Tuesday, May 14, 2013

Re: RG2011... RE: Perhimpunan di Batu Kawan tiada permit

 

Lain kalau kalau nak dapat permit tukar jadi perhimpunan K-Pop.. baru senang dapat permit..tak pun konsert rock melayu asli..confirm dapat permit..heheee..

--- On Mon, 13/5/13, Hashim, Fasriana <fasriana_hashim@apl.com> wrote:

From: Hashim, Fasriana <fasriana_hashim@apl.com>
Subject: RG2011... RE: Perhimpunan di Batu Kawan tiada permit
To: "TemanHidup@yahoogroups.com" <TemanHidup@yahoogroups.com>, "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>, "chainz_of_frenz@yahoogroups.com" <chainz_of_frenz@yahoogroups.com>
Date: Monday, 13 May, 2013, 7:34 AM

 

Hakikat! Kalo bende2 gini.. sokmo pun takde permit..

Sebab tu perhimpunan yang asalnya aman pun diprovokasi jadik huru hara..

 

Tapi kalo konsert retis yg ajak rakyat terkinja-kinja cam beruk,

Sampai menghuru-harakan akhlak dan sahsiah anak muda.. permit dapat jerrr….

 

Keh Keh Keh Keh Keh..

 

 


Sent: Monday, May 13, 2013 7:04 AM
Subject: Perhimpunan di Batu Kawan tiada permit

 

Perhimpunan di Batu Kawan tiada permit

GEORGE TOWN - Perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat yang diadakan di Stadium Batu Kawan, dekat sini malam kelmarin tidak mempunyai permit, kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Beliau berkata, kegagalan pihak penganjur mengemukakan permohonan 10 hari sebelum berlangsungnya perhimpunan menyebabkan polis tidak mengeluarkan sebarang permit.

"Pihak penganjur perhimpunan itu hanya menghantar surat makluman kepada Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) pada 10 Mei (Jumaat) pada pukul 4.15 petang.

"Pada hari yang sama juga Ketua Polis Daerah SPS telah menghantar surat jawapan kepada pihak penganjur agar program tersebut ditangguhkan kerana tidak mematuhi peraturan di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu syaratnya ialah pihak penganjur hendaklah membuat permohonan 10 hari sebelum hari perhimpunan," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Justeru, beliau berkata, polis telah membuat satu laporan polis berhubung perhimpunan itu mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana menganjurkan program tanpa kelulusan polis dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000.

Menurut Abdul Rahim, polis turut menerima tujuh laporan polis daripada orang awam berhubung insiden tayar kereta pancit semasa perhimpunan berkenaan termasuk kereta Ketua Polis Daerah SPS, Superintendan Shafien Mamat menjadi mangsa khianat mereka yang tidak bertanggungjawab. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0513&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_16.htm#ixzz2T7eTL79W 
Hakcipta terpelihara 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment