Wednesday, June 5, 2013

RG2011... Fw: OKU dipenjara 7 tahun Dan Disebat

 



 

Orang Kurang Upaya dipenjara 7 tahun Dan Disebat Kerana Mencuri Barang Yang Harganya Tidak Sampai RM 100 | Patut kah ?

malaysiaberih.blogspot
kakisembang.com
 
Kejadian ini berlaku Mahkamah Sesyen di Pulau Pinang, tindakan beliau mengakibatkan beliau telah dihukum penjara dan disebat..persoalan yang hendak aku timbulkan berkenaan masalah ini, adakah hukuman itu setimpal dengan barang yang dicuri, adakah hukuman itu adil dan berbaloi dengan hukuman yang  dikenakan.

 Berbalik cerita hukuman yang dikenakan kepada Dato Seri Khir bin Toyo hanya dikenakan dengan 1 tahun penjara dan masih dalam proses perbicaraan di Mahkamah Persekutuan..Apa pun kita sebagai rakyat harus memikirkan masalah ini, adakah hukuman di zaman ini untuk orang miskin sahaja?

GEORGETOWN - Tidak padan dengan kekurangan dimilikinya, seorang lelaki bisu sanggup mencuri barang milik seorang peniaga dan kini dijatuhi hukuman penjara dan sebat oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Tertuduh, Ramli Zainal didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan SP Chelliah kira-kira jam 10.30 malam, 14 Mei lalu.

Dia yang berusia 34 tahun itu dipercayai mengambil barangan milik seorang peniaga barangan kitar semula yang hanya bernilai kurang RM100.

Mengikut fakta kes, peniaga berkenaan ketika itu sedang menutup premis perniagaannya, namun secara tiba-tiba tertuduh datang dan mengambil beg miliknya.

Beg kitar semula itu bagaimanapun hanya mengandungi pas bekerja, slip gaji, segulung tisu tandas, kunci almari dan juga botol air.

Menyedari begnya dicuri, peniaga berkenaan cuba mengejar tertuduh namun tidak berjaya.

Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya Ramli berjaya juga dicekup anggota polis pada jam 10.45 malam hari yang sama. Tertuduh ditemui di Jalan Sungai bersama barangan yang dipercayai dicurinya daripada peniaga terbabit.

Atas kesalahan itu Ramli disabitkan bersalah mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, S Selvaranjini kemudiannya meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal walaupun, tertuduh adalah orang kurang upaya (OKU).

"Tertuduh juga mempunyai empat rekod jenayah lampau yang mana tiga daripadanya adalah mencuri, jadi saya memohon mahkamah mengambil tindakan setimpal," katanya.

Tertuduh ketika dalam rayuannya menggunakan jurubahasa isyarat dan kelihatan selamba sahaja.

Dalam rayuannya, dia merayu supaya mahkamah merendahkan hukuman kerana dia dilahirkan bisu sejak kecil dan kedua ibu-bapanya sudah meninggal dunia.
"Dia juga memohon maaf dan menyesali perbuatannya serta tidak akan mengulanginya lagi," kata jurubahasa isyarat.
Hakim Mahkamah Sesyen, Khairul Anuar Abdul Halim kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan sebat ke atas tertuduh.

Menurutnya, keputusan berkenaan dibuat setelah mengambil kira rekod lampau serta kepentingan orang awam.

Sumber: Sinarharian.
comments:
 
Suria Lekatlekitgurl said...

Itulah nasib golongan miskin.. nak amik lawyer tak mampu jadi redha je la hukuman yang di jatuhkan. Orang miskin senang je jatuh hukuman tapi kalau orang2 atasan yg kaya raya??? Inilah dunia sekarang.. nak cakap pasal adil memang susah
 

Que Achmad said...

yg curi duit rayat berjuto, cuma kna denda pjara setahun jah tanpa sebat. Tu pun sb nok amik syarat jah. Klu org susah ni, kena pjara lg, sebat lg. Cian. Law of the jungle.

Anonymous said...

Eh...silap tu. Nape tak gi jumpa dgn Dr Mashitah? Nanti Dr Mashitah akan bagi kerja. Kan dia pencuri kena bagi kerja barulah dia tak mencuri. Kalau nasib baik dpt kerja jadi tukang cuci keta Dr Mashita atau jadi pembancuh kopi pejabat Dr Mashitah. Mana Dr Mashitah, sila terima pemuda OKU ni sebagai pekerja anda....

Anonymous said...

APA NAK JADI DGN NEGARA KITA ,YAQNG CURI DUIT LEMBU JUTA-JUTA MASIH MERAYAU SANA SWINI DAN Y7ANG CURI DUIT SYARIKAT PENERBANGAN (MAS) DAPAT GELARAN DATUK PULA TU

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment