Monday, May 13, 2013

RG2011... Fw: Tempat kerja berpotensi untuk gemuk?

 



Tempat kerja berpotensi untuk gemuk?

 

Pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa pejabat adalah tempat berpontensi untuk anda gemuk. Ini kerana terdapat banyak sebab berat badan anda boleh naik ketika berada di pejabat. Salah satunya anda menumpukan sepenuh perhatian dan tenaga yang banyak pada pekerjaan yang dilakukan menyebabkan anda cepat berasa lapar.

Menurut sebuah buku 'The Snack Factor Diet', ketika anda lapar, gula darah akan rendah dan ini akan menyebabkan anda tidak mampu berfikir dengan baik. Ketika inilah, anda akan berusaha mencari makanan atau snek.

Makan tengahari di luar juga boleh menjadi masalah kepada anda kerana anda tidak tahu berapa kalori yang anda makan. Oleh itu, ia akan menjadi punca kepada masalah berat badan kepada anda.

Di sini kami ingin berkongsi langkah-langkah untuk anda mengatasi masalah ini dan mengubah pola hidup yang lebih sihat.

KURANGKAN MAKANAN RINGAN
Walaupun snek seperti biskut dan kerepak memberi tenaga tetapi ia turut menyimpan lemak yang tidak diperlukan. Anda boleh bawa snek sihat dari rumah seperti buah, yogurt atau kacang.

KURANGKAN TEH ATAU KOPI
Minum teh atau kopi sebanyak dua jam sekali atau berlebihan adalah tidak elok. Ia akan membuatkan anda merasa gelisah, mudah marah, dehidrasi dan menganggu pola tidur. Gantikan minuman ini dengan pilihan minuman lain yang lebih sihat dan kurang gula seperti teh hijau, air limau nipis atau jus buah.

MINUM BANYAK AIR MINERAL
Walaupun anda akan sentiasa keluar masuk ke dalam bilik air, tetapi jika anda minum air mineral yang banyak anda akan dapat mengelak dari mendapat sembelit, gangguan pencernaan, dehidrasi, meningkatkan rasa lapar dan kulit kelihatan kusam.

ELAK MAKAN MALAM
Makanlah di restoran bersama kawan selepas habis masa kerja. Jika tunggu sehingga sampai rumah, rasa lapar akan datang pada waktu malam. Jika anda betul-betul lapar, makanlah sayuran atau beberapa jenis makanan yang kaya dengan protein. Elakkan makan nasi atau roti sebelum tidur.

ELAK MAKAN BANYAK PADA HUJUNG MINGGU
Sukses menjalani diet selama hampir seminggu tidak bermakna anda boleh makan sepuasnya pada hujung minggu. Lakukan rawatan di spa, membeli novel atau menonton wayang yang lebih menyenangkan sekaligus menjaga berat badan anda.

Diharap dengan tip-tip yang diberikan ini dapat membantu anda dapat menjaga kesihatan tubuh badan anda. Selamat mencuba!

comment

  • Cekek nasi campur. Nasi berlambak. Lauk berlambak. Semua pun nak lemak. Ayam nak goreng dengan kulit. Gulai lemas bawah minyak. Apa sampah pun masuk mulut. Bedal !! Inilah bayangan wajah mereka yang makan rasuah dan kena belanja dengan cepat.

    Akhirnya, karbohidrat jadi gula, lemak dan minyak jadi kolesterol bahaya. Tabiat malas. dan berat badan meningkat akan menjemput penyakit beranika. Lepas itu mampus walau pun usia lebih kurang muda lagi.

    Hapuskan rasuah, kurangkan makanan, garam dan gula dan bersenam sedikit. Kalau tak nak, mungkin kau akan jadi statistik saja !!

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment