Sunday, September 8, 2013

RG2011... Fw: Alkisah pengunting rambut…

 



 
 
Alkisah pengunting rambut…
 
selatanonline.net

Oleh Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Kamal seorang pengunting rambut. Beliau menghadapi banyak masalah kehidupan sehingga imannya goyang dan menjauhikan diri daripada masjid. Ustaz Haron adalah salah seorang pelanggan tetapnya.

 Satu hari semasa menggunting rambut Ustaz Haron, Kamal bertanya, "Ustaz, betul ke Allah wujud?

"Mengapa Kamal bertanya begitu?" tanya Ustaz Haron.

"Err… jika kita pergi ke luar ustaz, ana tak dapat lihat kewujudan-Nya. Jika Allah wujud, mengapa ramai yang sakit? Mengapa ada kanak-kanak yang diabaikan? Jika betul Allah wujud, sepatutnya manusia tidak akan merasa seksa susah dan kesakitan," kata Kamal.

Ustaz Haron tidak menjawab apa-apa. Setelah habis menggunting rambut, Ustaz Haron keluar daripada kedai Kamal dan mencari seorang lalu-lalang yang rambutnya tidak teratur, kotor dan janggutnya tidak dijaga.

"Kamal, datang. Pengunting rambut tak wujud di dunia ini," kata Ustaz Haron.

"Mengapa ustaz kata begitu, ana baru sahaja habis gunting rambut ustaz," tanya Kamal.

"Tidak," kata Ustaz Haron. "Jika pengunting rambut wujud, takkan muncul orang seperti dia yang berambut tidak teratur, kotor dan janggutnya tidak dijaga."

"Tapi ustaz, pengunting rambut wujud di sini. Ana orangnya. Cuma mereka tak datang ke kedai ana," kata Kamal.

"Tepat sekali. Begitu juga dengan Allah, ia ada di mana-mana. Orang yang dalam kesusahan dan kesakitan di luar lupa mencari Allah untuk pertolongan. Sebab itu wujud banyak kesusahan dan kesakitan di dunia ini," jelas Ustaz Haron.

Kamal terdiam dan selepas itu, mula kembali ke masjid dengan kerap untuk mendalami ilmu agama bersama Ustaz Haron selepas itu.

Wahai anakku,
Kamu bertanya mengapa Tuhan biarkan kekejaman, peperangan dan pembunuhan serta huru-hara di dunia. Aku berharap cerita di atas menjawab persoalanmu, wahai anak kesayanganku.

Senyum.

Posted by ahmadi

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment