Wednesday, September 11, 2013

Re: RG2011... 2 pelajar UM dibuang kolej

da nama pelajar.. belajar jer la.... kat semua university ade handbook.... baca.... benda yang di haramkan jangan buat...... bila da kena buang bising2 plak... kat mana kita berada mesti ikut displin yang telah ditetapkan.. kalo tak bly ikut terima la hukuman yang telah ditetapkan....


From: "Hashim, Fasriana" <fasriana_hashim@apl.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, September 11, 2013 1:50 PM
Subject: RG2011... 2 pelajar UM dibuang kolej

 
Ape nak jadilah..
Salah guna kuasa semakin berleluasa..
Penganiayaan itu suatu kekejaman, tak takut mati gamaknye..
 
 
 
 
Harakahdaily,
11 Sep 2013
 
 
KUALA LUMPUR: Pro-Mahasiswa (Pro M) Universiti Malaya (UM) menyifatkan tindakan membuang dua mahasiswa dari kolej tanpa diberi peluang membela diri sebagai melanggar hak asasi mahasiswa.
 
Dua mahasiswa yang menjadi pemudah cara mahasiswa sepanjang Minggu Haluan Siswa (MHS) Amir Aiman dan Safinatunnajah dibuang dari Kolej Kediaman Keempat serta-merta dan dilucutkan jawatan sebagai pemudah cara, Jumaat lalu.
 
Hukuman itu ekoran kedua-duanya disyaki menyokong dan membantu Pro M sewaktu MHS sepanjang MHS apabila mereka memohon bantuan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM), Bukhairy Sufian merawat seorang mahasiswi yang histeria.
 
Bukhairy ketika itu hadir bersama Pengerusi Pro-Mahasiswa UM, Abdul Muqit bin Muhammad dan mereka disyaki dan dibimbangi merancang kejadian histeria bersama dengan dua orang pemudah cara ini.
 
Akibatnya, kesemua PM di KK4 termasuk Amir Aiman dan juga Safinatunnajah dipanggil oleh Ketua PM KK4, Alia Syamin untuk menyerahkan semua telefon bimbit.
 
Bagaimanapun hanya telefon bimbit mereka berdua sahaja yang diperiksa termasuklah  hak peribadi seperti mesej,email,dan juga facebook  telah diceroboh tanpa kebenaran.
 
Amir Aiman meminta penjelasan sebab telefonnya dirampas namun tiada jawapan yang diberikan. Amir Aiman juga mengesyaki laptopnya telah diceroboh dan kata laluan emelnya telah ditukar.Mereka telah menuduh Amir Aiman dan Safinatunnajah telah bersubahat untuk dengan Pro-Mahasiswa merancang isu histeria.
 
Petangnya dalam pukul 3 petang, Amir Aiman telah menerima satu surat dari pihak kolej mengatakan beliau telah dilucutkan tugas sebagai Pemudahcara Mahasiswa dan dibuang kolej serta-merta. Sebab yang diberikan oleh pihak kolej ialah Amir Aiman telah membocorkan maklumat sulit kepada pihak luar.
 
Tidak lama kemudian, Safinatunnajah pula menerima surat yang sama tetapi atas sebab yang berlainan. Safinatunnajah dibuang kolej kerana dituduh membawa masuk orang luar (Bukhairy dan Muqit) ke dalam kolej sedangkan mereka masih lagi mahasiswa UM .
 
Akibat daripada peristiwa itu, Amir Aiman bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Pantai atas penyalahgunaan kuasa pihak atasan dan menceroboh  maklumat peribadi tanpa kebenaran dalam menangani isu ini. Keputusan kolej itu dilihat berat sebelah dan begitu kejam terhadap mahasiswa.
 
Menurut Abdul Muqit, Pro M Amir Aiman dan Safinatunnajah tidak diberikan hak untuk membela diri dan notis peringatan awal sebelum dibuang kolej kediaman dengan serta-merta.
 
Sedangkan tegasnya, pihak kolej tiada bukti yang kukuh untuk menyokong hukuman tersebut. Andai sekalipun terdapat bukti, mereka berdua mesti diberikan hak untuk membela diri.
 
"Bagaimana satu keputusan yang besar dapat dibuat dalam tempoh masa yang begitu singkat?
 
"Untuk itu, kami di peringkat Pro-Mahasiswa tampil membela Amir Aiman dan Safinatunnajah dan mendesak pihak pentadbiran terutamanya pihak  Kolej Kediaman Keempat, TNC HEP, Datuk Rohana dan juga NC, Tan Sri Ghauth Jasmon  untuk memohon maaf secara terbuka kepada kedua-dua mahasiswa ini dan menerima mereka semula kedalam kolej kediaman.
 
"Hukuman yang dijatuhkan kepada mereka juga tidak masuk akal dan melanggar hak asasi manusia kerana tidak diberi peluang untuk membela diri. Kami juga mendesak supaya siasatan lebih lanjut dijalankan terhadap penyalahgunaan kuasa oleh pihak pentadbiran supaya kes seperti ini tidak berulang lagi," katanya.
 
Selain itu, beliau berkata wujud diskriminasi dalam pemilihan pemudah cara apabila mahasiswi yang berpurdah tidak layak untuk menjadi pemudah cara atas alasan tidak menepati etika berpakaian yang ditetapkan.
 
"Ini merupakan alasan yang tidak munasabah sedangkan mahasiswa bebas berpakaian selagi ia masih bersopan dan menepati etika pemakaian yang tidak menjolok mata ketika di dalam UM," katanya.
 
 


No comments:

Post a Comment