Thursday, June 5, 2014

Re: RG2011... Fw: Dosa rasuah lebih besar daripada makan babi [1 Attachment]

kedua dua Allah dan Nabi haramkan mana lebih besar rasanya bukan kita penentu, tak kan nak kata makan babi sikit sikit itu cuma porcine maka tak haram tapi jika dlm menentu kes itu ada rasuah maka rasuah lah yang lebih utama di hapuskan kalau tidak sampai bila pun orang Islam akan termakan dari sumber haram tu.


On Thursday, 5 June 2014 2:16 PM, "SENAPANG patah senapangg@yahoo.com [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:



salam...

hmmm...apa la masalahnya maza nih, sapa pulak yg tak kisahkan riba...tapi kecoh dgn vavi? dua2 haram, jdnya dua2 kena la d hindarkan.

dlm kes cekelat cadbury nih, ade DNA vavi (porcine = enzim dpd pankreas vavi) yg mana mustahil porcine boleh masuk tanpa d sengajakan. dah jd kes mcm ni, lg baik umat islam x payah makan cadbury samada ade vavi atau x de vavi. jadi penjelasan kenalah sama2 buat supaya org ramai fhm...

kalu nak citer bab rasuah, bukak lah topik lain...terutama melibatkan projek2 besar yg x masuk akal oleh k'jaan. hal2 rasuah ni byk PR bongkarkan. takkan nak bukak citer rasuah pulak dalam cekelat cadbury...hehehe (x tau la plak kalu memang ade unsur rasuah dlm cekelat cadbury)

hadoi...!

Allahu'alam

subkhanakAllahummawabikhamdika
asyhaduallailahaillaanta
astaghfirukawaatubuilaik


On Wednesday, 4 June 2014 11:12 AM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:

Dr MAZA Dosa rasuah lebih besar daripada makan babi

TMI Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan kekesalannya dengan sesetengah umat Islam di negara yang terlalu kisahkan mengenai keharaman babi tetapi mendiamkan diri dengan dosa lebih besar seperti rasuah.

Beliau berkata, masyakarat Islam seperti tidak menyedari dosa dan mudarat dalam perkara yang jelas haram seperti riba dan rasuah adalah lebih besar daripada makan babi.

"Malangnya, kita tidak pula bising habis-habisan bagi perkara jelas haram seperti riba, korupsi, salah guna harta awam dan seumpamanya.

"Inilah fahaman Islam yang hanya terasa haram babi tetapi tidak terasa haram judi, riba dan rasuah sedangkan dosa dan mudarat semua itu lebih besar," katanya dalam tulisannya di Facebook hari ini....lagi

Selain itu, katanya, umat Islam yang termakan makanan haram tanpa sengaja tidak dikira berdosa malah Allah juga tidak akan menghukum seseorang itu atas perkara luar daripada maklumat dan kemampuannya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas insiden kandungan DNA babi yang dikesan dalam coklat Cadbury dan menyelar reaksi sesetengah pihak yang disifatkan sebagai melampau dalam agama.

Katanya, sifat Islam itu sendiri tidak pernah menyuruh atau menyusahkan seperti itu.

"Membantah hak pengguna itu sesuatu yang bagus supaya pengguna tidak diperdaya.

"Teteapi berlebihan dalam hukum seperti suruh samak mulut atau tukar darah adalah unsur ghuluw atau melampau dalam Islam," katanya.

Sabtu lalu, Kementerian Kesihatan mengesahkan penemuan DNA babi dalam dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond).

Susulan daripada itu Jakim menggantung serta merta sijil pengesahan halal dua produk keluaran Cadbury itu.

Perkara itu juga turut mengundang kemarahan masyarakat Islam di negara ini hingga menyaksikan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak pengguna untuk memfailkan saman selain memboikot produk itu.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mahu kilang Cadbury disita dan pengguna memboikot produknya berikutan tiada langsung permohonan maaf yang diusulkan dan pihak berkuasa seharusnya bertegas dalam hal ini.

Sementara itu, Gabungan Pertubuhan Islam bukan kerajaan (ACCIN) mahu kilang coklat Cadbury membayar kos menukar darah kepada semua umat Islam yang termakan bahan haram dalam coklat berkenaan.

Jurucakap ACCIN, Sabariah Abdullah berkata, gabungan yang mempunyai 18 NGO bernaung di bawahnya mendesak supaya saman hingga berbilion ringgit dibuat ke atas syarikat antarabangsa itu.




No comments:

Post a Comment