Sunday, September 15, 2013

RG2011... Toleransi berlebihan punca hilang sokongan melayu??

 

Harun Taib gesa PAS kaji kerjasama dengan PKR, DAP


ALOR STAR: Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib menegaskan parti itu perlu menilai penggunaan konsep Tahaluf Siyasi untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP di dalam Pakatan Rakyat, selepas sokongan pengundi Melayu untuk PAS merosot pada Pilihan Raya (PRU) ke-13 Mei lalu. 

 "Saya mengharapkan agar PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali Tahaluf Siyasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS. 

 "Manakala di pihak Majlis Syura Ulama pula, hendaklah meneliti kembali Tahaluf Siyasi bersama PKR dikaji semula setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam Tahaluf Siyasi," kata beliau dalam Ucaptama Multaqa Ulama SeMalaysia di sini hari ini. 

 Cadangan oleh Harun, jika digunapakai oleh Majlis Syura dan Jawatankuasa Pusat PAS, bakal merombak struktur hubungan kerjasama tiga parti berkenaan di dalam Pakatan Rakyat yang ditubuhkan sejurus sebelum PRU tahun 2008. Harun akur PAS bukan lagi parti dominan di dalam Pakatan Rakyat dan menggesa ahli parti menerima hakikat bahawa "kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat adalah sangat lemah berbanding sebelum ini". 

 Beliau menegaskan kemerosotan sokongan Melayu untuk PAS pada PRU-13 memperlihatkan peluang "mustahil" bagi PAS untuk terus berkembang dan melaksanakan matlamat mendirikan sebuah negara berlandaskan Islam tanpa penilaian semula kerjasama dengan PKR dan DAP mengikut konsep Tahaluf Siyasi . 

 Harun berkata "sikap toleransi berlebihan dan tidak berhati-hati oleh PAS" dalam meraih sokongan bukan Melayu terhadap parti dan Pakatan Rakyat akhirnya mengurangkan keyakinan pengundi Melayu kepada komitmen PAS untuk memelihara kepentingan mereka. 

 "Keputusan PRU yang lalu menunjukkan dan membuktikan bahawa PAS gagal meyakinkan pengundi Melayu bahawa ia mampu memainkan peranan penting dan berkesan untuk memartabatkan bangsa Melayu dan memelihara kepentingan Islam termasuklah dalam urusan pelaksanaan syariat Islam di Malaysia," jelasnya. 

 Walaupun menjadi parti pembangkang terbesar di negara ini, PAS hanya mampu memenangi 21 kerusi Parlimen pada PRU 13, berbanding 30 yang diraih oleh PKR dan 38 oleh DAP. Persetujuan PAS untuk tidak lantang memperjuangkan matlamat penubuhan negara Islam berlandaskan undang-undang hudud menguntungkan PKR dan DAP yang berjaya menarik sokongan lebih luas daripada pengundi. 

 Hasrat PAS untuk menggantikan Umno sebagai parti utama kaum Melayu bagaimanapun kecundang apabila Barisan Nasional menawan semula Kedah dan Umno memperbaiki pencapaiannya dengan memenangi 88 kerusi parlimen.  
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini mempertahankan hubungan parti itu dengan DAP dan PKR parti lain mengikut konsepa Tahaluf Siyasi yang di gunakan oleh Nabi Muhammad SAW untuk berurusan dengan bukan Muslim. 

 Bagaimanapun kerjasama itu dikritik oleh beberapa pihak kerana PAS dilihat berkompromi dengan DAP dan PKR mengenai hal-hal asas membabitkan kepentingan Islam seperti penubuhan negara Islam dan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. 

Tahukah anda...?

Sila beringatkan rakan-rakan anda yang berbangga dengan Undi Popular Pakatan.

[ Share ]

KHALID GEREJA ANGGAP HARUN TAIB MUSUH PAS!!!

Terbaik la Si Khalid Gereja ni. Setiap kalai ada orang yang nak mencadangkan supaya Tahaluf Siyasi dalam Pakatan, dia mesti kata ini idea musuh PAS.

Dan yang paling utama sekali, dia akan tuduh semua ni kerja UMNO. Skrip lapuk yang diulang guna oleh Si Khalid Gereja ni membuatkan orang makin menyampah.

Menyampah dengan pemikiran dia yang selama hari ini dilihat tak membangunkan PAS. Tetapi sebaliknya lebih PKR dari PAS. Itu satu kepastian.
Baru semalam, ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Tumpat di Kelantan, AJK PAS Pusat Khalid Samad menyifatkan idea-idea sebegini adalah dari musuh PAS sendiri yakni Umno. - TheMalaysianInsider
Apa yang jelas, kenyataan Si Khalid Gereja tu tidak berlandaskan kepada apa - apa bukti yang sah. Dia hanya sekadar bercakap ikut sedap mulut dia je.

Cadangan dan idea yang dicetuskan oleh Harun Taib semalam dalam Multaqa Ulama tu tak de kaitan lansung dengan UMNO atau pun Barisan Nasional.

Ianya dilakukan didalam sebuah majlis yang dihadiri oleh Ulama dan ahli PAS serta mereka yang ada kaitan dengannya. Mana ada ahli UMNO yang hadir.

Resolusi yang dibuat dalam Multaqa Ulama itu juga tidak menyarankan supaya PAS membuat pertimbangan untuk berTahaluf Siyasi dengan UMNO.

Sebaliknya, mereka mencadangkan supaya Tahaluf Siyasi diantara PAS dengan parti lain dalam Pakatan itu dibuat bagi menjamin masa depan PAS sendiri.

Adakah resolusi sedemikian satu cadangan yang membawa keburukan kepada PAS sendiri? Atau adakah ianya satu langkah yang relevan?

Apa yang pasti, Si Khalid Gereja ni sebenarnya sudah banyak diselubungi nafsu dan dendam yang terlalu tebal sehingga dia lupa apa yang hak dan apa yang batil.

Maka atas sebab itulah dia tidak mampu melihat Kebenaran disebalik kenyataan dan cadangan yang dibuat oleh Harun Taib dalam Multaqa Ulama tu semalam.

Dan perkara ini tidak menjadi satu perkara yang menghairankan bagi ahli PAS sendiri. Mereka sendiri beranggapan bahawa Si Khalid Gereja ni memang perangai dia macam tu.

Dia memang ada dendam terhadap UMNO. Apa yang didendamkan sangat tu tak pasti la pulak. Tapi ianya jelas tak de kaitan dengan perjuangan Islam.

Tu pasal la dia boleh bercakap apa saja yang dia suka tanpa merujuk kepada mana - mana sumber yang sah. Sedangkan dia sendiri tak pergi Multaqa Ulama tu semalam. Jadi, macam mana dia boleh buat hukum kata cadangan itu datangnya dari musuh - musuh PAS!!! 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment