Tuesday, June 4, 2013

RG2011... Fw: bekas pengerusi GERAK mohon maaf

 



 
telokbakong.blogspot.
penburukonline.blogspot
kemaskini oleh: pen buruk online ™

Bekas Pengerusi Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak), Mohd Nazree Yunus hari ini membuat permohonan maaf kepada Menteri Besar Selangor atas dua kenyataan media yang dibuatnnya pada 2009.

Nazree membacakan permohonan maaf dalam Mahakamah Tinggi Shah Alam hari ini sebagai penyelesaian dakwaan yang dibawanya terhadap Khalid.

Permohonan maaf pertama bertajuk 'Kenyataan Media Gerak Malaysia : Tentang Amalan Rasuah dan Salahguna Kuasa Menteri Besar Selangor" bertarikh 21 Januari 2009.

Manakala permohonan maaf kedua berhubung kenyataan media pada 3 Februari 2009 bertajuk 'Kenyataan Media Gerak Malaysia : Laporan Salahguna Kuasa Menteri Besar Selangor'.

"Saya mengaku bahawa kedua-dua kenyataan media ini telah mencemarkan, menjejaskan serta menjatuhkan nama baik, reputasi, imej dan intergriti beliau sebagai Menteri Besar Selangor.

"Saya mengaku amat menyesal kerana membuat kenyataan akhbar yang tidak benar terhadap beliau. Saya berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan mengeluarkan perkataan berunsur fitnah di masa akan datang," katanya di hadapan hakim Datuk Dr Badariah Sahamid.

Nazree turut berjanji tidak akan mengulangi perbuatan mengeluarkan perkataan berunsur fitnah terhadap Plaintif (Khalid) pada masa akan datang.

"Dengan itu, saya dengan rendah diri, saya memohon maaf kepada beliau dan menarik balik semua kenyataan yang telah saya keluarkan itu," katanya.

Sementara itu, Media Selangorku melaporkan, Khalid menerima permohonan maaf Nazree secara terbuka dan tidak akan menuntut sebarang ganti rugi.

"Saya menerima permohonan maaf beliau dan berharap beliau dapat meneruskan usaha sebagai seorang yang minat dalam bidang politik.

"Dengan cara itu, kita telah menunjukkan bahawa keadilan itu adalah satu usaha berterusan dan saya anggap pengajaran ini akan menguatkan lagi kualiti hidup beliau sebagai seorang yang percaya pada keupayaan diri sendiri," kata Khalid ketika ditemui di luar mahkamah.


 

KENAPA BERITA MACAM NI TAK KELUAR UTUSAN & TV3?

telokbakong.blogspot.

 naimnikmat.blogspot

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment