Monday, May 20, 2013

Re: RG2011... Siapa Tun Sambanthan?

 

Sebenarnya kaum melayu telah banyak berkompromi dengan kaum Cina dan India terutamanya semasa negara dalam peringkat mencapai kemerdekaan dimana Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan bagi membentuk perlembagaan negara, salah satu isu yang dibincangkan adalah kerakyatan. Orang melayu bersedia memberi taraf kerakyatan Jus Soli (berdasarkan kelahiran) kepada kaum Cina dan India sebagai warganegara tanah melayu pada ketika itu. Hasil dari toleransi dari kaum melayulah pihak British bersetuju memberi kemerdekaan ke atas tanah melayu dan sebagai ganti pihak British bersedia memberi bantuan terhadap orang melayu (bumiputra) dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan pendidikan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: PASPISPUSSYCAT <rattlesnakessssss@gmail.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Fri, 17 May 2013 00:15:52 +0800
To: chainz_of_frenz@yahoogroups.com<chainz_of_frenz@yahoogroups.com>; Idaman_Group@yahoogroups.co.uk<Idaman_Group@yahoogroups.co.uk>; jarum_emas@yahoogroups.com<jarum_emas@yahoogroups.com>; kelakar@yahoogroups.com<kelakar@yahoogroups.com>; MalaysiaNews@yahoogroups.com<MalaysiaNews@yahoogroups.com>; pakbelang@yahoogroups.com<pakbelang@yahoogroups.com>; respeks_group@yahoogroups.com<respeks_group@yahoogroups.com>; SahabatInteraktif@yahoogroups.com<SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Siapa Tun Sambanthan?

 

Tun Sambanthan

Di Kuala Lumpur,ada sebuah bangunan besar diberi nama Wisma Tun Sambanthan.Di Brickfields,ada sebuah jalan diberi nama Jalan Tun Sambanthan.Siapa yang selalu naik monorail,tentu perasan ada stesen nama Stesen Tun Sambanthan.

Siapa Tun Sambanthan?

Beliau ialah presiden kelima MIC dan salah seorang yang menandatangani perjanjian kemerdekaan.Beliau seorang menteri penuh kerajaan dan jawatan terakhir yang dipegangnya ialah Menteri Perpaduan Negara.

Pada 1 Jun 1965,Tun Sambanthan telah membuat ucapan yang terkenal di Dewan Rakyat:

Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh soal perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Sri Lanka dan juga tidak diterima di Burma. Dan lihat saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain.Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut?Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum kaum India telah diusir keluar, di Sri Lanka mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, "Kita akan MENERIMA MEREKA SEBAGAI SAUDARA, kita akan berikan mereka SEPENUH PELUANG UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN di negara ini, kita akan BERI MEREKA PELUANG untuk menjadi warganegara"

Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Sri Lanka menjadi warganegara.Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini.

Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.

Srikandi

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment