Sunday, September 8, 2013

RG2011... Fw: Kisah Benar ! Si Mat Bangla..berHatI Mulia

 



Kisah Benar !!! Si Mat Bangla..lebih berHatI Mulia dari pemimpin ?. Wajib Baca

telokbakong.blogspot
kachipemas.blogspot.
 


Mulia sungguh hatimu Abdul Hakim, Pekerja Shell Hentian Sebelah Awan Besar, KESAS.

Lewat petang tadi, saya pulang ke rumah menggunakan Lebuhraya KESAS. Sedang asyik memandu, tanda amaran minyak habis menyala.

Saya berhenti di Shell Hentian Sebelah Awan Besar. Baru saya perasan yang saya cuma mempunyai RM3 sahaja di dalam dompet. Saya ke mesin ATM untuk keluarkan duit.
Saya tidak berjaya keluarkan duit melalui kad ATM Maybank. Di skrin tertera ayat lebih kurang begini, "Kad anda rosak. Sila hubungi cawangan Maybank yang berdekatan."
 
Saya tenang sahaja kerana saya punya satu lagi kad ATM Bank Islam. Namun ketenangan itu tidak  berpanjangan, rupanya ATM tersebut tidak keluarkan duit walaupun sudah menekan jumlah yang dikehendaki. Selepas beberapa ketika, ianya hanya mengeluarkan resit dan tertulis transaksi anda tidak berjaya.

Panik! Saya mula panik!

Saya kembali ke kereta. Cuba buat bayaran melalui panel kad krediit / debit. Juga tidak berjaya.

Saya mencari-cari di dalam beg dan kereta dengan harapan terjumpa duit yang terselit-selit. Jumpa angpau raya, seluk ke dalamnya, hanya ada RM3 sahaja. Menjadikan duit di tangan saya RM6.

Rupa-rupanya tindak-tanduk saya itu diperhatikan oleh seorang pekerja Bangladesh. Beliau menghampiri saya seraya bertanya apa yang saya cari. Saya ceritakan daripada A-Z...tidak sedar air mata mengalir. Sungguh! Saya tidak pernah mengalami situasi begini.

Lantas, beliau keluarkan dompet beliau. Sempat saya menjeling isi dompet tersebut, hanya ada beberapa wang kertas RM1 dan 2 keping RM5. Beliau keluarkan 2 keping RM5. Saya terharu! Dan lantas, saya katakan, "Ya ALLAH, berilah rezeki yang luas kepada 'Abdul Hakim". (nama ini yang tertera di tag nama yang dipakainya).

Beliau ambil duit RM6 yang ada di tangan saya, minta saya tunggu di kereta dan beliau pergi kaunter pembayaran dan buat pembayaran. Beliau kembali semula ke kereta saya dan bantu saya isi minyak.
Setelah selesai, beliau berkata pada saya, "Saya belum gaji, kalau sudah gaji, saya boleh bagi lebih."
Subhanallah! Mulia sungguh hatimu, 'Abdul Hakim.

Nota:
Saya minta akaun bank untuk saya pulangkan kembali duitnya, namun beliau tiada akaun bank. Beliau kata, "Nanti lalu lagi sini, boleh bagi saya." Saya beritahu yang saya jarang gunakan KESAS. Beliau kata lagi, "Tak apa... saya bagi saja. Kesian tengok sudah lama sini..." Akhirnya, saya ambil no hp beliau. InsyaALLAH, esok akan saya top-up lebih daripada jumlah yang saya pinjam daripada beliau!
 
Anonymous said...

itu kisah jumpa bangla...
andaikata jumpa geng 04...
timbul kisah dlm hospital pulak la yea...?

Anonymous said...

Jgn ingat takde manusia yg baik hati kt mukabumi cuma susah nak jmpa. Kalau kita trjmpa org yg sgp tolong waktu kita tgh susah atau benar2 perlukan pertolongan itu kira bertuah sgtlah tu & jgn ingat kerana nasib.Mgkn kita penah tolong org lain atau berbuat kebajikan, Allah balas sedemikian rupa.Lainlah kalau sikap kita sebaliknya mgkn kejadian begini takkan berlaku pada kita malah bala pulak yg timpa kita.Sendiri mau ingatlah.

Abu Luqman said...

Buat baik berpada pada buat Jahat jangan Sekali..

mohd azrul said...

pemimpin negara tidak prihatin rakyat dgn menaikan minyak

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment