Saturday, September 7, 2013

RG2011... Fw: Kekal tradisi pukul gendang

 



 

PENDANG - Kekal tradisi pukul gendang


PENDANG - Orang ramai yang masuk ke Kampung Pondok Chegar di sini pasti akan melihat sebuah masjid tersergam indah dengan reka bentuk pembinaan Islam yang tersendiri bersesuaian dengan kehendak penduduk setempat.

Masjid yang diberi nama Masjid Suthiyah terletak dalam Kampung Pondok Chegar itu mempunyai daya tarikan tersendiri kerana dikelilingi perumahan pondok dan kawasan sawah mampu menonjolkan keceriaan masjid itu.

Difahamkan masjid dibina sekitar tahun 1339 Hijrah itu bertukar wajah dimana peringkat awalnya ia dibina berstrukturkan papan keseluruhannya dan tidak dilengkapi dinding serta bumbung 'sutuh' berkonsepkan pembinaan ala Arab.

Namun  selepas dinaiktarafkan secara berperingkat, ia kini berstrukturkan batu dengan dilengkapi kemudahan kipas dan karpet untuk keselesaan jemaah.

Imam Masjid Suthiyah, Ahmad Zakuan Ahmad merupakan imam kelima masjid tersebut dan beliau adalah cicit pengasas pondok itu.
Menurutnya, kedudukan masjid terletak di dalam perkampungan yang damai dan dikelilingi rumah pondok mampu mengundang rasa tenang ketika bersolat tanpa sebarang gangguan.

Ahmad Zakuan berkata, seramai 2,000 anak kariah Masjid Suthiyah Pondok Chegar dari beberapa kampung antaranya Kampung Pondok Chegar, Padang Pusing, Bukit Murai, Padang Batu 20, Kampung Gajah Mati, Pondok Gajah Mati, Changkat Nering.

Tradisi pukul gendang masih diteruskan

Tradisi pukul 'gendang raya' masih diteruskan sejak pembinaan masjid itu sehingga sekarang untuk memberitahu masuknya waktu berbuka puasa dan bersahur.

Setiausaha kariah, Mohd Shafir Abd Rahman berkata, kira-kira 90 peratus penduduk kampung ini masih bergantung kepada bunyi gendang untuk berbuka puasa dan bersahur.

"Golongan remaja akan memukul gendang bagi memberitahu waktu berbuka puasa manakala pukulan untuk buka puasa pula dilakukan oleh pegawai masjid, Mat Noh Hussin, Anak Khariah, Salim Mohd Shafir dan Setiausaha Khariah, Mohd Shafir Abd Rahman.

"Setiap pukulan gendang akan dilakukan selama 10 minit dengan cara pukulannya tersendiri," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Shafir berkata, ketika zaman dahulu bunyi pukulan gendang boleh dipercayai boleh didengari sejauh 40 kilometer, namun sekarang ia hanya didengari sejauh lima kilometer sahaja memandangkan gendang yang berusia ratusan tahun itu sudah berlubang di beberapa bahagian.

Katanya lagi, tradisi moreh diteruskan dari awal Ramadan manakala malam terakhir turut akan disediakan hidangan seperti nasi beriani kerana malam itu akan diadakan majlis khatam al-Quran.

Aktiviti padat sepanjang Ramadan

Aktiviti  sepanjang Ramadan di masjid ini begitu padat antaranya tadarus al-Quran bagi lelaki diadakan sebelah malam manakala untuk wanita pada waktu pagi serta kuliah disampaikan oleh imam masjid.

Selain aktiviti agama, masjid itu juga tidak ketinggalan menyediakan bubur kanji untuk diedarkan kepada 600 orang setiap petang.

Katanya, sebanyak 20 kilogram beras digunakan untuk penyediaan bubur kanji setiap petang yang dimasak oleh tujuh tukang masak yang dilantik.

"Dalam jam 4 petang orang ramai memenuhi kawasan masjid untuk mengambil bubur termasuk penduduk luar kariah antaranya Bukit Raya dan Tobiar.

"Setiap orang yang pernah makan bubur kanji ini pastinya akan datang semula keesokannya kerana resipi bubur ini adalah resipi tradisi sejak  mula pembinaan masjid ini," katanya.

Tambah ruang solat

Ruang solat yang ada hanya mampu memuatkan kira-kira 600 jemaah dalam satu masa sehinggakan pihak masjid terpaksa memasang khemah di luar masjid ketika solat Aidilfitri.

Bilal Masjid, Mohd Yusof Ahmad berkata, masjid itu sedang dalam pembinaan untuk menambah ruang solat.

Katanya, ruang solat dan sebuah bilik pentadbiran dianggarkan berjumlah RM300,000 sumbangan orang ramai masih dalam pembinaan.

Dalam pada itu, katanya lagi, jawatankuasa masjid juga telah menyediakan hadiah sagu hati kepada semua petugas masjid yang menjalankan tugas sepanjang Ramadan.

"Kira-kira 60 petugas masjid akan menerima hadiah sagu hati berjumlah keseluruhannya bernilai RM2,000," katanya.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment