيۡنَـٰهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ يَعۡلَمُونَ أَنَّهُ ۥ مُنَزَّلٌ۬ مِّن رَّبِّكَ بِٱلۡحَقِّ‌ۖ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡمُمۡتَرِينَ
"(Katakanlah wahai Muhammad): Patutkah aku (terpedaya dengan kata-kata dusta Syaitan-syaitan itu sehingga aku) hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dialah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu (tentang yang benar dan yang salah)? Dan orang-orang yang Kami berikan kitab, mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi (salah seorang) dari golongan yang ragu-ragu".
(Surah Al-An'am ayat 114)

Percayalah saudara-saudari bagi mereka berapa banyak pun hujah yang anda berikan ia akan sicampak semula kemuka anda kerana bagi mereka ia sebagai ayat semata-mata dan tiada makna bagi mereka melainkan jika anda membawa selonggak wang kepada mereka. Mereka akan mengikut kemana sahaja anda pergi kerana bagi mereka wang dan harta adalah tuhan yang nyata bagi mereka sebagaimana surah-surah lazim yang kita baca didalam solat selepas membaca al-Fatihah....
 
قُلۡ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡڪَـٰفِرُونَ (١) لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ (٢) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٣  وَلَآ أَنَا۟ عَابِدٌ۬ مَّا عَبَدتُّمۡ (٤) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٥) لَكُمۡ دِينكُمۡ وَلِىَ دِينِ (٦)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
 
"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir!  Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku". 

Surah Al-Kafirun ayat 1 hingga 9

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment