Tuesday, September 10, 2013

RG2011... Fwd: IniKalilah™

 



GEMPAR!!! Gambar Mayat Disangka Tilam Buruk [SAKSIKAN...]

Posted: 10 Sep 2013 07:38 AM PDT

GEMPAR!!! Gambar Mayat Disangka Tilam Buruk [SAKSIKAN...]

TANJONG KARANG ?????? ??????Mulanya saya sangka objek terapung yang dilihat itu tilam buruk namun sangkaan meleset apabila mendapati ia mayat seorang lelaki,??????kata pemancing, Samsudin Mat,59 yang menemui mayat terbabit berhampiran jeti Lorong Budiman Sungai Tengi, petang tadi.

Samsudin berkata, dia yang menaiki sampan berseorangan untuk mencari udang kira-kira jam 2 petang sebelum itu terhidu bau busuk seperti bangkai.

Sebaik menoleh pandangan ke sebelah kiri sungai, katanya, dia ternampak satu objek menyerupai tilam yang berikat.

Curiga dengan penemuan itu, Samsudin berkata, dia mendekati objek berkenaan dan mendapati ia mayat seorang lelaki dalam keadaan kaki serta tangan diikat menggunakan benang nylon.

??????Di sebelah mayat ada seekor biawak sedang makan cebisan daging mangsa, seluar yang dipakai terlondeh sedikit sehingga menampakkan bahagian punggungnya.

??????Disebabkan terkejut saya terus menghubungi rakan memaklumkan penemuan terbabit dan tidak berani mendekatinya,??????katanya.

Menurutnya, penemuan itu kemudian dimaklumkan kepada pihak polis dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Blok AGH, Arbani Katimin.

Arbani berkata, dia yang dimaklumkan berhubung kes itu bergegas ke jeti sungai.

Mangsa dipercayai berusia lingkungan 40-an itu ditemui memakai seluar jeans berwarna biru dan kemeja T warna hijau.

??????Tangannya berikat di bahagian belakang manakala kakinya diikat dengan batu. Mayat sudah beberapa hari dipercayai mati itu sudah mulai kembung berkemungkinan kerana berada terlalu lama di dalam air,??????katanya.

Sinar Harian difahamkan, terdapat kesan dipercayai jerutan di bahagian leher mangsa.

Tiada dokumen pengenalan diri ditemui namun sejumlah duit mata wang asing dikatakan berada dalam poket seluar mangsa.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang yang dihubungi turut ke lokasi kejadian menaikkan mayat mangsa ke tebing.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
- SH.

TERBONGKAR!!! Balak Haram Sarawak Dihantar Ke Jepun [SAKSIKAN...]

Posted: 10 Sep 2013 04:15 AM PDT

Syarikat Jepun membeli balak haram dari hutan hujan yang diancam bahaya di Sarawak dan mendapat kelulusan "sah" dibawah skim yang disokong kerajaan.

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa, Global Witness (GW) dalam laporan terkini tersebut mendedahkan dua syarikat Jepun Sojitz Corporation dan Itochu Corporation telah membeli balak daripada dua syarikat terbesar di Sarawak iaitu Samling Global dan Shin Yang Group, yang didakwana terlibat dalam "pembalakan haram sistematik dan merosakkan".

"Siasatan terbaru oleh Global Witness dan lain-lain pihak telah menemui gambaran mendalam terhadap krisis di Sarawak.

"Rasuah dalam peruntukan tanah dan lesen perhutanan sistematik yang melibatkan peringkat tertinggi kerajaan. Penguatkuasaan yang lemah dan tidak bertanggungjawab oleh syarikat-syarikat pembalakan menyebabkan pembalakan haram dan tidak mapan berlaku secara meluas, "kata pemerhati persekitaran global tersebut dalam laporan 24 muka surat.

Samling dan Shin Yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Menteri Sarawak???? Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Awal Mac lalu, Taib juga mendapat perhatian antarabangsa selepas GW mendedahkan dalam sebuah dokumentari penglibatannya dalam perjanjian tanah dan pembalakan bernilai jutaan ringgit.

Taib kemudiaan membalasnya dengan mencabar Global Witness untuk berdebat dengannya dalam isu rundingan tanah haram di Sarawak, dan menuduh kumpulan aktivis alam sekitar antarabangsa itu mempunyai agenda tersembunyi dengan melawat negeri terbesar Malaysia itu menggunakan ??????cara licik??????.

Beliau juga menegaskan Sarawak telah mengurangkan pembalakan tahunan untuk memastikan???? kemapanan pengeluaran balak di kawasan hutan simpan kekal, sebagai sebahagian daripada komitmen kepada Pertubuhan Kayu Tropika Antarabangsa (ITTO) yang mencadangkan supaya perdagangan balak mestilah daripada hutan yang diuruskan secara mampan.

Global Witness berkata meskipun memiliki bukti, Sojitz dan Itochu masih meneruskan pengambilan daripada rakannya di Malaysia dan tidak mendapatkan pengesahan sewajarnya sama ada balak yang diperoleh daripada kedua syarikat itu dikeluarkan secara sah ataupun tidak dan sama ada bebas daripada pencabulan hak asasi manusia.

Organisasi bukan kerajaan menyatakan kebanyakan balak yang datang dari Sarawak, termasuk yang diperoleh daripada pembalakan di mana konsesi pembalakan haram sistematik telah didokumenkan, berkemungkinan disijilkan sebagai "sah" dalam sistem pengesahan di bawah Goho-wood seperti yang digunapakai oleh kerajaan Jepun dan industri.

Di bawah Goho-wood, Jepun menerima jaminan daripada kerajaan Sarawak sebagai bukti sah yang mencukupi.

"Faktanya begitu banyak kayu dari Sarawak menerima cop kelulusan daripada Goho-wood walaupun wujud bukti pembalakan haram sistematik oleh syarikat-syarikat pembalakan menimbulkan kebimbangan yang sangat serius," kata ketua polisi perhutanan antarabangsa Global Witness, Rick Jacobsen .

Beliau berkata memandangkan Sarawak adalah sumber terbesar kayu tropika untuk Jepun, ia mungkin menjelaskan sikap kerajaan Jepun dan industri yang melihatnya dengan sebelah mata terhadap pembalakan haram dan tidak mapan yang berleluasan di Sarawak.

Dalam maklum balasnya, kedua-dua syarikat Jepun tersebut telah meminta jaminan tambahan daripada kerajaan negeri Sarawak dan industri sejurus dakwaan wujudnya pembalakan haram.

Sojitz Corporation menafikan syarikat Samling dan Shin Yang terlibat dalam pembalakan haram.

Itochu Corporation berkata berdasarkan tinjauan pembekal tahunan, mereka tidak menemui sebarang bukti ke atas pembalakan tidak mapan atau salahguna hak asasi manusia ke atas Samling dan Shin Yang, disamping menegaskan kedua-dua syarikat tersebut pada 2012 telah memenuhi piawaian Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Jepun merupakan pengimport terbesar dari Sarawak sejak 20 tahun lalu, menyumbang separuh daripada keseluruhan eksport papan lapis tropika.

Perdagangan balak antara Jepun dan Sarawak dikuasai beberapa syarikat-syarikat perdagangan terbesar di Jepun, ramai daripada mereka adalah rakan perdagangan jangka panjang dengan syarikat pembalakan terbesar di Sarawak.

Namun, pembalakan haram yang berleluasan memberikan kesan kepada hutan hujan di Sarawak dan mengancam hak kehidupan masyarakat pribumi yang manatanah nenek moyang mereka sering diabaikan oleh kerajaan.

Kadar penebangan hutan di Sarawak adalah antara yang tertinggi di dunia, dan hanya 5% daripada hutan asal di Sarawak tidak terjejas oleh pembalakan atau lesen untuk perladangan, kata Global Witness. - 10 September, 2013. - TMI

BONGKAR!!! Kongsi Gelap Selindung Di Sebalik Majlis Rasmi [BACALAH...]

Posted: 10 Sep 2013 02:30 AM PDT

BONGKAR!!! Kongsi Gelap Selindung Di Sebalik Majlis Rasmi [BACALAH...]

KUALA LUMPUR - Polis mengesan ada kumpulan kongsi gelap berselindung di sebalik majlis rasmi masyarakat dengan menaja majlis terbabit bagi mengaburi mata masyarakat mengenai kegiatan haram mereka.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata polis menyedari trend ini dan mereka (kongsi gelap) menyasarkan majlis masyarakat, terutama yang dihadiri orang kenamaan.

"Mereka akan menaja majlis tersebut untuk menunjukkan penglibatan mereka dengan masyarakat. Tujuan mereka tidak lain ialah untuk menunjukkan mereka pun ada membuat kebaikan. Mereka akan mengambil gambar bersama orang kenamaan dan masyarakat sebagai bukti menunjukkan mereka menjalankan kegiatan yang sah," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata trend seperti itu adalah untuk menyusup masuk ke dalam sesuatu komuniti bagi mengalih perhatian orang ramai berhubung aktiviti mereka yang sebenar.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan ada pemimpin kanan parti politik telah menghadiri sebuah majlis yang dianjurkan "Kelab Sukan dan Rekreasi Kajang" yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap geng '36'.

Ekoran itu satu laporan polis dibuat berikutan penyebaran sepucuk surat di Internet yang mendakwa tiga pemimpin sebuah parti politik itu turut hadir dalam majlis yang dihadiri 6,000 peserta di Seri Kembangan pada 3 Disember lepas.

Abdul Jalil berkata anggota kongsi gelap terbabit akan menjadi wakil dalam sesebuah komuniti dan menaja majlis-majlis anjuran masyarakat termasuk memanggil golongan kenamaan untuk menghadiri majlis yang diadakan.

"Kadang-kadang ada anggota masyarakat tidak sedar, mungkin mereka gembira ada tajaan di sebalik penganjuran majlis itu, (tetapi) sebenarnya di belakang mereka adalah kumpulan kongsi gelap. Mereka perlu berhati-hati," katanya.

Abdul Jalil turut menjelaskan pihaknya sentiasa memantau perkara itu dan turut menasihati jawatakuasa penduduk agar lebih berhati-hati untuk menganjur serta menerima sebarang penajaan daripada individu yang diragui latar belakang mereka.

Beliau berkata pihaknya turut meminta golongan kenamaan dan orang ramai agar menyemak latar belakang sesuatu majlis yang dianjurkan sesuatu komuniti bagi mengelak kumpulan kongsi gelap terbabit daripada 'menangguk di air yang keruh'. - Bernama

[GAMBAR] Kemalangan Ngeri Warga Emas Maut Di Kemunting [SAKSIKAN...]

Posted: 09 Sep 2013 10:16 PM PDT

[GAMBAR] Kemalangan Ngeri Warga Emas Maut Di Kemunting [SAKSIKAN...]

KAMUNTING - Seorang warga emas maut dalam keadaan mengerikan akibat tangan kanan mangsa putus selepas terlibat dalam kemalangan di sini, semalam.

Siew Yoke Kow, 77, di sahkan meninggal dunia di tempat kejadian kemalangan jalan raya itu di Jalan Kamunting - Taiping berhadapan dengan sebuah bank di sini, kira-kira jam 8.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, dalam kejadian terbabit difahamkan sebuah kereta jenis Proton Perdana yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 29 tahun telah melanggar mangsa yang berjalan kaki dan ingin melintas jalan.

Beliau berkata, kereta yang dipandu lelaki terbabit datang dari arah Kamunting dan menghala ke Taiping.

??????Kereta berkenaan kemudiannya terbabas lalu melanggar pula sebuah motosikal yang berada di lorong kiri ketika itu,?????? katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Yusuf berkata, akibat kemalangan terbabit, mangsa yang sedang berjalan kaki meninggal dunia di tempat kejadian.

??????Selain itu, penunggang motosikal, Wan Rosley???? Ahmad, 51, mengalami cedera ringan manakala isterinya, Zainab Zakaria, 47, mengalami cedera di tangan dan badan. Kedua-dua mereka dirawat di Hospital Taiping sebagai pesakit luar.

??????Sementara itu, mangsa yang maut turut di hantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat,?????? katanya.

Sementara itu, seorang saksi yang enggan dikenali berkata, mangsa yang maut mengalami cedera parah dan tangannya turut putus.

??????Difahamkan tangan kanan mangsa yang telah putus dan jatuh di atas jalan raya akibat daripada kemalangan terbabit,?????? katanya. - SH.

GEMPAR!!! 4 Blogger Dipenjara Hina Islam [BACALAH...]

Posted: 09 Sep 2013 05:57 PM PDT

GEMPAR!!! 4 Blogger Dipenjara Hina Islam [BACALAH...]

BANGLADESH - Hakim Mahkamah Tinggi, Zahirul Haque menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap empat penulis blog atas kesalahan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW di Dhaka, Bangladesh.

Pendakwa raya kanan, Shah Alam Lukdar berkata, kesemua penulis blog yang melakukan kesalahan itu pada awal tahun ini, didakwa mengikut undang-undang Teknologi Maklumat dan Komunikasi Media.


"Merujuk kertas penghakiman, kesemua mereka mempunyai niat jahat dengan menyebarkan fitnah terhadap semua agama," katanya dipetik dari laporan AFP.


Sejak kebelakangan ini, pengikut atheist dan fundamentalis kerap berdebat dalam media sosial di negara itu mengenai isu keagamaan dan ia menjadi serius apabila beberapa penulis blog anti-Islam dibunuh Februari lalu. - SH.

BONGKAR!!! Maklumkan Bila GST Bermula [SAKSIKAN...]

Posted: 09 Sep 2013 05:29 PM PDT

BONGKAR!!! Maklumkan Bila GST Bermula [SAKSIKAN...]

KERAJAAN patut memaklumkan dalam Bajet 2014 bila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan supaya ketidaktentuan dalam pasaran dapat ditamatkan, menurut pakar cukai Lam Kwai Soon.

Kwai Soon berkata, kerajaan perlu menetapkan garis masa kerana terlalu banyak persoalan dan spekulasi yang timbul berhubung pelaksanaan GST termasuk kadar cukai itu.

"Orang ramai juga tertanya-tanya sama ada kadar cukai pendapatan akan diturunkan selepas pelaksanaan GST dan jika ya, apakah kadar baru cukai pendapatan? Semua ini mencetuskan keadaan tidak tentu dalam pasaran," katanya.

Beliau berkata, dengan garis masa yang jelas, pemilik perniagaan boleh bersedia lebih awal dan GST akan menjadi sistem yang baik untuk pembangunan jangka panjang.

Menurutnya, kerajaan juga tidak seharusnya hanya memfokus kepada memperluas asas pendapatan negara dengan melaksanakan GST tetapi juga perlu melihat kepada kawalan kos.

"Kecekapan organisasi kerajaan juga perlu diperbaiki, dengan cara itu sahaja saya rasa defisit boleh dikurangkan," katanya.

Selain itu, Kwai Soon berkata, banyak perusahaan kecil dan sederhana juga berharap akan ada penurunan dalam cukai pendapatan korporat menerusi Bajet 2014.

"Kerajaan juga perlu gunakan pendekatan yang lebih longgar berhubung pemotongan cukai dan elaun modal untuk beberapa aspek seperti ubahsuai pejabat atau yuran profesional bagi mendapatkan pembiayaan," katanya.

Beliau juga berkata, selain memberi perhatian kepada mencapai status negara berpendapatan tinggi, kerajaan perlu memberi perhatian kepada pengagihan kekayaan dalam negara.

Menurutnya, statistik menunjukkan kebanyakan rakyat Malaysia mendapat kesan negatif daripada tekanan inflasi yang tinggi.

"Lebih bermakna jika kita boleh mencapai status negara berpendapatan tinggi dan dalam masa sama memastikan ramai orang dapat menikmati pengagihan kekayaan yang lebih sama rata," katanya. - SH.

Lelaki Maut Tersepit Bawah Lori [SAKSIKAN...]

Posted: 09 Sep 2013 05:04 PM PDT

Lelaki Maut Tersepit Bawah Lori [SAKSIKAN...]

Kuantan: Seorang lelaki maut selepas tersepit di bawah lori yang terbalik di Jalan Ringlet-Sungai Koyan, dekat Cameron Highlands, dekat sini, tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.45 tengah hari itu, mangsa dikenali sebagai Sunardi, 31, dari Indonesia maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, mangsa yang memandu kenderaan berat itu dalam perjalanan menghala ke Ringlet dari Sungai Koyan menghantar muatan simen.

Menurutnya, setiba di tempat kejadian lori dipandunya dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar tebing bukit di kiri jalan sebelum kenderaan berat itu terbalik ke kanan.
- Metro.


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (38)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment