Friday, September 13, 2013

RG2011... Fw: Kanak2 1 TAHUN JATUH Dalam LUBANG NAJIS

 



Kanak-kanak 1 TAHUN JATUH Dalam LUBANG NAJIS

telokbakong.blogspot.
pulakdah.blogspot.
 
Kanak-kanak malang dari Yanji, di wilayah Jilin, China, terjatuh ke dalam lubang najis selepas hilang keseimbangan.

CHINA - Seorang kanak-kanak berusia 1 tahun 8 bulan terjatuh jatuh ke dalam lubang kumbahan najis selepas cuba untuk belajar menggunakan tandas awam. Anggota bomba kemudiannya telah dihubungi bagi menyelamatkan kanak-kanak malang itu selepas terjatuh di dalam lubang najis dalam kejadian yang berlaku di Yanji, timur laut China.

Tandas di China biasanya menggunakan sistem lubang najis di dalam tanah. Kanak-kanak yang masih kecil ini sedang berlatih untuk menggunakan tandas, bagaimanapun telah hilang imbangan dan menjerit memanggil ibunya ketika terjatuh ke dalam kolam kumbahan.

Kanak-kanak lelaki ini meraung dan menjerit dalam usaha untuk tidak tenggelam di dalam lubang najis tersebut. Dalam usaha terdesak untuk membantu anaknya, ibunya menghulurkan satu jeriji besi supaya ia dapat berpaut dan mengekalkan keadaanya tida tenggelam.

Salah seorang anggota bomba terpaksa berusaha masuk ke dalam jurang najis yang sempit sambil memakai topeng pernafasan untuk mencapai kepada kanak-kanak malang ini. Sebaik saja berjaya turun, beliau berjaya membawa kanak-kanak ini naik dan disambut oleh anggota bomba lain untuk dibawa ke tempat yang lebih selamat.
Ketakutan: Kanak-kanak ini meraung sambil berusaha mengekalkan badannya daripada tenggelam ke dalam lubang kumbahan sambil menunggu bantuan kecemasan.


Pasukan bomba dipanggil untuk menyelamatkan kanak-kanak itu. Mereka terpaksa melepaskan diri masuk melalui jurang yang kecil.

Kanak-kanak itu kemudiannnya dibawa ke tepi jalan dan telah dibersihkan sebelum dibawa ke hospital. Selain daripada mengalami trauma, hospital mengesahkan kanak-kanak ini sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan daripada kejadian itu.

Di China, kanak-kanak sering dipakaikan seluar crotchless (ada bukaan di bahagian sulit) sebelum mereka dewasa bagi memudahkan mereka menggunakan tandas. Bagaimanapun oleh kerana sifat tandas orang dewasa yang agak besar, ia adalah sukar bagi kanak-kanak untuk mengekalkan keseimbangan mereka.
Kanak-kanak ini berada dalam keadaan terkejut setelah terendam lama di dalam takungan najis.

Bersihkan: Ibunya yang histeria cuba sedaya upaya untuk membersihkan anaknya dan mengeluarkan sisa najis dari hidungnya.

Mereka cuba untuk membersihkan dan mengeluarkan seberapa banyak najis daripada dalam mata dan mulutnya sebelum dibawa ke hospital

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment