Thursday, September 12, 2013

RG2011... Fw: Surah Al-Kahfi

 



Surah Al-Kahfi

malaysiaberih.blogspot.
ringgoredz.blogspot
 

Surah Al-Kahfi diturunkan di Makkah ataupun Surah Makkiyyah terdiri daripada 110 Ayat yang mana 71 adalah berkaitan kisah dan 39 adalah komentar kisah , Gambaran Kehidupan dan Hari Kiamat .


Dalam Surah ini terdapat 4 kisah iaitu : 
  • Kisah Ashaab Al-Kahf , 
  • Kisah Pemilik Kebun dan Sahabatnya Yang Mukmin , 
  • Kisah Musa dan Hambanya Yang soleh [ Khaidir ] 
  • Kisah Dzurkarnain .

Surah ini juga berlatar belakangkan :
  • kemuncak krisis antara Muslim dan Musyrikin Quraisy Makkah . 
  • Riwayat yang dikeluarkan oleh Ibn Ishaq , Ibn Jarir , Ibn Al-Mundhir , Abu Nuaim , Al-Baihaqi daripada Ibn Abbas R.A. . 
  • Kisah Kaum Quraisy menghantar An-Nadhr Bin Al-Haarith dan 'Uqbah Bin Abi Mu'aith kepada pendeta-pendeta Yahudi di Madinah . 
      Pertanyaan tentang 3 perkara iaitu : 
  • Sekumpulan anak muda yang hilang secara ghaib , 
  • Seorang lelaki yang mengelilingi dunia antara timur dan barat  dan 
  • Berkenaan Roh .

Nabi saw bersabda : " Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal ". [ Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim #809 , An-Nasaie ]

Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam harinya [ Jumaat ] sebagaimana pendapat Imam Syafi'i  [ Lihat Al-Adzkar oleh Imam Nawawi ]

Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal , atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.

Dalilnya adalah hadits dari Abu Darda radliallahu `anhu dari Nabi berkata : " Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal. " [ HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi ]

Pada lafadz Tirmidzi : " Barangsiapa menghafal tiga ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal ." Dia berkata: " Hadits hasan."

Pada hadits yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda radliallahu `anhu bahwa Nabi SAW berkata ; " Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal. " Hadits tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah radliallahu `anhu.

Dan pada lafadz Nasai menyatakan : " Barangsiapa membaca sepuluh ayat [ mana saja ] dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal."

Hadis daripada Anas bin Malik pula Baginda bersabda : " Keluar Dajjal daripada Yahudi Asfahan bersamanya 70,000 orang yahudi, ".

Pada hadits yang marfu' dari Ali bin Abi Thalib :  " Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum'at maka ia akan dijaga dari setiap fitnah sampai delapan hari walaupun Dajjal keluar ia akan tetap terjaga dari fitnahnya. "

Firman Allah dalam surah Al-Kahfi (ayat 1-10) bermaksud :

1 . Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya [ Muhammad ], Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok  [ terpesong ]

2.  [ Bahkan keadaannya ] tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran [ kepada orang-orang yang ingkar] dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.

3.  Mereka tinggal tetap dalam [ balasan yang baik ] itu selama-lamanya.

4.  Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".

5.  [ Sebenarnya] mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.

6.  Maka jangan-jangan pula engkau [ wahai Muhammad], membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.

7.  Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.

8.  Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu [ punah-ranah ] sebagai tanah yang tandus.

9.  Adakah engkau menyangka [ wahai Muhammad ], bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?

10. [ Ingatkanlah peristiwa ] ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".

Sumber maya :
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment