Wednesday, September 11, 2013

RG2011... Fw: BERITA PALING SERONOK MINGGU INI

 



TGNA. "Ambo royak lain puok tu tulih lain!"

telokbakong.blogspot.
thecybersniper.blogspot.
 

KOTA BHARU: "Akhbar tulis tu tidak betul, saya cakap lain mereka tulis lain. Bukan saya sebut tidak perlu pilih bukan ulama, kerana semuanya dalam PAS dipanggil ulama.

"Profesional pun ulama juga, begitu juga ulama pun profesional. Sengaja ada pihak hendak sebut dua nama, sedangkan sebenarnya satu sahaja," kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam reaksi terbarunya.

Beliau ditemui hari ini ketika menghadiri persidangan khas Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Baru-baru ini akhbar arus perdana cuba memberi gambaran Mursyidul Am mahu ulama dipilih menduduki jawatan Timbalan Presiden PAS.

Laporan tersebut dilihat banyak pihak seperti ada agenda tertentu bagi melaga-laganya kepemimpinan dalam PAS dengan mengasingkan golongan profesional dan ulama.

Polemik tersebut seperti sengaja diuar-uarkan memandangkan muktamar tahunan PAS dijangka berlangsung pada akhir November hadapan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, ulama adalah mereka yang boleh bercakap dengan dalil al Quran dan Hadis biar pun bertali leher atau memakai songkok.

"Percakapan dia berdasar kepada al Quran dan Hadis. Ada pihak sekarang sengaja hendak pelaga-lagakan ulama dan professional. Mereka ini orang yang berfikiran kebangsaan.

"Ini bukan cara memberi ilmu kepada rakyat tentang gerakan Islam. Kita bangun berucap bukan pandai-pandai kita sendiri. Orang pertama yang membuat ucapan ialah Nabi Muhammad saw.

"Jadi bila berucap kita sambung apa yang diberitahu Nabi Muhammad saw dengan membawa dalil al Quran dan Hadis. Ini barulah kita benar-benar jadi pendokong gerakan Islam, bukan sekadar ahli PAS sahaja," ujarnya.

Oleh yang demikian katanya, mana-mana pemimpin PAS berucap hendaklah diikat dengan nas al Quran, Hadis dan Sirah.


P/S:Mungkinkah mereka di bawah ini proksi UMNO dalam PAS?

 

BERITA PALING SERONOK MINGGU INI, KAH KAH KAH! ADER YANG TERSIPU-SIPU!

telokbakong.blogspot.
yongsukakuning.blogspot.
SPIN

Inilah kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang sebenarnya!

Berita paling seronok dibaca.

Tapi mungkin berita ini buat orang tertentu menangis meraung kerana telah terbongkar segala tembelang dan niat mahu mencantas apa yang digelar golongan profesional dalam PAS dari menjawat jawatan tertinggi dalam parti itu. 

Ha Ha Ha...
TGNA YANG LICIK (HARAKAH)

Ada yang sudah termasuk perangkap spin media kaki fitnah ini. Siapa yang kena tu? Antaranya tiga orang mamat berikut:

MANGSA SPIN (UTUSAN)

MANGSA SPIN (SINAR HARIAN) 
 
MANGSA SPIN (SINAR HARIAN) 

Kenapa TGNA mengambil masa 5 hari baru membuat penafian? Mengapa tak buat penafian serta merta?

Tok Guru yang bijaksana. Dia nak tengok siapa yang masuk perangkap.

Alhamdulillah. Ahli PAS Shah Alam cerdik dan tidak terperangkap dengan spin media penipu UMNO (
di sini).

Yong tak buat posting mengenai isu ini semasa diletupkan oleh Utusan kerana Yong tahu Utusan menang akhbar spin. Tak boleh percaya langsung. Tak tau macam mana pemimpin PAS tertentu boleh percaya akhbar kaki spin ni.

Sudahlah percaya dengan berita spin, lepas itu buat kenyataan dan kena spin lagi.

Aduhai...double spin.

Sekarang dah jelas. Ada sesiapa yang merasa dirinya amat cerdik dan tak perlu ada pemimpin yang digelar professional?

TGNA kata (dalam PAS) profesional pun ulama. Ambik ko!

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment