Tuesday, September 10, 2013

RG2011... Fw: Derma kepada ka_fir?

 



 

Derma kepada kafir?

telokbakong.blogspot.
keretamayat.blogspot
 
(Kisah pemandu keretamayat dan peminta sedekah bukan islam..)

Sedang aku bermimpi di tengah hari, tiba tiba si anak datang kejut bagitahu ada orang datang..

Dalam kegagalan mengingat mimpi tadi, kain pelikat aku kemaskan, dan pergi ke halaman rumah.

Di luar pagar, terlihat seorang pemuda berbangsa cina sedang tersenyum bersama beberapa dokumen ditangan.

"Yes?"

Tanya aku kehairanan, lalu pemuda itu dengan pantas bagitahu bahawa beliau datang dari pulau pinang, datang mintak derma untuk anak yatim cina di pulau pinang, nama pusat kebajikan anak yatim cina itu aku lupa, ada ala ala Fong-Sai-Yok dan Wong-Fei-Hung gitu..

Apa Lim-Guan-Eng tak bantu ke anak yatim di pulau pinang? Bisik hati aku, apa kejadah mamat cina ni datang mintak derma sampai ke pantai timur? Hari tu dengar cerita DAP bagi duit kat hafiz melayu, siap menangis ustaz PAS terharu dengan keihlasan DAP, so sepatutnya DAP dah lama tolong anak yatim cina? 

Arghh, tak baik aku politikkan anak yatim cina dalam situasi baru bangun tidur sebegini.

"dik.., Zakat Pulau pinang tak bagi bantuan ke?"

Tanya aku dengan ikhlas, sebab aku dengar wang zakat di Malaysia masih berjuta juta tak di agihkan sehingga ada forum bincang untuk laburkan duit zakat yang banyak baki itu, tak kurang juga cadangan untuk agih pada orang bukan islam dengan niat dakwah, sebab dah bagi kepada semua asnaf katanya.

"Zakar?"

Oh! Nampaknya pemuda ni tak tahu tentang zakat, beliau mengaku belum pernah mendengar perkataan zakat, sehingga setarafkan zakat dengan zakar. Aku tak tahu sama ada beliau berbohong atau memang fail pendidikan islam masa SPM dulu...

Lalu aku tanya dia, agama apa? Budha, Ok, dalam agama awak ada kewajiban berzakat tak? Tak de? tak tak tak! bukan berkhatan potong kulit zakar tu, Zakat adalah rukun islam yang ke empat dimana kami semua orang islam dah bagi sebahagian wang pendapatan kami yang dinamakan wang zakat kepada pemerintah macam cukai, yang mana wang itu untuk bantu orang islam yang miskin, patut agama awak juga praktis benda macam ni, jadi tak payahlan orang islam atau orang budha macam awak pergi mintak derma rumah ke rumah atau dekat stesen minyak, sebab dah ada pusat zakat. Awak ada pen dan kertas?

Sebaik pemuda itu hulurkan kertas dan pen, aku tulis: "google: Zakat dan islam"

Pemuda tu tengok kertas yang aku tulis tadi, dan sempat aku pesan agar jangan tersalah type zakar pulak, beliau senyum dan mintak diri sebab dari jauh ada rakannya (juga berbangsa cina) yang telah buat isyarat beredar sebab dah lama sangat aku berborak. Akupun suka juga beliau pergi sebab aku rasa terganggu bila ada orang datang mintak derma terutama waktu aku sedang tidur. Adohai..

"Siapa cina tu bang?"

Tanya bini aku sambil mengemaskan kain batik, baru bangun tidur jugak rupanya, ada lagi 10 minit sebelum masuk zohor.

Selepas aku laporkan kejadian tadi kepada bini, tiba tiba timbul rasa menyesal di hati aku kerana lupa nak dakwah pemuda cina tadi kepada islam, sepatutnya aku cerita kepada beliau sedikit asas tauhid, dan timbulkan keraguan munasabah kepada agama nenek moyangnya, dan masukkan cerita ketuhanan yang make sense.., aku patut seru dia kepada islam sebelum beliau melangkah pergi..Oh!

Aku ini sudahlah tidak pergi berdakwah ke rumah orang bukan islam macam Nabi Muhammad SAW, sekali ada cina datang rumah aku, lupa pulak untuk aku ambik kesempatan dakwah beliau kepada islam, sudah tentu hatinya yang baik untuk bantu anak yatim, akan memudahkan beliau mendengar dan berfikir tentang kebesaran Allah. Arghh, Salahkan tidur siang yang buat akal aku pendek tadi, hu.. hu..

Aku azam, selepas ini, jika ada orang bukan islam datang lagi mintak derma depan pintu rumah, aku akan suruh bini buat air, dan ajak beliau masuk minum, dan akan ambik kesempatan ini untuk dakwah beliau kepada islam.(sambil menderma seringgit dua, adohai)

InsyaAllah.

Ps: Semoga Allah ampunkan dosa aku kerana tidak berdakwah kepada pemuda cina yang datang 'menyerah diri' tadi.. oh..

comments:

LadyBird said...

knp x bg jer duit kn die? mgkn nnti terbuke htnye tuk msk islam.. kdg2 dakwah tu x smtinye melalui percakapan..

Anonymous said...

apelaa punya ngok malaun nih kalau takmau bagi tak payah cerita macam2 melayu pun dari pantai timur belambak kok kedah p.pinang datang mintak derma ,masjid la,tahfiz la,anak yatim la,ada orang kisah nak bagi bagi ajelaa.tak nak bagi pun tak payah lah sampai nak selak kitab.Bodoh.........

Anonymous said...

Assalam

Bangun pagi, baca blog orang dan bodohkan orang....dan kemudian tunggu nak bodohkan orang lagi..lagi...lagi. Puas hati.He..he..

Semalam ada ustaz kata minyak naik kerana kita bodoh dan bengap....dan dia senyum dengan puas hati melihat hadirin yang diperbodohkan di dalam rumah Allah swt

Macam sama ajer spesis mereka-mereka yang pander ni dok, ker guaner?...he..he..

Cryingfella

MAT said...

Pada suatu hari seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi Muhammad saw meminta bantuan.

Baginda saw pun bertanya, "Apakah kamu mempunyai sesuatu di rumah?"
Lelaki Ansar menjawab, "Ya ada. iaitu pakaian kasar yang dapat mengalas punggung unta. Sehelai kami guna dan ada yang sehelai hamparkan. Dan juga bekas minum."
Rasulullah saw pun terus berkata, "Bawa kedua-duanya kepada aku."
Maka lelaki Ansar itu tadi pun membawa kedua-duanya kepada Rasulullah saw lantas Baginda mengambilnya lantas berkata kepada orang ramai, "Siapa yang mahu membeli dua barang ini?"
Seorang lelaki menjawab, "Aku akan membelinya dengan 1 dirham,"
Rasulullah saw pun berkata & mengulanginya 2, 3 kali, "Siapa yang mahu menawarkan 2 dirham?"
Seseorang pun menjawab, "Saya mahu membelinya dengan 2 dirham,"
Rasulullah saw pun mengambil 2 dirham tersebut dan diberikan kepada lelaki Ansar tadi lalu berkata, "Belilah makanan 1 dirham untuk keluargamu dan 1 dirham lagi gunakan untuk membeli (mata) kapak dan bawa kepadaku."
Lelaki Ansar tadi pun melaksanakan arahan Rasulullah saw dan memberikan (mata) kapak tersebut kepada Baginda. Rasulullah saw memasangkannya dengan kayu lalu berkata, "Nah (kapak) dan sila pergi mencari kayu. Aku tak mahu melihat kamu di sini selama 15 hari ini."

Lelaki Ansar itu pun beredar, mencari kayu dan menjualnya. Selepas 15 hari lelaki Ansar itu datang kepada Rasulullah saw bersama 15 dirham. Rasulullah saw pun berkata, "Beli makanan dan bakinya beli pakaian. Sesungguhnya ini adalah lebih baik dari dari kamu datang meminta-minta kerana perbuatan meminta-minta itu akan merosakkan wajah kamu pada hari Akhirat. Sesungguhnya meminta-minta itu hanya untuk yang sangat miskin, orang yang kerugian teruk atau darah yang menyakitkan."

Nota:

1. Hadis ini direkodkan oleh Imam Ibn Majah, No hadis 2198.

MAT said...

to anom no 1, adakah engkau nak cakap Nabi pun ngok sebab tak bagi terus derma?

Anak nabi pernah mintak hamba tawanan, Nabi bagi ceramah (suruh tasbih sebelum tidur)

boleh bagi alamat tak? aku nak pergi mintak derma rumah ko?

Anonymous said...

miskin macam itu pun nabi suruh jual harta sedia ada dan beli kapak untuk cari kayu…? - See more at: http://www.pakdi.net/bagaimana-nabi-muhammad-mengajar-kita-untuk-keluar-dari-kemiskinan/#sthash.pQ5SPACz.dpuf

Anonymous said...

adoi banyak la yang meroyan tak lama lagi lepas baca entry hamka ni.. woha!!

kite baca tersurat kena fahamkan yang tersirat jugak..malaysian adohai..

Anonymous said...

apelaa punya ngok malaun nih kalau takmau bagi tak payah lah nak dakwah cina.Bodoh betul, cina masuk islam bila pas memerintah nanti.

Anonymous said...

nabi ni sebaik contoh...dan kadang kadang nabi bagi lebih dari satu contoh...terpulang pada kita nak pilih mana satu...

contoh seperti perkhawinan nabi antara Siti Khadijah dan Aisah,

contoh nabi pakai kupiah, serban, ada ekor tak der ekor lilit kemana, putih hitam semua ada dinukilkan, pilih lah mana nak ikut...yang tak der cuma songkok tinggi warna hitam..

contohnya mcm hadis yang disaran MAT sabu diatas
1. Hadis ini direkodkan oleh Imam Ibn Majah, No hadis 2198.

hadis ni mendidik peminta sedekah/ orang miskin berusaha... didikan yang nabi bagi tu pon dikira sedekah...zaman sekarang nak ajar orang jadi kaya pon kene kuar duit gak per..

yang ni plak

"Peliharalah kamu dari api neraka meskipun dengan menyedekahkan sepotong kurma, dan perkenakanlah permintaan seorang peminta walaupun dengan memberikan sepotong kuku hewan yang dibakar" (HR. Ahmad)

"Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah"
(Surah al-Baqarah ayat 276)

kalau lah tiap kali peminta sedekah datang ko cakap "berusahalah skit bro!"
jadi ayat ayat sedekah ni untuk siapa sebenarnya

soal lagi sedekah ni kebaikanya untuk siapa sebenarnya?

kalau lah tak der yang perlukan sedekah ...kesian umat yang tak cukup pahala skang...

Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. ( Surah Al Baqarahyat 245 )

Kita manusia, Allah bagi otak, hati dan perasaan kita boleh bezakan antara orang yang layak dan tak layak diberi sedekah...

semua komen diatas adalah betul.. cuma berlaku jujur dan adil skit

ok, tang Peminta sedekah cina tu dan lim guang eng punya kes tu aku kira yang ni patut ko baik sangka skit...

kalau lah mamat tu tak dapat bezakan antara zakat ngan zakar, boleh jadi juga dia tak dapat bezakan Lim guang eng dengan cina jual insuran...siap suruh google lak tu, entah entah nak on komputer pon tak reti

sungguh aku tak emo masa taip ni...takut ada yg kata aku meroyanlak

ayat klise selepas tu 'cuba dalami maksud tesirat saudara HAMKA' muak sungguh aku baca. Dak... aku dah faham apa yang disampaikan sebalik tu...cuma aku nak komen apa yang jelas...simple kan.

adoiyaiii...

 

Anonymous said...

Assalam

Errrr....ada ker dalam entri ni Hamka kata tak bagi derma?

Bukan ker kalau kita beritahu kita derma ni macam menunjuk-nunjuk...he..he..tak berdosa ker tu..?

Tersirat, tersurat...pirrrah !

CF

Anonymous said...

hadis di atas mendidik peminta sedekah/ orang miskin berusaha... didikan yang nabi bagi tu pon dikira sedekah...

cerita tentang zakat pada orang kapir itu bukan sedekah. suruh mereka google pun bukan sedekah.

sila paham*

FB fan said...

Saya chinese educated dan sangat rapat dengan keluarga angkat di sarawak yg beragama kristian. Itu tdk bermakna sy sgt open minded. Saya tdk akan memberi derma/hadiah kpd non muslim kalau ianya bersangkutan agama mereka. Mendoakan mereka dlm apa jua keadaan sekalipun juga adalah haram KECUALI mendoakan agar mereka mendapat hidayah.

Bila seorang cina meninggal, org yg mengenalinya akan berziarah sambil menghulurkan ''pak-kam/bai-jing'', iaitu derma berbentuk wang untuk meringankan beban keluarga simati, kawan saya pernah dpt sampai RM30K bila bapanya meninggal. Derma yg ni menjurus kpd keagaman, so its a big NO from me. BUDAYA MENDERMA UTK KELUARGA SIMATI SEBENARNYA JUGA DITUNTUT DLM ISLAM CUMA JARANG2 DIPRAKTIKKAN.

Setiap disember saya balik kampong di sarawak sehari dua sebelum krismas, bukan kerana saya sambut krismas tapi kerana saya menziarahi keluarga. Saya bagi hadiah berupa baju atau permainan kpd anak2 buah sejurus selepas saya tiba, tanpa dibalut cantik2, niatkan sebagai hadiah kpd anak2 buah, dan bkn sempena krismas, sbb tu sy bg awal.

Lazimnya non-muslim juga ada acara open house sepertimana kita berhari raya. niatkan sja menziarahi kawan2 tidak salah, tapi saya tidak akan ber'carol' bersama. saya juga tdk membawa oren bila menziarahi kawan2, dan tdk akan mengucapkan gong xi fatt choi sempena CNY.

Anonymous said...

salam..
nama manusia2 politik ni besar maknanya bagi pendukung2 mereka hamka,jadi kalo bleh kamu tahan la napsu kamu dari sentuh nama dorang ni hamka,cubit peha kanan peha kiri terasa,biasala tu..kamu sebut polan2 hak belah sini nanti pendukung dia naik angin.kamu sebut polan2 hak belah sana nnt pendukung dia lak naik angin,dlm kes ni bukan pasal betul salah cite yg kamu bawak,tapi nama polan2 dah semat terpahat cantik tggi dalam hati pendukung2 mereka,dan kamu pulak mcm nak kutuk n perli2,naikla angin mereka..
kamu bukan x tau kebanyakan pendukung2 mereka ni, semua tindakan org yg sgt mereka cintai itu betul dan tepat,naik kan la harga minyak banyak mana pun pendukung2 mereka tetap akan pertahan insyaAllah,yg ni masuk akal lagi..kalo di seru semua muslim tggu depan mahkamah tggu mahkamah putuskan Allah taala pun pendukung2 dia bela,nampak x betapa cintanya mereka..
kalo mereka kate Allah itu mesti tggi tiap saat,sekaligus hukum2nya mesti ditinggikan juga,tapi nak buat hudud Allah taala mereka gi tanya tanya/bincang dgn kafir o.k.u yg duk kat wilchair dulu,mesti menang undi manusia2 dulu,ini pun pendukung mereka mereka pertahan,nampak x betapa tulin dan aslinya nya cinta mereka hehe.
ini bukan soal betul salah,tapi soalnya ialah nama sipulan2 yg dah terpahat tggi dalam hati mereka telah kamu sebut2 dan guris haha..pndngan aku kamu x yah la sebut lain kali hamka,x merugi dan x menguntungkan kamu pun insyaAllah..salam..

Hamka said...

salam.

ini first time dalam hidup aku, orang bukan islam datang mintak derma.

Maaf kerana menyinggung perasaan pembaca dengan kisah pengalaman kali pertama ini.

akmar said...

aku penah dlm hari & tmpat yg same didatangi 2 org pengemis ato bhase sopan nye peminta sedekah. sorang apek tua yg uzur & sorg lagi kanak2 vietnam yg meminta2 secara pakse.

dgn apek tua tu aku tak teragak2 nk hulur dgn niat kesian kt apek tu. tapi ngan dak vietnam yg memakse2 tu, aku xde hati nk hulur sbb aku tau ade dalang di sebaliknye.

ak x pikir dr sudut berbeza agame tp aku pikir dr sudut kemanusiaan. salahkah aku??

Anonymous said...

Assalam

Nabi saw pernah mengunyah dan menyuap makanan kepada seorang Yahudi uzur yang buta...kemudian Hadrat Abu Bakar menggantinya; tapi orang Yahudi buta itu sedar bahaw ini bukan orang yang sama kerana makanan tersebut tidak dikunyah dahulu...

Ya Rasulullah...tiada siapa dapat menandingimu.

Cryingfella

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment