Monday, May 13, 2013

RG2011... RE: Polis tegaskan perhimpunan di Johor Bahru esok haram

 

Kalo cukup matang pun tarikh penyerahan notis,

Tak gak jadik “halal” nye…!

Ada laks kona tang lain pulak sok incek polis tu..

Propaganda semata.. Cam ler tak tahu kan

 

Fakta! Orang ramai memang nak negara yang aman dan selamat pun..

Tapi.. takat ni, tak ler aman mana pun Malaysia nih..

Ada je kes culik + ragut + rogol + bunuh disiarkan almost ari-ari..

Tak gitu cik Temah..?

 


Polis tegaskan perhimpunan di Johor Bahru esok haram

JOHOR BAHRU - Polis Johor menyifatkan Perhimpunan Hitam anjuran parti pembangkang yang dijadualkan diadakan di sini pada Rabu ini (esok) sebagai haram kerana tidak menepati syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, notis awal yang diberikan pihak penganjur perhimpunan tersebut adalah kurang daripada 10 hari iaitu tempoh ditetapkan oleh akta tersebut.

"Sabtu lalu, memang ada wakil pihak penganjur datang ke balai polis untuk memberitahu mengenai perhimpunan tersebut tetapi jarak masa tersebut sudah tidak mematuhi syarat yang ditetapkan," katanya selepas Majlis Promosi E-Alerts dan Community Alerts (aplikasi telefon pintar) di sini semalam.

Mohd. Mokhtar memberitahu, polis tidak akan teragak-agak untuk bertindak tegas terhadap penganjur dan peserta jika mereka tetap berdegil di dalam meneruskan perhimpunan itu yang dijadualkan di Dataran Bandaraya.

Menurut beliau, orang ramai membantah perhimpunan tersebut kerana khuatir tentang keselamatan mereka selain inginkan sebuah negara yang aman dan damai.

"Sejak berita mengenai penganjuran perhimpunan itu tersebar, polis menerima banyak aduan serta laporan daripada orang awam yang membantah perhimpunan itu," katanya.

Mengenai E-Alerts, Mokhtar berkata, ia merupakan aplikasi pertama yang hanya dimiliki oleh Polis Johor dan mempunyai direktori secara online yang diwujudkan bertujuan menerima dan menghantar maklumat yang akan dipaparkan di laman web www.polisjohor.gov.my.

"E-Alerts kini menjadi satu medium perantaraan polis dengan masyarakat secara interaktif bagi membuka ruang penyaluran maklumat dan menjadi interaksi komunikasi khusus yang lebih berkesan," kata beliau.

Ia merupakan yang kedua diperkenalkan oleh Polis Johor selepas Community Alerts, aplikasi sistem bantuan kecemasan yang berfungsi untuk melaporkan sebarang kejadian termasuk jenayah dan kemalangan dalam tempoh lima saat.

Selepas dua bulan pelancarannya, jumlah pengguna Community Alerts telah mencapai sehingga 8,801 dengan 7,161 pengguna mendaftar melalui OS Google Android, manakala bakinya mendaftar dengan Apple IOS (iPhone, iPad, iPod Touch). - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0514&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_13.htm#ixzz2TDzheGsu 
Hakcipta terpelihara 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment