Wednesday, September 11, 2013

RG2011... Fw: Bahana Dari Genting Lagi.....

 



 

Bahana Dari Genting Lagi.....

telokbakong.blogspot.
mountdweller.blogspot.
 
13 cedera kemalangan 4 kenderaan
Oleh Amir Abd Hamid
GOMBAK: Seramai 13 mangsa cedera dalam kemalangan membabitkan treler, dua bas dan satu kereta Honda City di Kilometer 31.5 Lebuhraya Karak berhampiran Genting Sempah menghala ke ibu negara jam 3.30 petang tadi.
Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata, pihaknya menerima laporan kejadian jam 3.49 petang sebelum tiga jentera dari Kuala Lumpur, Selayang dan Bentong dikejarkan ke lokasi kejadian.

Kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah bas dari Genting Highlands gagal dikawal sebelum melanggar sebuah bas lain di hadapannya serta sebuah kereta Honda City dan treler.
Pelanggaran menyebabkan kereta Honda City dipandu seorang lelaki lingkungan 50-an itu terbalik.
Isterinya yang duduk di bahagian tempat duduk hadapan kereta itu dilaporkan cedera parah.
Menurut Azizan, secara keseluruhannya seramai 40 mangsa terbabit dalam kemalangan itu dan 13 daripadanya cedera termasuk seorang penumpang kereta, parah.

Semua mangsa dihantar ke Hospital Selayang, Sungai Buloh dan Kuala Lumpur.

Pemandu treler, Aris Embong, 53, berkata, ketika menuruni bukit laluan itu dia memandu di lorong kedua.

"Laluan perlahan di sebelah kiri sekali ditutup dengan kon.

"Tiba-tiba saja saya dengar bunyi meletup di belakang sebelum melihat sebuah kereta terbalik di lorong laju," katanya.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment