Tuesday, June 4, 2013

RG2011... Projek Taman Rowther siap Julai

 

Projek Taman Rowther siap Julai

Oleh NOR SYARIZA MUHD. TAHIR
norsyariza.tahir@kosmo.com.my

AHMAD PHESAL (dua dari kiri) bersama beberapa penduduk meninjau jalan masuk sementara ke Taman Rowther, Gombak semalam.



KUALA LUMPUR – Masalah projek perumahan terbengkalai yang membelenggu kira-kira 1,000 penduduk Taman Rowther, Gombak di sini sejak enam tahun lalu bakal berakhir apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berjanji menyiapkannya penghujung Julai ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, kerja-kerja menyambung semula pembinaan sebanyak 48 unit daripada kesemua 207 kediaman mewah berharga lebih RM500,000 itu akan diambil alih oleh DBKL.

Menurutnya, sebahagian jalan dan perparitan di kawasan yang sama juga akan dimulakan pada pertengahan bulan ini.

“Selain menyiapkan pembinaan rumah tersebut, kerja-kerja melebarkan jalan, membina siar kaki serta memasang lampu jalan akan turut dilakukan secepat mungkin.

“Kita berharap dengan pengambilalihan projek ini oleh DBKL daripada pemaju, segala rungutan penduduk akan berakhir dan mereka boleh mendiami rumah baharu menjelang Aidilfitri nanti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat taman berkenaan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0605&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_17.htm#ixzz2VIN3CfSi 
Hakcipta terpelihara 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment