Saturday, May 18, 2013

RG2011... Masjid Agung Semarang

 

Masjid Agung Semarang


Ni saya lah ni gatal pi tanya, "Pak Polisi, bisa nggak ambil gambar bersama buat kenang-kenangan...". Bukan kitorang je amik gambar, tu yang sebelah saya tu pun sibuk amik gambar kitorang gak.  Dorang ni Tourist Police, so oklah kan.  Dah2..jom kita gi masjid pulak.


Mula2 jom panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana di atas keizinanNya maka kami dapat menjejakkan kaki di masjid yang indah ini.  Alhamdulillah.


Wah..cantiknya masjid ni.  Masyaallah..kagum dengan senibinanya.  Macam Masjid Nabawi.


Masjid ni dibina pada tahun 2001 dan siap sepenuhnya pada tahun 2006.  Luas tau masjid ni..10 hektar.  Payung2 tu akan terbuka tiap kali solat Jumaat.  Rasanya masa solat hari raya pun dibuka bagi melindungi jemaah2 yang bersolat di bahagian luar masjid.


Senibinanya dari campuran Jawa, Islam dan Roman.  Kubah besarnya bersaiz 20 meter dengan 4 menara setinggi 62 meter.  Siap ada tempat tidur tau kat sini..sebanyak 23 buah bilik penginapan.


Sila tanggalkan kasut dan pakai pakaian yang menutup aurat selepas tanda Batas Suci tu ye.


Cer tengok belakang saya tu.  Pilar-pilar ala2 koloseum Athen dihiasi kaligrafi2 indah simbol 25 Nabi dan Rasul serta di gerbang tu juga ada tertulis dua kalimah syahadat.  Kat belakang tu jugalah Al-Husna Tower yang setinggi 99 meter setinggi 19 tingkat.  Moh naik atas.


Entrance fee sebanyak RP5,000 = RM1.60.  Murahkan.  Tapi pemandangan wow..awesome.  Cantik sangat.  Keliling masjid sawah padi luas terbentang.  Niat nak solat tak tercapai kerana kami kesuntukan masa.  Lepas ni kena ke Jogja yang memakan masa 4-5 jam sebab nak singgah Gunung Merapi.


Kawasan penempatan di Semarang memang padat.  Lagipun Indonesiakan penduduknya ramai.


Berangin-angin kat atas ni.  Syok.  Kalaulah boleh lama2 kat sini kan.  Takpelah, yang penting saya sudah sampai.  Senyum...tak perlu kata apa2..hahaha.  

Tapi sebelum kita meninggalkan Semarang jomlah rasa the famous food kat Semarang ni.  Wahida tu dari hari sampai dah berkicau nak makan ni.  Tu pun nyaris tak nangis guling2 tak dapat Jagung Bakar Serut Madu dia tu.


Ha..ni lah dia famous food kat Semarang.  Lumpia.  Kat tepi2 jalan pun ada jual tapi Pak Supir kami yang high class tu bawa kat tempat high class lah kan.  High class lah sangat.  Tu ha menunya.  Ada original, crab & plain.  Jangan tanya apa beza original & plain..Wahida ada tanya tapi saya dah lupa...hehehe.


Ha..inilah Lumpianya.  Laa..popia goreng rupanya.  Yang crab tu harga RP15,000 = RM4.70.  Niat hati nak beli bawak balik Malaysia sebagai ole2 tapi tak sesuai.  Dia frozen food so kena masuk freezer.  Kalau balik Malaysia terus bolehlah tapaukan.  Ni baru nak gi Jogja.

Satu original & satu crab.  Dua2 sedap.  Tak menyesallah makan ni.  Terima kasih Wahida sebab belanja Lumpia. Tapi dah abis balun Lumpia ni baru perasan ada timun ngan cili api uols.  Daun bawang tu tak usah cakaplah.  Kat Indon ni murah kot.  Hampir semua masakan ada daun bawang.  Besar2 pulak tu.  Eh..oklah..bebel pulak.  Jumpa lagi minggu depan ye.  Selamat beristirehat. 

Note:  Pada kawan2 blogger yang blognya kena register Google+ untuk komen, saya mohon maaf tak dapat komen.  Saya dah buat kunjungan balas tau :)

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment