Tuesday, September 17, 2013

RG2011... FW: Harian Metro pm 180913

 


 
Harian Metro
Taktik baru sindiket warga Afrika menipu 
 
Kuala Lumpur: Sindiket penipuan parcel (bungkusan) yang didalangi warga Afrika dikesan menggunakan modus operandi baru dengan menggunakan identiti warga Malaysia untuk menarik perhatian mangsa.

Suspek yang kononnya menetap di luar negara akan memberitahu dia berdarah kacukan iaitu salah seorang ibu atau bapanya berasal dari Malaysia selain mengaku mahu kembali ke negara ini untuk menjejaki saudara-mara.
Terbaru, seorang eksekutif lelaki berusia 27 tahun terpedaya tipu daya seorang suspek yang mengaku bapanya warganegara Malaysia yang berasal dari Selangor kerugian hampir RM100,000.

Difahamkan, mangsa mengenali suspek melalui kiriman e-mel yang kononnya mahu mencari rakan di Malaysia bagi membantunya menjejaki keluarga sebelah bapanya itu.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din berkata, sehubungan itu, mangsa menjalin persahabatan sebelum timbul bibit cinta yang membuka ruang kepada suspek untuk memulakan agenda penipuan.

Beliau berkata, melalui modus operandi ini suspek akan meyakinkan mangsa dengan penggunaan nama individu tempatan selain memberikan alamat rumah yang dikatakan bakal menjadi tempat tinggalnya di sini.

Katanya, apabila mangsa mencari alamat itu dalam enjin pencarian Google, alamat itu memang wujud cuma ia bukan kediaman suspek.

Kereta polis masuk sungai 
 
Alor Setar: "Saya nampak sebuah kereta peronda polis (MPV) itu seperti mengejar sesuatu kerana dipandu laju melalui selekoh sebelum tiba-tiba terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Santap, Pokok Sena, di sini.

"Ketika itu, saya cuba memperlahankan kenderaan dan berhenti di tepi jalan untuk melihat apa yang berlaku sebelum ternampak lampu kereta MPV itu masih bernyala dalam sungai, manakala beberapa anggota polis dari kereta MPV lain datang membantu mengeluarkan dua anggota yang masih terperangkap dalam kereta itu," kata Sulaiman Abu.
Dalam kejadian jam 3.20 pagi kelmarin, Sulaiman, 56, dalam perjalanan dari rumahnya di Kuala Nerang, dekat sini, ke Pasar Borong Mergong untuk membeli barang mentah sebelum ternampak kejadian itu.

Katanya, kejadian berlaku terlalu pantas, malah dua anggota polis terbabit nyaris terlanggar besi penghadang tepi jalan jika tidak berkemungkinan besar akan mengancam nyawa mereka.

"Ketika itu beberapa penduduk kampung dan penunggang motosikal datang membantu dua anggota polis terbabit yang calar dan berdarah di muka serta badan mereka," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Troussier potensi ganti Rajagobal 
 
Kuala Lumpur: Senarai jurulatih bagi menggantikan Datuk K Rajagobal sebagai ketua jurulatih skuad negara kian bertambah dengan angka terbaru mencecah 37 calon ketika nama bekas jurulatih Jepun Philippe Troussier menjadi tumpuan utama.

Jumlah permohonan terbaru itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang menerima permohonan jurulatih luar negara dan tempatan walaupun pada hakikatnya badan induk itu tidak pernah mengiklankan kekosongan jawatan panas itu.
"Senarai itu terus bertambah. Hingga kini sudah ada 37 permohonan, semakin ramai yang berminat membuatkan kita rasa gembira namun ingin saya tegaskan, hak jurulatih yang berminat untuk menghantar permohonan," katanya.

Walaupun enggan mendedahkan sebarang nama yang membuat permohonan, pelbagai nama dikaitkan seperti bekas pengendali Jepun dari Perancis yang membawa negara itu menjulang Piala Asia, Troussier kini menjadi calon utama mengisi jawatan bermula tahun depan dengan FAM dilapor sudah memujuk Troussier dengan menawarkan pendapatan bulan AS$18,000 (RM59,500).

Namun pengendali berpengalaman itu hanya bersedia menerimanya andai tawaran pendapatan tahunan bernilai AS$1.52 juta (RM5 juta) atau Troussier dianggar memperoleh gaji bulanan AS$126,805 (RM416,000).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Bayern, Real, United menang perlawanan Liga Juara-Juara 
 
MILAN: Bayern Munich memulakan pertahanan Liga Juara-Juara dengan kemenangan 3-0 ke atas CSKA Moscow, awal pagi tadi.

David Alaba membuka jaringan gol pada minit keempat manakala gol Bayern lain disumbang oleh Mario Mandzukic dan Arjen Robben.
Pasukan sekumpulan Bayern, Manchester City juga berjaya mengalahkan lawan mereka, Viktoria Plzen dengan jumlah gol sama.

Sementara itu, Wayne Rooney menjaringkan dua gol untuk membantu kemenangan 4-2 Manchester United ke atas Bayer Leverkusen.

Sementara itu, Cristiano Ronaldo berjaya menjaringkan hatrik dalam perlawanan antara Real Madrid dan Galatasaray yang dimenangi kelab Sepanyol itu 6-1. - Agensi

Keputusan

Kumpulan A

4 Manchester United (Rooney 22, 70, van Persie 59, Valencia 79)

2 Bayer Leverkusen (Rolfes 54, Toprak 88)

0 Real Sociedad

2 Shakhtar Donetsk 2 (Alex Teixeira 65, 87)

Kumpulan B

1 Galatasaray (Bulut 84)

6 Real Madrid (Isco 33, Benzema 54, 81, Cristiano Ronaldo 63, 66, 90+1)

1 FC Copenhagen (Jorgensen 14)

1 Juventus (Quagliarella 54)

Kumpulan C

2 Benfica (Djuricic 4, Luisao 30)

0 Anderlecht

1 Olympiakos (Weiss 25)

4 Paris Saint-Germain (Cavani 19, Thiago Motta 68, 73, Marquinhos 86)

Kumpulan D

3 Bayern Munich (Alaba 4, Mandzukic 41, Robben 68)

0 CSKA Moscow

0 Viktoria Pilsen

3 Manchester City (Dzeko 48, Y. Toure 53, Aguero 58)



Sent from Samsung Mobile

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment