Monday, September 9, 2013

RG2011... Fw: Harga Rumah Bakal Naik 10%

 



Harga Rumah Naik 10% (RM15,000). Kos Bahan Binaan Melonjak Selepas Minyak Naik 20 Sen!

nizar-coretanku.blogspot
 
Harga rumah naik 10 peratus : Kenaikan harga minyak tidak boleh dibuat main. Sifat rantaiannya cukup pantas bertindak balas. Dengan hanya pengumuman minyak 20 sen sahaja. Tindak balasnya cukup hebat. Samada rakyat Malaysia terutamanya golongan berpendapatan rendah dan serdahana, satu demi satu kenaikan harga barang dan terbaru harga rumah diumumkan naik 10%….

Faktor Harga Rumah Naik 10%?

  • Peningkatan harga minyak 20 sen
  • Kos bahan binaan meningkat
  • Kekurangan jumlah tenaga kerja asing
  • Kontraktor & pemaju tidak mahu mengurangkan margin keutnungan mereka antara 70% – 100% yang mana akhirnya diletakkan beban kepada anda, anda semua di sini yang merupakan bakal pelanggan mereka
Sumber : The Star
Hakikatnya, pengumuman harga minyak naik sehingga 20 sen telah menyebabkan rangkaian bekalan melibatkan lebih 100 jenis perniagaan terjejas. Pemaju akan menaikkan sekurang-kurangnya harga rumah sebanyak 10%.
  • Harga minyak naik 20 sen
  • Harga rumah naik sekitar RM15,000 dan ke atas
Bermakna di sini nilai kenaikannya berkemungkinan boleh lebih daripada angka tersebut. Tiada yang mustahil. Apabila sudah naik harga barang dan harga rumah, adakah rakyat Malaysia berpeluang melihat nilainya jatuh? Sangat mustahil…..
  1. Bermakna, jikalau harga rumah sekitar RM150,000 sebuah melibatkan teres setingkat contoh di beberapa bandar terpilih pada asalnya, bakal menjadikan harga rumah kepada RM165,000. Nampak impaknya?
  2. Bagaimana pula harga rumah di bandar-bandar besar? Jikalau harga rumah RM300,000, ia bakal menjadi RM330,000. RM30,000 adalah berdasarkan nilai kenaikan harga rumah 10% yang diumumkan. Itu belum termausk lagi harga rumah melibatkan nilai RM400,000, RM500,000, RM700,000. Berapa pula kenaikannya?
  3. Ini semua adalah impak NILAI sebenarnya dek kerana pengumuman harga minyak 20 sen baru-baru ini
Bagi Berita Semasa, ini merupakan antara berita paling sedih dan ememritkan kepada kalangan rakyat Malaysia yang terus berkira-kira untuk memiliki rumah idaman sendiri.

 

Harga Rumah Bakal Naik 10% Ekoran Kenaikan Harga Minyak

malaysiaberih.blogspot.
greenboc.blogspot
 


Peningkatan harga minyak sebanyak 20 sen yang diumumkan kerajaan pada hari Isnin lalu dijangka akan turut menyumbang kepada peningkatan harga rumah sehingga 10 peratus.

Laporan The Star yang memetik kenyataan wakil pemaju perumahan menyebut, peningkatan harga minyak itu menyebabkan kos bahan binaan meningkat.

Selain itu, peningkatan harga rumah berkenaan juga berpunca dari kekurangan jumlah tenaga kerja asing ekoran operasi besar-besaran yang dijalankan kerajaan untuk membasmi pendatang asing tanpa izin.

Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Datuk Seri Michael Yam Kong Choy dalam laporan itu berkata, kontraktor akan memindahkan kos yang ditanggung akibat kelewatan projek berkenaan kepada pembeli.

"Operasi ke atas tapak pembinaan juga menakutkan pekerja asing yang sah," katanya seperti dipetik dalam laporan itu,"katanya.

Beliau berkata golongan pekerja berkenaan akan ponteng kerja atau menangguhkan kepulangan mereka ke negara ini, sehinggalah operasi penguatkuasaan itu berakhir.

Menurutnya, pemaju terpaksa menanggung kos lebih tinggi untuk tenaga kerja untuk mengelakkan daripada didenda kerana tidak mengikut perjanjian.

Yam berkata pemaju berkenaan terpaksa membayar ganti rugi kepada pembeli rumah sekiranya projek tersebut lewat disiapkan.

Tambahnya, peningkatan harga minyak tersebut akan menjejaskan rangkaian bekalan melibatkan lebih 100 jenis perniagaan.
- selangorku

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment