Thursday, May 23, 2013

Re: RG2011... Tahniah Felda! Enam pendaki Felda takluk Everest

 

Berapa agaknya perbelanjaan ekspedisi ke sana?

gelaran Dato' pun dah tak ada value..see...shahrukh khan
tu...bila pula ekspedisi ke kutub utara, harumkan nama
negara ke seluruh dunia...hu..hu..hu...

2013/5/22 Zul Fakhri <zulfaman35@yahoo.com>
 

Alhamdulilah...tahniah...saya pon xakan tersampai ke sana.
Alhamdulilah...dalam 2-3 tahun nie dapat lah pangkat Datuk....
 
p/s : Kata dah harumkan nama Felda dan Malaysia...





'Alhamdulillah'. Hanya ungkapan syukur itu yang mula-mula diungkap Pendaki Everest Felda 2013, Mohd Nasuha Shamsudin 21, ketika menjadi rakyat Malaysia termuda pertama sampai ke puncak Everest .
Beliau bersama lima daripada tujuh pendaki Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Everest pada ketinggian 8,848 meter (29,028 kaki) dari paras laut (dpl), pagi semalam.
"Alhamdullilah dengan izin Allah SWT, saya kini berada di puncak Gunung Everest. Terima kasih semua," katanya ringkas ketika masih berada di puncak dunia itu yang dihubungi melalui walkie talkie oleh wakil media dan pendaki sokongan di EBC, di sini.
Menurut anak jati FELDA Tersan 3 Raub Pahang itu, beliau pendaki terawal dalam kumpulannya yang tiba di puncak bersama seorang Sherpa dikenali sebagai Pemba yang mengiringinya sepanjang pendakian itu.
Mohamad Asyraf Mohd Halim, 25, dari FELDA Lok Heng Timur, Kota Tinggi Johor, pula menjadi pendaki kedua tiba di puncak pada jam 8.48 pagi waktu Nepal kira-kira 17 minit selepas Mohd Nasuha.
Enam daripada tujuh pendaki Everest Felda 2013 berjaya mengharumkan nama negara apabila menakluk puncak tertinggi dunia, Gunung Everest pada ketinggian 8,848 meter dari paras laut semalam.
Mereka yang berjaya menakluk puncak tersebut ialah Myrza Fasha Md. Hamyrudin, Mohd. Nasuha Shamsuddin, Mohd. Hafizudin Ibrahim, Mohamad Asyraf Mohd. Halim, Zainudin Lot dan Muhammad Illaham Ishak,.
Menurut sumber, pendaki termuda Mohd. Nasuha, 21, menawan Gunung Everest pada pukul 8.31 pagi waktu Nepal (10.46 pagi waktu Malaysia).
Ini diikuti Mohamad Asyraf, 25, pada pukul 8.48 pagi (11.03 pagi) dan Muhammad Hafizuddin, 22, pada pukul 9.11 pagi (11.25 pagi).
Jurulatih mendaki, Zainudin, 37, pula tiba di puncak tersebut pada pukul 10.16 pagi (12.31 tengah hari), Myrza Fasha pada pukul 10.30 pagi (12.45 tengah hari) dan diikuti seorang lagi jurulatih, Muhamad Illaham pada pukul 11 pagi (1.15 petang).


Sementara itu, Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad mengucapkan tahniah kepada enam pendaki tersebut kerana berjaya mengharumkan nama negara dan Felda khususnya.
Beliau berkata, latihan dan penat lelah mereka nyata tidak sia-sia kerana usaha itu menunjukkan potensi yang ada dalam diri rakyat Malaysia jika diberikan latihan dan peluang yang sesuai.
"Tahniah kepada anak-anak Felda yang berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Everest, kami akan menanti kepulangan mereka kelak," katanya ketika dihubungi semalam.
Mohd. Nasuha dan Myrza Fasha berasal dari Felda Tersang 3 di Raub, Pahang manakala Mohamad Asyraf dari Felda Lok Heng Timur di Kota Tinggi, Johor dan Muhammad Hafizuddin dari Felda Chini Timur 1, Pahang.
Ekspedisi anjuran Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) dengan kerjasama Majlis Belia Felda dan Felda Global Venture Holding (FGVH) itu disertai 12 lagi pendaki sokongan terdiri daripada tujuh anak Felda dan lima pendaki KE7B.
Ekspedisi yang disertai oleh Penasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mokhles dan Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin selaku Ketua Ekspedisi itu bermula pada 2 April lepas. Mereka dijadual pulang ke tanah air pada 1 Jun ini.







--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment