Friday, September 6, 2013

RG2011... OPS CANTAS - Berita jenayah mnggu ke36

 

4,809 DITAHAN DALAM OP CANTAS KHAS SEHINGGA PAGI INI

KUALA LUMPUR, Polis menahan 4,806 orang daripada 122,255 orang yang diperiksa sehingga 6 pagi tadi sejak Op Cantas Khas dijalankan Ogos lepas di seluruh negara bagi membanteras kongsi gelap dan individu yang terbabit dengan jenayah berat.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata dalam operasi itu, sebanyak 221 senjata turut dirampas termasuk senjata api dan senapang angin buatan sendiri.

"Tangkapan dilakukan atas pelbagai kesalahan antaranya memiliki senjata api dan orang yang dikehendaki bersabit kesalahan jenayah termasuk yang dipercayai menganggotai kumpulan kongsi gelap.

"Kita turut merampas sebanyak 10 pucuk senjata api, senapang angin buatan sendiri (10 laras), pistol tiruan (3), senapang buatan (10), slug peluru (11), kelopak peluru (1), pedang (21), pisau (68), parang (45), kapak (6), batang besi (12), buku lima (9), kayu panjang (4), kerambit (7), spanar hidup (3) dan golok bersarung (1)," katanya ketika dihubungi Bernama.

Abdul Jalil berkata daripada 75,575 kenderaan yang diperiksa pula, sebanyak 222 daripadanya dikenal pasti sebagai kenderaan curi iaitu kereta sebanyak 115, motosikal (83) dan lain-lain (24).

Sementara itu sumber Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan 'kepala' tiga kumpulan kongsi gelap iaitu 04, 08 dan 36 masih aktif di kawasan masing-masing.

Kumpulan 04 yang turut dikenali sebagai Tiram Sasi di Johor, Sungai Way Sugu (K.L), Green Line Samy (Pulau Pinang), Prai Bala (Pulau Pinang) dan Langkap Sasi (Perak dipercayai terlibat dalam kes tembak di Kampar Perak melibatkan anak dan bapa), Selvam (Batu Gajah) yang dipercayai mempunyai kelab 04 di Taman Perdana Batu Gajah, Ragu (Ayer Tawar), Sudha (Sitiawan).

Kumpulan 08 juga dikenali sebagai Indren di Pulau Pinang, Jiva (Pulau Pinang), Dark (KL), Siva Guru (Kuala Lumpur), Muthu (Ipoh), Skey (Johor), Shoby (Kuala Lumpur) dan Gobi (Kuala Lumpur).

Kumpulan 36 dikenali sebagai Cendol Kanna (Kuala Lumpur), Ratenan (Kuala Lumpur), Devan (`kepala' 36 Kuala Lumpur yang juga jutawan dan pembekal dadah), Kajang Balan (Kajang dan orang kanan bagi Devan), Seremban Denial (Seremban), Pelai (Taiping yang terlibat dalam kes tembak di Relau melibatkan seorang lelaki yang pernah ditahan di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas dari Taiping berpunca daripada masalah dadah dan sama kumpulan dengan bekas tentera ditembak sebelum ini), M.G Buntong (Perak), Satia (Perak), Kajang Kalai (Kajang
dipercayai orang rapat dengan Devan), Santhanem (Kuala Lumpur), Ulu Tiram Api (Johor Baharu), Rama (Johor Baharu), Sadam (Butterworth), Satish (Butterworth), Arvin (Kulim), Avi @ Avinash (Kulim dan Kuala Lumpur) dan Alavanthan (Kulim). -BERNAMA

TIGA REMAJA DITAHAN TERMASUK SEORANG GENG KONGSI GELAP 

Nibonh Tebal, Polis menahan tiga remaja lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang pengusaha restoran cedera parah selepas ditembak ketika memberhentikan keretanya di kawasan perniagaan Taman Merak di sini. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata tiga remaja belasan tahun itu ditahan di rumah masing-masing di sekitar Bukit Mertajam semalam dan awal pagi ini. 

"Berdasarkan siasatan, polis berjaya mengesan seorang daripada tiga remaja berkenaan dan menyerbu rumahnya malam tadi. 

"Susulan penahanan itu, polis menahan dua lagi remaja di rumah masing-masing di Bukit Mertajam awal pagi ini. Kesemua suspek direman tujuh hari bagi membantu siaSatan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

Mazlan berkata seorang daripada remaja yang ditahan itu merupakan anggota geng kongsi gelap dan usaha mengesan beberapa individu yang terlibat dalam kejadian itu masih dijalankan. 

Dalam kejadian pukul 3.13 petang itu, mangsa, 43, baru memberhentikan keretanya di situ apabila didatangi dua lelaki menaiki motosikal jenis Honda dan seorang daripadanya melepaskan empat das tembakan ke arahnya. 


MAKMAL PROSES DADAH DIBONGKAR DI GEORGE TOWN

Georgetown, Sebuah makmal mini memproses dadah berjaya dibongkar dan tiga orang ditahan termasuk seorang wanita dalam Op Cantas di sebuah flat di Jalan Kurau, Jelutong di sini awal hari ini. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata dalam operasi selama enam jam yang berakhir pukul 3 pagi itu, anggotanya turut menemui sepucuk pistol serta kelopak berisi lima butir peluru hidup berukuran 9mm dan lapan butir peluru yang disimpan secara berasingan. 

"Polis turut menjumpai beberapa bungkusan dadah jenis syabu, serbuk ectasy, pil Eramin 5 serta peralatan memproses dadah bernilai ribuan ringgit," katanya. 

Beliau berkata kesemua suspek berusia 20-an hingga 30-an itu ditahan reman selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyn 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960 atas kesalahan mempunyai pistol dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 kerana memiliki peluru.

ORANG DIKEHENDAKI:
 Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu ini diminta menghubungi nombor telefon yang tertera untuk membantu siasatan polis.

Nama : Panner Selvam a/l Heng Jee Kee
Kpt: 710514-07-5111
Alamat: No.21 Lorong Sri Serdang 1/6 Taman Seri Serdang 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang
Seksyen : 420 KK (Tipu)
Pegawai Penyiasat : INSP Husni Azumi 
Telefon No. : 05-5982222 – Ibu Pejabat Polis Daerah Sg Siput
ORANG DIKEHENDAKI

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu ini diminta menghubungi no telefon yang tertera untuk membantu siasatan polis.

Nama : Panner Selvam a/l Heng Jee Kee
Kpt: 710514-07-5111
Alamat: No.21 Lorong Sri Serdang 1/6 Taman Seri Serdang 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang



Bersabit : Semanggol Rpt: 1087/2013
Seksyen : 420 KK (Tipu)
Pegawai Penyiasat : INSP Husni Azumi 
Telefon No. : 05-5982222 – Ibu Pejabat
Polis Daerah Sg Siput
Gambar: ORANG DIKEHENDAKI    Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu ini diminta menghubungi no telefon yang tertera untuk membantu siasatan polis.    Nama : Panner Selvam a/l Heng Jee Kee  Kpt: 710514-07-5111  Alamat: No.21 Lorong Sri Serdang 1/6 Taman Seri Serdang 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang        Bersabit : Semanggol Rpt: 1087/2013  Seksyen : 420 KK (Tipu)  Pegawai Penyiasat : INSP Husni Azumi    Telefon No. : 05-5982222 – Ibu Pejabat  Polis Daerah Sg Siput























KUMPULAN CURI MOTOSIKAL TUMPAS 

Ledang - Satu kumpulan mencuri motosikal didalangi pelajar sekolah dan penuntut kolej kemahiran yang aktif di sekitar daerah ini dan Melaka sejak setahun lalu tumpas.

Ia berikutan lapan remaja, tiga daripadanya masih bersekolah dan dua penuntut kolej kemahiran ditahan baru-baru ini. 

Ketua Polis Daerah Ledang Superintendan Harun Idris berkata, kumpulan berkenaan terlibat dalam pelbagai kes curi serta menjual komponen motosikal sebelum ini bermaharajalela melakukan kegiatan itu di Ledang, Muar, Jasin dan Melaka Tengah, Melaka. 

Tambahnya, penahanan lapan suspek itu dipercayai dapat menyelesaikan sebanyak 11 kes kecurian di empat daerah terbabit. 

Jelasnya, kesemua kes berkenaan membabitkan kerugian hampir RM50,000 dan kesemua suspek tersebut direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379 A (1).


Gambar: KUMPULAN CURI MOTOSIKAL TUMPAS     Ledang  - Satu kumpulan mencuri motosikal didalangi pelajar sekolah dan penuntut kolej kemahiran yang aktif di sekitar daerah ini dan Melaka sejak setahun lalu tumpas.    Ia berikutan lapan remaja, tiga daripadanya masih bersekolah dan dua penuntut kolej kemahiran ditahan baru-baru ini.     Ketua Polis Daerah Ledang Superintendan Harun Idris berkata, kumpulan berkenaan terlibat dalam pelbagai kes curi serta menjual komponen motosikal sebelum ini bermaharajalela melakukan kegiatan itu di Ledang, Muar, Jasin dan Melaka Tengah, Melaka.     Tambahnya, penahanan lapan suspek itu dipercayai dapat menyelesaikan sebanyak 11 kes kecurian di empat daerah terbabit.     Jelasnya, kesemua kes berkenaan membabitkan kerugian hampir RM50,000 dan kesemua suspek tersebut direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379 A (1).    Sumber:  Kosmo






















POLIS BURU WARGA ASING KES SAMUN DAN ROGOL PEKERJA KAFE SIBER DI KUALA T'GANU 

Kuala Terengganu, Polis Terengganu sedang giat mengesan seorang lelaki dipercayai warga asing kerana merogol serta menyamun seorang pekerja sebuah kafe siber di Padang Hiliran, di sini. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata kejadian 12 tengah hari 27 Ogos lalu, lelaki 40 tahun itu telah datang ke kedai berkenaan dan berpura-pura untuk menggunakan komputer. 

Katanya semasa kejadian mangsa yang berusia 24 tahun itu berseorangan dan baru sahaja membuka premis perniagaan. 

"Lelaki berkenaan berpura-pura untuk menggunakan komputer dan mangsa membantu untuk membuka komputer berkenaan. Bagaimanapun suspek menghampiri mangsa dan bertindak agresif dengan mengacukan pisau. 

"Suspek bertindak mengikat tangan, kaki serta mulut mangsa ditutup menggunakan pita pelekat sebelum merogol dan melarikan barang-barang berharga kepunyaan mangsa dan modal jualan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya mangsa yang tidak sampai sebulan bekerja di premis berkenaan telah mengenali suspek kerana sebelum ini suspek telah dua kali berkunjung ke kedai itu untuk membeli kad telefon prabayar. 

Mangsa turut mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan akibat diikat dengan tali. Akibat kejadian itu, mangsa kerugian kira-kira RM4,000 setelah barang kemas, wang ringgit serta telefon bimbit mangsa dilarikan penjenayah terbabit. 

"Kita sedang giat memburu lelaki yang mempuyai tatu berbentuk lipan di betis kiri dan tatu tulisan asing di lengan kiri dan kita percaya suspek bukan warga tempatan," katanya. 

Justeru itu beliau meminta orang ramai yang mengenali dan mengetahui kejadian itu supaya tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.


ENAM ANGGOTA GENG PUPUT DITAHAN BERSABIT KES PECAH RUMAH 

Shah Alam,  Polis memberkas enam lelaki anggota geng 'Puput' yang dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah di beberapa lokasi di Shah Alam, sepanjang tahun ini. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata kesemua suspek berumur lingkungan 22 dan 29 tahun itu diberkas di rumah sewa masing-masing di dua lokasi iaitu di Kampung Baru Subang dan Denai Alam, di sini. 

"Kesemua suspek ini ditahan dalam tiga serbuan berasingan. Dalam serbuan pertama pada 30 Ogos lepas, tiga suspek diberkas pada pukul 12 malam di Kampung Baru Subang dan hasil soal-siasat ke atas mereka membawa kepada penahanan seorang lagi suspek tiga jam kemudian di kawasan yang sama. 

"Manakala dua lagi suspek ditahan di Denai Alam pada Sabtu lepas kira-kira pukul 4.30 pagi dan hasil penahanan itu polis turut menemui semula barangan dipercayai hasil kegiatan jenayah mereka berjumlah hampir RM50,000," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Beliau berkata antara barangan yang dirampas ialah beberapa utas jam tangan pelbagai jenama, telefon bimbit, televisyen LCD dan pelbagai eksesori wanita.

Katanya, kumpulan penjenayah itu akan memasuki rumah mangsa dengan mengumpil pintu hadapan, dan mereka tidak meletakkan sasaran jenis rumah atau waktu untuk mereka melakukan jenayah ini, janji ada peluang mereka akan lakukan (jenayah). 

"Kumpulan ini digelar geng Puput kerana bos mereka (ketua kumpulan) iaitu seorang lelaki berusia 30-an dipanggil Puput. Buat masa ini kita masih berusaha untuk mengesan suspek yang dipercayai masih berada di sekitar negeri ini," tambahnya. 

Ujian air kencing ke atas kesemua suspek terbabit mendapati mereka positif dadah. 

Zahedi berkata dengan tertangkapnya keenam-enam suspek itu polis berjaya menyelesaikan 10 kes berkaitan jenayah pecah rumah dan kesemua mereka kini direman bermula dari tarikh tangkapan sehingga Isnin ini untuk siasatan. 

Sementara itu dalam kes berasingan, polis menahan empat lelaki kerana terlibat dalam kes pergaduhan dan kongsi gelap di daerah ini. 

Zahedi berkata keempat-empat suspek itu sebelum ini pernah ditahan kerana terlibat dalam satu kes pergaduhan di Seksyen 25 di sini pada 2010, namun telah dibebaskan oleh mahkamah kerana tiada bukti yang boleh mensabitkan mereka. 

"Berikutan daripada 'Ops Cantas' yang dilancarkan baru-baru ini kita mengambil langkah proaktif dengan mengesan semula kumpulan-kumpulan gangster ini dan mereka kini ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Pencegahan Jenayah 1957. 

"Selain empat suspek ini, seorang lagi suspek yang sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan mendatangkan kecederaan akan turut ditahan di bawah akta yang sama," katanya. 

Beliau berkata pihaknya percaya dengan tindakan agresif menerusi 'Ops Cantas' dan penahanan suspek-suspek tersebut di bawah Akta Pencegahan Jenayah ia mampu mengurangkan jenayah kekerasan yang berlaku di daerah ini. 


POLIS KENAL PASTI SEBUAH PERTUBUHAN HARAM TIDAK AKTIF WUJUD DI TERENGGANU 

Kuala Terengganu,  Polis Terengganu telah mengenal pasti sebuah pertubuhan haram wujud di negeri ini tetapi tidak aktif apabila kebanyakan anggotanya keluar dari pertubuhan terbabit. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah ACP K.Manoharan berkata bagaimanapun polis masih memantau dan mendekati anggota pertubuhan terbabit bagi memastikan mereka tidak terbabit dengan gejala jenayah di negeri ini. 

"Setakat ini pihak polis tiada maklumat berhubung kumpulan berkenaan terlibat dalam jenayah kongsi gelap mahupun gengster yang berleluasa kini. 

"Kita telah mengenal pasti kumpulan ini dan kita juga dapati kebanyakan ahli kumpulan berkenaan telah menyertai badan amal dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS)," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Manoharan berkata sejak Ops Cantas Khas dilancarkan 17 Ogos lalu, 1,809 individu telah diperiksa dan daripada jumlah itu, lima orang ditahan atas pelbagai salah laku. -- 

Katanya polis juga telah memeriksa 1,407 buah kenderaan namun sehingga kini tiada rampasan melibatkan senjata. 

Menurutnya setakat ini polis tidak mengesan anasir kongsi gelap mahupun samseng di negeri ini namun sentiasa memantau perkara ini agar Terengganu bebas dari gejala seperti itu. 

"Di Terengganu tiada aktiviti seperti kongsi gelap mahupun gengster ini namun kita sentiasa memantau mungkin pertubuhan mahupun individu dari luar datang dan bersembunyi di negeri ini," katanya. 

Justeru itu pihaknya terus melakukan pemeriksaan di rumah-rumah, tempat awam, pusat hiburan dan sekatan jalan raya bagi membendung gejala ini.


OP PENGUATKUASAAN TRAFIK

Sungai Buloh, " Kertas siasatan berhubung nahas membabitkan sebuah bas di Kilometer 3.5 Jalan Genting Highlands pada 21 Ogos lepas, mengakibatkan 37 orang termasuk pemandu maut manakala 16 lagi cedera kini hampir siap 90 peratus. Siasatan pada masa ini hanya memerlukan maklumat daripada agensi-agensi dan pakar terlibat untuk mengenal pasti punca sebenar berlakunya kemalangan tersebut" kata SAC Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan kepada pemberita semasa Ops Penguatkuasaan/ Pelbagai di Kilometer 453.4 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Hentian Sungai Buloh.

Ops Penguatkuasaan/ Pelbagai ini juga dijalankan serentak (Senawang, Sungai Buloh dan Karak) melibatkan 18 orang pegawai dan 100 anggota trafik bermula jam 10.30 malam (5 September 2013) dan berakhir jam 3.00 pagi, 6 September 2013.

Ops Penguatkuasaan/ Pelbagai di Hentian Sungai Buloh melibatkan 10 orang pegawai dan 36 anggota trafik, diketuai oleh Ketua Trafik Pasukan sendiri.

Pelbagai kesalahan trafik dicatatkan (Ops Penguatkuasaan/ Pelbagai - Hentian Sungai Buloh) dan sebanyak 99 saman Pol. 257 telah dikeluarkan melibatkan kesalahan pandu laju(25 bas dan 6 lori), no pendaftaran tidak mengikut aturan (40 saman) dan 28 saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan seperti tiada lesan LKM, membawa muatan merbahaya dan lain-lain kesalahan.
Gambar: Sidang Media bersama SAC Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan
Gambar: Ops Penguatkuasaan/ Pelbagai...Sekatan Jalan Raya (SJR) di  Kilometer 453.4 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Hentian Sungai Buloh
Gambar: SAC Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan turut serta...
Gambar: Memeriksa cukai jalan kenderaan...
Gambar: Ketua Trafik Pasukan bersama DSP Md Dali bin Wahid, DSP Penguatkuasaan Lebuhraya, memeriksa permit kenderaan.
Gambar: Mengeluarkan Saman Pol. 257...
Gambar: Antara kenderaan yang diperiksa...
Gambar: Mengeluarkan Saman Pol. 257, pandu laju
 
































POLIS KEDAH TAHAN TIGA DISYAKI ANGGOTA KUMPULAN 35

Alor Setar,  Polis menahan tiga lelaki dan merampas sepucuk pistol serta enam bilah parang panjang dalam operasi sempena Op Cantas Khas di sebuah rumah di Taman Permai, Sungai Petani awal hari ini.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata hasil maklumat, pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah menyerbu rumah itu pada pukul 2.30 pagi.

Katanya polis menemui sepucuk pistol jenis Browning, empat butir peluru kaliber 9mm, parang panjang, satu unit topeng, beberapa bungkusan dadah jenis heroin seberat 14 gram, peralatan membungkus dadah, satu komputer riba dan tujuh unit telefon bimbit.

"Dalam serbuan tersebut, kita berjaya menahan tiga lelaki berumur lingkungan 20-an hingga 30-an yang mempunyai tatu di bahagian badan dan kita mengesyaki mereka merupakan ahli Kumpulan 35."

"Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada mereka turut terbabit dengan Kumpulan 35 yang sedang bergerak aktif di Sungai Petani dan Kuala Ketil".

Ahmad berkata semasa serbuan, ketiga-tiga suspek yang berasal dari Kuala Ketil, Kedah dan Butterworth, Pulau Pinang itu cuba melarikan diri tetapi dapat ditangkap pihak polis.

"Hasil siasatan awal, kita dapati seorang daripada suspek yang ditahan dikehendaki polis atas tiga rekod jenayah lampau. Kita akan tengok semula rekod bagi mengetahui sama ada kesemua suspek ini terbabit dengan kes jenayah di luar Kedah dan sekiranya ada, kita akan serahkan mereka kepada pihak polis yang menghendaki mereka," katanya.

Katanya semua suspek telah ditahan reman mulai hari ini. 

POLIS KUANTAN RAMPAS KOMPUTER JUDI BERNILAI LEBIH RM3 JUTA

Kuantan,  Polis Kuantan merampas 3,338 unit komputer yang digunakan dalam aktiviti perjudian Internet di pusat kafe siber bernilai lebih RM3 juta sejak Januari lepas sehingga hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff, dalam tempoh itu 1,039 orang ditangkap atas kesalahan berjudi dan turut merampas wang tunai lebih RM68,000 hasil perjudian.

"Bagi tempoh berkenaan 32 premis dipotong bekalan elektrik, 79 premis dibatal lesen, 67 kes telah didakwa di mahkamah dan 29 kes lagi masih dalam perbicaraan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya dalam Ops Dadu yang dijalankan di sini awal hari ini, tujuh pusat kafe siber diserbu dipercayai menjalankan aktiviti perjudian Internet secara haram sejak beberapa bulan lalu.

Beliau berkata polis merampas 161 set komputer bernilai RM161,000 serta wang tunai lebih RM8,000 dan menahan 106 kaki judi termasuk dua wanita berumur lingkungan 20-an hingga 50-an. 

SUSPEK GENG 21 YANG CUBA LARI KE NEGARA JIRAN DITAHAN

Kota Bharu,  Polis Kelantan berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki daripada Geng 21 Pandamaran, Klang yang dipercayai cuba melarikan diri ke negara jiran. 

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata suspek berumur 37 tahun itu ditahan di Pengkalan Che Kasim, Rantau Panjang, Pasir Mas pada pukul 10.15 pagi Rabu lepas.

Beliau berkata lelaki berkenaan sempat mencuri di sebuah kedai menjual telefon bimbit di Tanah Merah sebelum cuba melarikan diri ke Golok.

"Beberapa unit telefon bimbit yang dicuri suspek masih aktif dan pihak polis telah berhubung dengan pihak Celcom untuk mengesan lokasi suspek," katanya.

Beliau berkata suspek ditahan ketika sedang memarkir kereta yang dipandunya.

Jalaluddin berkata hasil pemeriksaan di dalam kereta itu, polis merampas 14 unit telefon bimbit pelbagai jenama, enam tablet pelbagai jenama dan enam utas jam tangan pelbagai jenama.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek pernah terlibat dalam jenayah mencuri motosikal dan pecah rumah.

Suspek kini direman selama empat hari hingga Ahad ini. 

Dalam kes lain, Jalaluddin berkata polis berjaya menahan seorang suspek yang melarikan wang tunai RM667,906 selepas memecahkan tiga mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Chabang Tiga Pengkalan Chepa di sini pada 31 Ogos lalu. 

"Hasil maklumat orang awam, kita menahan seorang lelaki berumur 27 tahun di Kampung Bunut Payong pada Isnin lepas. Suspek direman selama lima hari bermula Selasa,

BERKAS 108 KAKI JUDI DALAM TEMPOH EMPAT JAM 

Kuantan - Dalam tempoh empat jam, polis daerah ini berjaya menahan 108 kaki judi dan merampas 161 unit komputer bernilai RM161,000 dalam tujuh serbuan Ops dadu semalam. Serbuan bermula pukul 1 pagi itu dilakukan ke atas premis kafe siber haram yang menjalankan aktiviti pcrjudian internet sejak beberapa bulan lalu di Jalan Kuantan-Gambang, Jaya Gading, Taman Tas, Jalan Kuantan-Bypass, Jalan Tas 4 dan dua premis di Bandar Baru Chendor. 


Gambar: BERKAS 108 KAKI JUDI DALAM TEMPOH EMPAT JAM     Kuantan - Dalam tempoh empat jam, polis daerah ini berjaya menahan 108 kaki judi dan merampas 161 unit komputer bernilai RM161,000 dalam tujuh serbuan Ops dadu semalam. Serbuan bermula pukul 1 pagi itu dilakukan ke atas premis kafe siber haram yang menjalankan aktiviti pcrjudian internet sejak beberapa bulan lalu di Jalan Kuantan-Gambang, Jaya Gading, Taman Tas, Jalan Kuantan-Bypass, Jalan Tas 4 dan dua premis di Bandar Baru Chendor.     Sumber: KOSMO















GADIS SUNTI PECAH RUMAH DICEKUP

MUAR - Tindakan pantas polis menjalankan siasatan selepas menerima laporan mengenai cubaan memecah masuk rumah dapat membongkar kegiatan jahat yang dilakukan oleh tiga individu termasuk seorang bekas tahanan Ordinan Dararat (EO) dan pelajar perempuan berusia 16 tahun. 

Gambar: GADIS SUNTI PECAH RUMAH DICEKUP    MUAR - Tindakan pantas polis menjalankan siasatan selepas menerima laporan mengenai cubaan memecah masuk rumah dapat membongkar kegiatan jahat yang dilakukan oleh tiga individu termasuk seorang bekas tahanan Ordinan Dararat (EO) dan pelajar perempuan berusia 16 tahun.     Sumber: KOSMO
Kenderaan Forensik baru PDRM
Kenderaan Forensik baru PDRM











Anggota polis melakukan Ops Pencegahan Jenayah
Anggota polis melakukan Ops Pencegahan Jenayah











Sebahagian daripada 20 pegawai dan 100 anggota melakukan pemeriksaan dalam operasi had laju dan pelbagai kesalahan di Lebuhraya Utara Selatan
Sebahagian daripada 20 pegawai dan 100 anggota melakukan pemeriksaan dalam operasi had laju dan pelbagai kesalahan di   Lebuhraya Utara Selatan










Anggota Polis memeriksa kenderaan yang mencurigakan pada sekatan jalan raya dalam Ops Cantas Khas
Anggota Polis memeriksa kenderaan yang mencurigakan pada sekatan jalan raya dalam Ops Cantas Khas













PDRM KERJASAMA DENGAN POLIS THAILAND KEKANG KONGSI GELAP LARI KELUAR

Pasir Mas,  Polis Kelantan sedang bekerjasama dengan polis Thailand bagi mengekang penjenayah dan anggota kongsi gelap tempatan dari melarikan diri ke negara jiran tersebut susulan penguatkuasaan Op Cantas Khas.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata pihaknya telah mengadakan mesyuarat dengan polis Thailand baru-baru ini dan pasukan keselamatan negara jiran itu bersetuju untuk melakukan pertukaran maklumat bagi membantu membendung pelbagai aktiviti jenayah.

"Kawasan sempadan menjadi tumpuan suspek dan anggota kongsi gelap untuk meloloskan diri. Kita berharap dengan kerjasama tersebut dapat menyelesaikan masalah ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mazlan berkata pihaknya turut menjalankan sekatan jalan raya di kawasan sempadan dan membuat pemeriksaan terhadap kenderaan yang keluar masuk.
Pihak Polis memperketatkan kawalan di semua sempadan masuk ke Malaysia
Pihak Polis memperketatkan kawalan di semua sempadan masuk ke Malaysia

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment