Monday, September 9, 2013

RG2011... Fwd: Sajian Hari Ini

 


ResipiMasakanKini?????? | Koleksi Resipi Masakan Myresipi Online

Sajian Hari Ini



Resipi Talam Keladi

Posted: 08 Sep 2013 02:16 AM PDT

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Talam Keladi. Resipi Talam Keladi ni adalah antara hidangan yang sedap sebagai menu minum petang. Cubalah Resipi Masakan ini..????

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 30 minit???????? ????
50 Minit Masa Keseluruhan | Jumlah Hidangan: 6-8 orang

????
Bahan-bahan: ????
Untuk lapis bawah:????
300 ml santan dari 150 gm kelapa parut
Garam secukup rasa
65 gm tepung beras
1 tsp tepung gandum biasa
100 gm keladi, potong dadu & kukus separuh masak & lenyekkan sedikit
55 gm gula pasir


Untuk lapisan atas:
100 ml santan dari 100 gm kelapa parut
Garam secukup rasa
80 gm gula pasir
2 tbsp tepung beras
20 gm tepung jagung
1 biji telor, dipukul sedikit
Sedikit pewarna unggu????


Cara menyediakan:
1. Campurkan semua adunan untuk lapisan bawah.
2. Panaskan kukusan pada api sederhana hingga air mendidih lalu letak loyang berukuran 8" bulat ber-griskan sedikit minyak.
3. Tuang adunan untuk lapisan bawah pada loyang tadi & kukus selama 10-15 minit.

Lapisan atas:????
1. Di mangkuk lain, campurkan santan, garam & gula hingga sebati.
2. Masukkan tepung beras & bahan-bahan lainnya. Gaul hingga sebati & tidak berbentil2; tapiskan.
3. Tuang adunan ini keatas lapisan bawah.
4. Tutup semula kukusan tadi & kukus lagi selama 10-15 min atau hingga masak.
5. Alihkan untuk disejukkan & potong.
6. Gunakan pisau plastik & sapu sedikit minyak untuk memotong supaya tidak melekat.

Resipi Coconut Shake

Posted: 08 Sep 2013 12:40 AM PDT

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Coconut Shake. Resipi Coconut Shake ni adalah antara minuman yang menyegarkan selepas makan tengahari. Cubalah Resipi ini..????
????

Penyediaan: 15 Minit | Jumlah Hidangan: 1-2 Orang


Bahan-bahannya:
1 gelas air kelapa muda
3 sudu isi kelapa muda

1 scoop ais krim vanila
sedikit air batu

Cara menyediakan:

1. Masukkan semua bahan tadi kedalam pengisar, kisarkan semua bahan hingga bahan kelihatan berbuih. kisar hingga hancur.????
2. Tuang ke dalam gelas. Untuk hiasan, boleh letak satu scoop aiskrim atau serbuk kopi/koko di atas minuman yang siap terhidang.


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (15)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment