Thursday, May 16, 2013

RG2011... Fw: Tragedi Menukar Tayar - Pemandu Teksi Maut Dirempuh

 



 

Dia adalah xstaff tempat kerja saya. Berhenti ambil VSS.
Semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama
roh orang2 yang beriman. Al Fatihah.
 
 
Tragedi Menukar Tayar : Pemandu Teksi Maut Dirempuh
 
ondscene.my
KM 9.2, KLIA
Sepang, Selangor
13 Mei 2013
4 petang
 

 Nama mangsa : Othman Yahaya, 57 thn.

Malang bagi seorang pemandu teksi, yang menemui ajal dalam keadaan amat tragis- dirempuh sebuah kenderaan ketika sedang menukar tayar teksinya yang pecah.

Kejadian malang ini berlaku kira-kira jam 4 petang tadi berhampiran tol KLIA dari arah terminal .

Teksi ini sebelumnya berhenti di lorong kecemasan setelah tayar belakang sebelah kanannya pecah.

Pemandu kemudian keluar untuk menukar tayarnya dan ketika inilah malang menimpanya apabila dirempuh sebuah kenderaan MPV Nazaria.

Akibatnya, mangsa tercampak ke arah cermin hadapan Nazaria dan terhumban beberapa meter ke arah laluan kiri lebuhraya.

Othman Yahaya, 57 tahun, maut akibat cedera parah di kepala dan ketika kejadian, cuaca cerah , berlaku di laluan lurus lebuhraya 4 lorong ini.

===============================

Saya telah membuat liputan ratusan kes-kes kemalangan dan kemalangan yang berlaku di laluan kecemasan selalunya menimbulkan tanda-tanya dan menjadi mistri.

Banyak kes – seluas-luas jalan, tetapi mengapa kenderaan yang melanggar akan menuju tepat ke objek yang berada di laluan kecemasan.

Ada kes, kenderaan hilang kawalan dari laluan paling kanan, dan terbabas serta tepat menuju ke arah kenderaan yang berada di laluan kecemasan.

Banyak juga kes, walau diletak kon-kon keselamatan dan pelbagai penanda, kenderaan tetap merempuhnya…

Sukar untuk ditafsirkan, tetapi, secara kasarnya, seolah-olah ada 'magnet' yang menarik kenderaan untuk merempuhnya.

Saya sendiri tidak faham dan tidak akan mengerti fenomena ini, melainkan semuanya kuasa dan kehendak Allah.

Berhati-hatilah di jalanraya, kelajuan yang keterlaluan, mampu mengubah segala-galanya.

Comments
  •  Anyss menulis:
     

    Assalamualaikum,
    dariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah. semoga rohnya dirahmati Allah.

    •  Mat Teksi menulis:
       

      Innalillah……. sebagai rakan sepemandu teksi saya berasa dukacita kejadian ini. Takziah untuk keluarga arwah.

      Memang susah melihat pemandu teksi kemalangan walaupun kerjanya sentiasa dijalan raya, tapi bila dah sampai masa ajal menjemput tiada siapa yang mampu menghalang.

      Pendapat saya pemandu MPV mungkin tidak menumpukan perhatian pada pemanduan walaupun telah mengurangkan kelajuan, sebenarnya cukup untuk menganggu kosentrasi (spt kata admin) mudah menjadi magnet terus ke objek yang sebenarnya bukannya gangguan utama berbanding (spt) call, sms, marah anak dll.

      • hashim menulis:
         

        Takziah. Moga menjadi iktibar kepada yang masih hidup.

        •  firdaus menulis:
           

          pada saya itu bukan satu kepelikan…itu la asbab Allah nak ambil nyawa seseorang..

           
          •  man ahmad menulis:
             

            selalu sangat jumpa driver yg drive di lorong paling kiri, menggunakan handphone samada call atau SMS…bila telinga dan mulut asyik di telefon, bila mata asyik belek skrin, mereka x perasaan ada kenderaan di lorong kecemasan…dah dekat, x sempat elak…kepada semua pemandu2, jgn ingat dengan memandu di lorong perlahan, anda boleh menggunakan handphone ye!

             
            •  zee menulis:
               

              setujuuuuuuuu. boleh jadi juga dan penah nampak.

               
            •  Gixxer menulis:
               

              Fenomana ini kadang2 dipanggil view lock.. kalau rider moto selalu kena…
              view lock ni berlaku.. bila kita berada dlm keadaan panik atau kelam kabut.. contoh.. bila kita nak langgar tembok kita tgk tembok tu.. kita mmg lock pandangan kita ke arah tembok tu.. automatik kita arahkan seluruh anggota badan kita ke memandu atau menunggang ke arah tembok.. sedangkan kalau kita alih pandangan ke tempat lain.. kita pasti boleh elak.. sbb itu menunggag moto pun juga kereta jika nak ambil selekoh.. mata lihat jalan menuju selehkoh bukan straight mengadap depan.. cuba lihat mcm mana motoGP ambik selekoh.. arah moto dan kepala mereka..
              view lock ni boleh dielakkan kalau kita selalu practice..
              Dalam kes diatas… mungkin naza ini.. last minit terperasan.. kereta mangsa.. dan pandangannya lock ke arah kereta mangsa…

               
              •  effort lab menulis:
                 

                mungkin tgh guna fon agaknya. dulu mesej, sekarang we chat. teruk2.

                takziah buat keluarganya..

                 
                •  RED menulis:
                   

                  Betul sekali kata brader Gixxer. View Lock, nak amik corner mmg kena belajar view lock ni. Contohnya nak elak lubang jgn tgk kat lubang, tgk tepi lubang yang kita nak elak,

                __._,_.___
                Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
                Recent Activity:
                " Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

                " Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

                " Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

                " Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

                " Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

                Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
                Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

                .

                __,_._,___

                No comments:

                Post a Comment