Tuesday, September 10, 2013

Re: RG2011... Fw: Azilah, Sirul secara rasmi keluar penjara hari ini

 

ditelan mati mak diluah mati bapakk... dok dalam umpama menunggu hukuman mati.. ..... duk kat luar  bebila masa aje bole mati
 
haii terlajak perahu bolehlahh diundur .........
2013/8/23 -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg>
 

Setev: Tiba Masanya Kerajaan Mongolia Campur Tangan

telokbakong.blogspot
pahangdaily.blogspot.
 

Setev Shaariibuu, bapa kepada Altantuya, warganegara Mongolia yang dibunuh, sangat sedih dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan dua bekas anggota polis yang dituduh membunuh anaknya pada Oktober 2006. Beliau bagaimanapun enggan mengeluarkan sebarang kenyataan, kecuali berkata "Tiba masanya kerajaan Mongolia membuat kenyataan berhubung keputusan itu."
 
Difahamkan bahawa Setev menjangkakan keputusan itu dan sekarang mahu membawanya ke peringkat lebih tinggi, bagi menegakkan keadilan untuk mendiang anak perempuannya itu. Reaksi segera itu diperoleh Malaysiakini melalui peguam Mongolia Munkhsaruul Mijiddorj. Munkhsaruul berkata, Setev merancang mendapatkan bantuan kerajaan Mongolia bagi menguruskan perkara itu. "Dia akan membuat kenyataan selepas mendapat surat rasmi daripada mahkamah Malaysia atau daripada peguammnya di Malaysia Karpal Singh," katanya. #sumber
 

comment:

Anonymous said...

Pergi ke Mahkamah Antarabangsa di de Hague. Tapi jangan harap menang, selagi BN berkuasa di Malaysia.

 

Detektif Conan: Azilah, Sirul secara rasmi keluar penjara hari ini

telokbakong.blogspot
wargamarhaen.blogspot
Posted & copy by
 
Anggota polis Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar meninggalkan penjara masing-masing hari ini selepas dilepaskan dan dibebaskan daripada hukuman serta sabitan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar mengesahkan Azilah meninggalkan Penjara Kajang pada jam 11.45 pagi selepas selesai proses dokumentasi.

Koperal Sirul Azhar pula dibebaskan dari Penjara Tapah.
"Azilah balik dari Mahkamah Rayuan Putrajaya untuk beberapa proses dokumentasi serta mengambil barang kepunyaannya sebelum meninggalkan penjara bersama keluarganya," kata Zulkifli ketika dihubungi di Kuala Lumpur.

Mahkamah Rayuan Putrajaya pada sebelah pagi, melepaskan dan membebaskan Azilah dan Sirul Azhar daripada tuduhan membunuh Altantuya tujuh tahun lalu.

Tiga anggota panel hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dikenakan Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar terhadap sabitan dan hukuman.
- Bernama

ulasan:

  1. Negara ku Malaysia....

  2. Tanpa Nama

    Endless possibilities.....

 

Terperanjatkah Kita Mahkamah Rayuan Bebaskan Sirul Azhar & Azilah?

telokbakong.blogspot
greenboc.blogspot
Posted by greenboc


Jadi, siapa bunuh Altantuya? Dan kenapa?

Sepanjang tujuh tahun, tidak ada sesiapa yang bertanggungjawab terhadap kematian Altantuya Shaariibuu. Dan tidak ada siapa pun tahu mengapa si cantik warga Mongolia itu dibunuh pada Oktober 2006.

Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini tidak berjaya menutup fail pembunuhan misterinya.

Malahan, keputusan membebaskan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar membangkitkan lebih banyak soalan.

Siapa bunuh dia? Mengapa?

Dia ditembak mati dan bahan letupan C-4 dikatakan digunakan untuk meletupkan mayatnya hingga berkecai, tetapi kedua-dua komando polis itu berkata mereka tidak ada akses terhadap bahan letupan itu. Jadi, apa yang berlaku? Adakah orang lain terbabit?

Dia datang ke negara ini, tetapi tidak akan rekod imigresen dengan namanya. Adakah dia menggunakan pasport lain? Bolehkah pihak berkuasa menjelaskan perkara ini?

Semua persoalan ini mungkin boleh terjawab jika saksi seperti DSP Musa Safri dipanggil memberi keterangan.

Pihak pendakwaan tidak memanggilnya dan mahkamah rayuan hari ini membenarkan rayuan itu kerana saksi material tidak dipanggil untuk memberi keterangan, termasuk Musa.

Musa mungkin boleh memberi keterangan apa yang membantu penganalisis politik, Abdul Razak yang memintanya supaya dapat mengelak diri daripada Altantuya.

Penterjemah itu pernah menjadi kekasih Abdul Razak tetapi kemudian memburunya dan menyebabkan Abdul Razak terpaksa mendapatkan perkhidmatan penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk memerhatikan Altantuya. Apabila Altantuya muncul pada malam malang 18 Oktober 2006 itu, polis menangkapnya dan itu adalah kali terakhir wanita itu dilihat hidup.

Seterusnya yang berlaku menggemparkan politik Malaysia. Abdul Razak ditahan kerana ada kaitan dengan pembunuhan itu dan kedua-dua polis komando Azilah dan Sirul kemudian didakwa atas pembunuhan Altantuya.

Kaitan antara mereka ialah Musa, yang ketika itu pegawai khas kepada timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan, Datuk Seri Najib Razak.

Kini perdana menteri, Najib menafikan sebarang kaitan terhadap kes itu walaupun Abdul Razak adalah seseorang yang rapat dengannya. Adakah keputusan hari ini memberikan penutup kepadanya juga?

Adakah ia juga memberikan penutup kepada Abdul Razak, yang terlebih dahulu dibebaskan dalam tuduhan bersubahat membunuh Altantuya. Beliau mengaku mengelak dan mengusir wanita itu, tetapi tidak minta kematiannya.

Menariknya, pihak pendakwa tidak pernah memfailkan rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak.

Tetapi, hari ini pihak pendakwaan berkata, mereka akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan Azilah dan Sirul, kedua-dua tertuduh yang `disembunyikan' daripada masyarakat awam sepanjang 159 hari perbicaraan kes itu.

Itu juga sekali lagi menimbulkan lebih banyak persoalan. Dan `endless possibilities'. -TMI


Mahkamah bebas Azilah, Sirul dari tuduhan bunuh Altantuya


Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ini berikutan mahkamah dalam keputusan sebulat suara membenarkan rayuan pasangan itu.

Bagaimanapun, pihak pendakwa akan mempunyai peluang untuk merayu di Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini.

Hakim Datuk Md Apandi Ali mengetuai panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut.

Bagaimanapun, penghakiman itu dibacakan oleh Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat yang memutuskan berlaku penyalaharahan yang serius oleh hakim Mahkamah Tinggi.

Ia termasuk tidak memanggil DSP Musa Safri, dan kegagalan untuk mengemukakan diari balai polis yang menyatakan bahawa Azilah (kiri) berada di Bukit Aman pada masa berkenaan.

Seorang lagi anggota panel hakim tersebut ialah Datuk Linton Albert.

Pada April 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Zaki Md Yassin telah mensabitkan dua anggota polis itu atas tuduhan bunuh. Manakala penganalisis politik Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dengan pembunuhan itu.

Pendakwa akan merayu

Azilah diwakili oleh peguam Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar, manakala peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican mewakili Sirul.

Timbalan Peguamcara Negara 111, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengetuai pasukan pendakwaraya yang turut dianggota DPP Manoj Kurup dan Noorin Badaruddin.

Altantuya telah dibunuh di hutan Puncak Alam dekat Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Menurut peguam, kedua-dua tertuduh mungkin dibebaskan dari penjara Sungai Buloh lewat hari ini.

Dalam mesej teks, Tun Majid berkata mereka akan membuat rayuan terhadap keputusan hari ini.
- mk


ULASAN GB

Terperanjatkah kita dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini?

GB tidak terperanja kerana sebelum ini GB sudah dapat merasakan bahawa kedua-dua mereka akan bebas SELAGI perancang pembunuhan itu tidak didakwa dan dihukum.

Di dalam keterangannya, tertuduh pernah menyatakan di mahkamah:

Tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia adalah sekadar "kambing hitam yang harus dikorbankan" untuk melindungi rancangan dan niat mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan.

comments:

nordin omor said...

Sehebat mana yang cuba menutup kes nih,lambat laung pasti di buka oleh Allah swt.Siapakah yang mau berdoa atau bermunajat pada Allah?Dua sudah dibebas.Adakah mereka berasa 200% lega atau masih pening-pening atau mabuk..???Rakyat manakah yang mau bermunajat jika betul-betul mahu mencari keadilan walaupun Altantunya seorang Non-Muslim.

Waris said...

Sikit pun tak terperanjat malah ketawa tak boleh nak berhenti... kah kah kah


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment