Tuesday, June 4, 2013

RG2011... Maut terpelanting masuk kereta

 

Maut terpelanting masuk kereta

Oleh RIZAM ZAKARIYA
rizam.zakariya@kosmo.com.my

ANGGOTA bomba dan polis cuba mengeluarkan mayat Hasmizam yang ditemui dalam kereta Proton Saga.



BUKIT MERTAJAM – Tiga daripada empat sekeluarga maut dengan salah satu mangsa ditemui terpelanting masuk ke dalam kereta apabila motosikal yang ditunggangi mereka terbabit dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Bukit Teh di sini malam kelmarin.

Sebelum kejadian pada pukul 9.20 malam itu, motosikal jenis Honda Wave dinaiki Hasmizam Yahaya, 37, bersama isteri Yusniza Abdul Rahman, 31, dan dua anaknya dalam perjalanan dari arah Kampung Bukit Teh menuju ke Simpang Ampat Tasek.

Dua anak pasangan itu ialah Nurul Hawa, 4, dan Nurul Huda, 3. Tiga mangsa yang terkorban ialah Hasmizam, Yusniza dan Nurul Huda. Nurul Hawa pula cedera parah.

Kereta Honda Insight dipandu seorang lelaki juga dalam perjalanan dari arah sama dengan motosikal ditunggangi empat sekeluarga itu manakala kereta Proton Saga itu pula dipandu seorang lelaki berusia 30-an dalam perjalanan dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Ab. Lah berkata, ketika tiba di lokasi kejadian motosikal tersebut dipercayai dilanggar dari belakang sebelah kiri oleh kereta Honda Insight menyebabkan motosikal itu terbabas.

“Motosikal yang gagal dikawal itu kemudian masuk ke laluan bertentangan menyebabkan motosikal itu dirempuh pula kereta Proton Saga yang datang dari arah depan,” kata beliau ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0605&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2VIMbskku 
Hakcipta terpelihara 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment