Sunday, May 19, 2013

RG2011... [ipjps] Tangkapan Adam cetus kebangkitan, kata NGO

 

[ipjps] Tangkapan Adam cetus kebangkitan, kata NGO

Monday, May 20, 2013 12:20 PM
From:
View contact details
To:
"Ipjps" <ipjps@yahoogroups.com>




Tangkapan Adam cetus kebangkitan, kata NGO
11:01AM Mei 20 2013 

Tangkapan aktivis siswa Adam Adli akan menjadi pencetus kebangkitan anak muda dan akan menyemarakkan mood kemarahan rakyat terhadap dakwaan penafian demokrasi secara melampau oleh kerajaan, kata sebuah NGO anak muda.

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata, pada hari pertama tahanannya sahaja sudah 100 aktivis berkumpul bagi menunjukkan solidariti di hadapan lokap yang dihuninya.

 

 

Badrul (gambar) yang lebih dikenali sebagai Chegubard mempersoalkan kenapa pemimpin Umno yang didakwanya berulang kali mengeluarkan ucapan berbaur perkauman dan kebencian antara agama tidak dikenakan sebarang tindakan walaupun ratusan laporan polis dibuat.

"Malah pemimpin Umno, proksi Umno dan pemimpin mesra BN ini juga telah dilindungi dan kebal dari hukuman, menjelaskan lagi betapa negara ini mempunyai dua set undang-undang," katanya.

Dalam kenyataannya semalam, Barul juga membidas menteri dalam negeri yang baru Datuk Zahid Hamidi apabila "memilih untuk mula berkasar terhadap rakyat".

"Sedangkan ucapan Zahid Hamidi sendiri harus mengundang hasutan apabila mengarahkan rakyat meninggalkan negara ini sekiranya tidak setuju dengan 'demokrasi yang mati'," katanya, merujuk kepada tulisan kontroversi Zahid di Utusan Malaysia baru-baru ini.

PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.









 
  • Izat Ain · Pengulas Tertinggi · SEKOLAH MENENGAH BANDAR MAS
    terbaik dari SAMM Chegu Bard !!!!... berani kerana benar !!!!
  •  
    Mohd Gadafi · Pengulas Tertinggi
    UMNO/BANGLA NATION MENITI HARI UNTUK TERSUNGKUR REBAH DI BUMI MALAYSIA.. apabila BN langgar undang undang di biarkan sahaja, apabIla rakyat MARHAIN menyuarakan pendapat.. cepat cepat dia tangkap , dan baru nak cari bukti.. MINIMAHAFIRAUN
    •  
      Arie Pklang · Pengulas Tertinggi · Kebun sawit
      bodoh ke apa korang ni....terang2 dia cabar pihak berkuasa dgn mengajak org ramai jatuhkan kerajaan yg dipilih....jadi jika korang rasa pihak berkuasa salah failkan kes di mahkamah jgn ingat semua org setuju dgn tindakan adam gila ni......
    •  
      Nasir Mohd · Pengulas Tertinggi
      yang berhormat, berbeza dgn yg berkhidmat, yg berhormat berusaha sendiri, yg berkhidmat dapat gaji dari rakyat, he he
    •  
      Wahab Mohamad · Pengulas Tertinggi · University of Malaya
      Arie Pklang apakah kerajaan yang ada diperolehi hasil dari penipuan PRU 13..apakah mematikan demokrasi dengan cara kekerasan akan mengembirakan rakyat dengan 2 set undang2 yang berbeza..bagaiaman yang menyeru dgn perkauman itu tidak boleh dikenakan dibawah akta hasutan.......ingat perkauman lebih bahaya daripada kenyataan adam adli.
  •  
    Ramli B Sukri Rbs · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
    Klu namanya unmo, memang mereka tak cerdik...mereka hanya tahu menindas dan memaksa rakyat kerana mereka anggap rakyat Malaysia seperti buruk paksaan...Pendatang Bangl dan Nepal lebih mereka sayangi...!!!
  •  
    Ooi Kheng Guan · Pengulas Tertinggi · University Teknologi Malaysia
    Chegu Bard ialah jenis pemimpin yang kami hormati...
  •  
    Haykal Havoc · Project Manager di Gamuda
    Undang2 dimlysia ni hnya digunapakai tuk rkyat bwahan,penentang bn shje...bila mne puak2 bn mngeluarkn pelbagai knyataan yg -ve n mmbwa kpda hasutan,stu tindakn pon tdk diambil.....x jauh bezanya mysia dgn zimbawe...demokrasi tlh mati..
    •  
      Mohd Ruslami · Pengulas Tertinggi · Yarmouk University
      Moga pembelaan yang sepatutnya diberikan kpd orang muda kita Adam Adli...dan kawan yang lain...

 

 

  • Farid Kamil
    harap semua bangkit untuk menegakkan keadilan....
  •  
    Khalid Abdullah · Pengulas Tertinggi
    Bangkitlah anak muda... demi masa depan kamu dan generasi akan dtg..! Keadilan wajib ditegakkan, kerana itu adalah suruhan agama kita.. usah mengeluh, usah menangis, usah bimbang, kerana setiap langkah perjuangan utk kebenaran dan keadilan yg ikhlas kerana Allah pastinya akan mendapat restu dan redhaNya... insyaa Allah.
  •  
    Khay Ryl · Pengulas Tertinggi · Temerloh
    Ucapan zahid dan adam jauh sngt bezanya..zahid suruh tinggalkan negara kalau tak suka sistem negara ni sedangkan adam suruh rakyat gulingkan krajaan yg sah..budak tadika pun tau nak bezakan mana satu yg baik dan buruk..ucapan zahid lebih kpd "saranan"tp ucapan adam lebih kpd "arahan utk keburukan"..
  •  
    Raleswary Raman · University of Oxford
    jangan cabar polis inilah akibatnya bila sokong brua brua macam anwar
  •  
    Anuar Ibrahim · Pengulas Tertinggi · Mamber di Politikus
    Orang buat salah jangan tangkap tapi harus dibelai.

 

  • Mohd Idrus Mataqil · Pengulas Tertinggi · Maktab Perguruan Sultan Idris Tg Malim
    Saya nak sarankan kepada Polis kendali kes dengan sebaik mungkin, kaji dengan teliti setiap lapuran yang dibuat dan ambil tindakan, jangan dilihat dengan keadaan sebelah mata nanti orang kata kita tak jalankan amanah dengan betul, yang salah tetap salah walau pun yang berkata itu orang kanan ke? orang kiri ke?.salah tetap salah yang betul tetap betul. Tak ada orang yang tidak melakukan kesalahan .Tiada bumi yang tak ditimpa hujan, tapi tanah yang basah jika dikawal dengan rapi akan mengeluarkan hasil yang baik.Teruskan tugas dengan betul dan jujur wahai IGP baru..... selamat bertugas.
  •  
    Abdulhadi Muhamad · Pengulas Tertinggi · Kolej Islam Kelang
    Zahid mengata dulang
    disuruh ke negara luar;
    Rasis selepas perang
    rakyat semakin kucar.
  •  
    Pengiran Aji
    kerana manusia bernama Adam...ni lah semua kita keluar dari syurga...akibat terperdaya hasutan syaitan...
  •  
    Zamri Razalan · Pengulas Tertinggi
    kita beli petrol walaupun harga mahal utk membakar semangat rakyat berjuang mengekalkan demokrasi TAKBIR
  •  
    Alahmad Alsharif · Pengulas Tertinggi
    aku harga dah rindukan harga minyak naik. gula naik, tepung naik, tol naik, bila lagi PM. ILOVE PM. @#$#%@###.

 

Meor Zahidi Tahir · Pengulas Tertinggi · University of Science Malaysia

Kerana mulut....


Related Link:
http://groups.yahoo.com/group/ipjps
Post message:
ipjps@yahoogroups.com
Subscribe:
ipjps-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe:
ipjps-unsubscribe@yahoogroups.com




__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment