Wednesday, May 22, 2013

RG2011... Fw: Mangsa Ditembak Polis Secara Kejam

 



 

Mangsa Ditembak Polis Antara 8 Hingga 12 Das Secara Kejam

malaysiaberih.blogspot
bloglist-malaysia.blogspot

Bedah siasat dapati suspek rompakan 'dibunuh polis', dakwa peguam

PETALING JAYA, — Tiga suspek rompakan barang kemas yang ditembak mati anggota polis di Taman Billion, Cheras, pada 14 April 2012, dakwa peguam N. Surendran dan Latheefa Koya telah dibunuh oleh pihak polis kerana hasil laporan bedah siasat bertentangan dengan kenyataan polis.

Kedua-dua peguam berkenaan ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini menegaskan, laporan bedah siasat mendapati kedudukan peluru yang mengenai ketiga-tiga suspek tersebut menunjukkan mangsa ditembak ketika mereka berlutut dan bukannya ditembak dari hadapan, seperti dalam kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah.

"Polis berkata mereka ditembak mati apabila salah seorang suspek melepaskan tembakan ke arah pasukan polis ... tetapi laporan bedah siasat mendapati peluru yang mengenai mangsa itu tidak ditembak dari hadapan, tetapi kedudukan peluru menunjukkan ia datang dari atas ke bawah, dan kanan ke kiri," dakwanya kepada pemberita.
"Mangsa berkemungkinan sedang berlutut ketika ditembak."

Dua beradik, Noor Azman Othman, 39, Aidi Noor Hafizal Othman, 23, dan seorang rakan mereka, Saufi Ahmad, 23, merupakan suspek rompakan kedai emas di Shah Alam telah ditembak mati di bulatan Taman Billion awal pagi 14 April 2012.

Azman ditembak sebanyak lapan das, manakala Aidi ditembak sebanyak 11 kali.
"Versi polis satu penipuan, kalau betul berlaku tembak-menembak, seharusnya peluru datang dari arah hadapan, bukannya atas ke bawah," kata Surendaran, yang juga Naib Presiden PKR.

"Malah laporan bedah siasat turut mendapati berlaku kecederaan di bahagian kepala dan dahi serta kawasan badan juga menunjukkan berlakunya pergelutan antara mereka."

Ahli Parlimen Padang Serai itu turut menggesa pasukan polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

"Kami desak penyiasatan kes pembunuhan ini, dan KDN perlu jawab ... anggota polis yang terlibat digantung dan ditahan serta merta, termasuk penyiasatan terhadap pegawai tertinggi polis kerana melindungi kes ini," katanya lagi.

Turut hadir ketika sidang media hari ini adalah bapa kepada Noor Azman dan Aidi Noor Hafizal, Othman Yusoff, serta ibunya, Sosnijan Sarwarkhan.

Sumber

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment